Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label exSKUB. Show all posts
Showing posts with label exSKUB. Show all posts

Saturday, June 14, 2025

.: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.

Assalamualaikum. 

Balik kerja, dah sampai rumah. 
Tiba tiba telefon berbunyi, tengok nama, kawan masa sekolah rendah, Tqah. 
Memang dia duduk area Selayang nie juga. 
So, linda pun angkat je lah. 
Rase pelik juga, sebab jarang direct call nie, kalau berwasap tu, selalu lah. 

Rupa rupanya, Tqah nak minta tolong, kereta dia tiba tiba jem. 
Gear tak boleh nak masuk, jadi linda p lah kat Tqah. 
Tak jauh pun dari rumah, memang laluan biasa je. 

Masa sampai tu, Tqah ada je lagi dalam kete.
Igt nak cari yang segitiga kecemasan tu, nak letak belakang kereta.
Sebab kete Tqah betul2 jem tang corner.

Naseb baik lah, tiba-tiba ada dua orang lelaki