lovvu Dobbu

Showing posts with label friendshipgoal. Show all posts
Showing posts with label friendshipgoal. Show all posts

Saturday, June 14, 2025

.: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.

Assalamualaikum. 

Balik kerja, dah sampai rumah. 
Tiba tiba telefon berbunyi, tengok nama, kawan masa sekolah rendah, Tqah. 
Memang dia duduk area Selayang nie juga. 
So, linda pun angkat je lah. 
Rase pelik juga, sebab jarang direct call nie, kalau berwasap tu, selalu lah. 

Rupa rupanya, Tqah nak minta tolong, kereta dia tiba tiba jem. 
Gear tak boleh nak masuk, jadi linda p lah kat Tqah. 
Tak jauh pun dari rumah, memang laluan biasa je. 

Masa sampai tu, Tqah ada je lagi dalam kete.
Igt nak cari yang segitiga kecemasan tu, nak letak belakang kereta.
Sebab kete Tqah betul2 jem tang corner.

Naseb baik lah, tiba-tiba ada dua orang lelaki keluar dari rumah.
Minta bantuan mereka berdua untuk alihkan kereta ke tepi.

Terima kasih encik

Sampai ke dalam sikit.
Takde lah mengganggu kenderaan nak keluar simpang.
Sebab jalan nie, memang akan sibuk selalunya bila habis waktu kerja.

Linda pun bawa Tqah ke Tadika Mawip untuk ambil anaknya, Aaira.
Jumpa lah cikgu-cikgu lama dedek..hihihi
Lepas tu, lepak dalam kete berdekatan dengan kereta Tqah, sementara tunggu husband dia sampai dan juga towing.

Dalam 6.40 ptg camtu, husband Tqah sampai.

So, selfie lah kita sebagai kenangan.
Susah betul nak jumpa, jadi gini baru boleh jumpa haa.
Take care ye mak Yong, terkejut juga linda.
Padahal baru je rasenya melawat Tqah bersalin hari tu.

Aktiviti malam minggu, hanta abang Mu'az main badminton dengan kawan-kawannya.
Nak balik tu, ada orang request nak ikot.
Dengar dia cakap nak p 7-11, rupanya nak coolblog.
Dah pukul 10 nak oii, coolblog pun dah tutup.

Jadi, slurpee pun ok lah.
Jimat sikit dari Coolblog.

Slurpee nie dari zaman linda muda remaja lagi dah ada.
Ingat kan dah tak wujud, rupanya ada lagi.
Lepas tu, anak-anak pula yang layan.

Till then, see ya.

Thursday, May 2, 2024

. : BERAYA DI TINGKAT 50 :.

 Assalamualaikum 

Cuti hari pekerja rabu lepas, Alhamdulilah ada rezeki Linda untuk memenuhi jemputan rumah terbuka kawan sek rendah (Liya) yang berada di atas awan... 

Rumah Liya dekat Sky Awani Residensi, Setapak kalau tak silap Linda

Nak masuk, siap scan barcode ye.. 
Liya dah bagi sesiap.. 
So, dpt visitor pass, parking betul2 depan lobi... Haaa.. Takde musing2.. 

Nak masuk kena ad akses kad.. 
Nak tekan lif pun kena ad ekses kad.. 
Ok.. Nampak tak, Linda pun jakun sikit... Hahaha

Tingkat 50 gais... 
Belum atas lagi.. 
Sebab ada lagi tingkat 51 (rumah penghuni) 
Tingkat 52 (jogging track) 

Kalau tak silap Linda macam ada 3 atau 4 blok... 
Petang tu hujan, so nampak berkabus je.. 
Liya cakap kalau tak hujan, memang clear lah nampak KLCC.. 

Seram tengok bawah.. 
Kalau jatuh nie.. 
Confirm bersepai... Jenuh nak ngutip cebisan cebisan daging, otak bagai... Nauzubillah.. 

One with tuan rumah
-Linda, Tqah, Liya-

Kitorang semua satu kelas masa darjah 6..
Masuk sek men, semua bawak haluan masing2... 

Terima kasih Liya jemput kitorang makan2, dapat jugak jejak kaki dekat rumah atas awan nie haaa.. 
Dulu masa kecik2, penangan drama Tv, berangan nak duduk rumah tinggi2 macam nie... 
Nampak have have gitu.. Kikiki... 
Tapi, realiti nya... Kalau bujang @ newlywed sesuai lah rumah gini.. 
Dah beranak pinak nie, nak rumah landed aje... Kikiki

Till then, see ya

Tuesday, February 20, 2024

.: BREAKFAST DATE :.

Assalamualaikum

Linda lupa ada breakfast date pagi nie dengan member sekolah rendah, Atiqah (yang Linda p melawat lepas Tqah bersalin tu.. entry kat sini )
dah biasa pepagi tenang-tenang kat rumah minum secawan nescafe..

tiba-tiba Tqah wasap kata OTw, haisyh gabra kita...

sebenarnya Tqah main kutu bantal Leyna ngan Linda
tapi, bantal nya tak ambik2 lagi
ada je kekangan bila nk datang amik tu

so. time nie free sikit...
jadi sekali ngedate lah
tapi, kita boleh breakfast dekat kafe hospital je lah ye.. kikiki

habis makan, sebelum balik...
selfie duluan


dah besar baby Aarisa nie
comel, ad tahi lalat dekat kelopak mata
jarang nak nampak ad tahi lalat dekat situ

owh, BTW Atiqah nie agent takaful taw
kot2 ada yang nak riki2, nak mintak quotation ke..
boleh tekan FB Atiqah nie..

semoga ada rezeki, kita jumpa lagi ya...

till then, see ya


 

Thursday, November 23, 2023

.: MUNYI :.

Assalamualaikum

cerita dah 2 hari lepas nie
cikpuanLinda munyi (bahasa jawa)  = melawat baby baru lahir

mak baby nie cikTqah, ada mention dekat entry nie bulan lepas
Alhamdulillah dah selamat bersalin pun baby gurl

naseb baik awak keluar masa auntyLinda kerja taw
maka boleh lah melawat awak
sebab auntyLinda kerja kat spital je

naseb baik mummy awak ad snap gambar..
auntyLinda teruja tgok newborn sampai lupa nk selfie
dengan bby pun x selfie
dengan mummy baby pun x selfie

auntyLinda doakan semoga baby membesar jadi anak solehah, sihat tubuh badan ya, Aamin

jangan mcm2 suruh cikpuanLinda pegnen lagi 😂😂
setakat hari nie,Alhamdulillah cukup dah anak4 tu
tp perancangan Allah kita tak tahu kan

till then, see ya

 

Monday, October 16, 2023

.: BACKDATED STORY JUMAAT :.

Assalamualaikum

haisyh..nie kesah nya jumaat lepas
super bz x dan nk update blog
tp nk up jugak..sebab ada ayat2 cikgu yang cikpuanLinda mcm tak percaya si bongsu nie buat.. 😂😂
dekat sek lain..dekat rumah lain


jumaat lepas 13.10.2023 ada hari bertemu ibu bapa dekat tadika si bongsu nie
makanya pergi lah kita, sebab nk taw kan anak ko cmne kat sek
bab2 pelajaran tu, parents mana tak nak anak berjaya kan
tp kita kene terima seadanya lah anak kita tu mcm mana
cikpuanLinda cuma harap anak-anak nie dapat merasai kehidupan zaman kanak-kanak walaupun tak sebebas mcm kita kecik-kecik dulu kan

Alhamdulillah, incikSuami ada bersama kali nie
takde pulak gambo kita amik ngan cikgu @ dalam keadaan kelas dedek nie

tp nya tu lah
bila cikpuanLinda tnya kat cikgu mcm mana MukhlisSyahir nie
response cikgu
1 - Mukhlis baik je dalam kelas, dengar kata, saya suruh tolong apa2 pun dia buat 💕💕
2 - kerja dia selalu cepat siap, kalau saya mintak tolong suruh ajarkan kawan..dia tolong, tp dia tolong buatkan, bukan ajarkan.. 😂😂
3 - bab makan, dia kalau menu nasi tu makan bertambah-tambah 🤣🤣
4 - pndai urus diri sendri, masuk baju kotor dalam plastik, lipat tempat tido dia 
5 - senang cakap, mudah lah Mukhlis nie

Alhamdulillah lega cikpuanLinda
sangat lain ye dekat rumah... hahaha
skang dah pndai merungut kalau kita minta tolong dia

"ibu nie, asyik adik, adik jee yang kene tolong ambik itu ini"

"eish ibu nie, kenapa adik lagi? maya, mueez, mu'az kan ad"
tak padan dengan bongsu, abang2 ngan kakak dia , dia pgil nama je... 😅😅😅

ad jugak markah2 yang cikgu bagi
dapat 41/48 markah
ok lah tu dik. kurang 7 je...
boleh usaha lagi


hari jumaat jugak
finally cikpuanLinda jumpa schoolmate masa sekolah rendah
after 23years
last jumpa masa darjah 6 tak silap
lepas tu mmg x jumpa dah
memasing sek lain2

nie pun jumpa sebab cikTqah kita ambik bntal leyna ngan cikpuanLinda
hihihi
sedap kan tido atas bantal Leyna

terima kasih tqah main kutu bantal ngan kita
eh, ada yang berkenan ke?
meh lah roger tepi...hihihih

sampai sini saja dulu ye
esok2 cikpuanLinda smbung cerita lain

till then, see ya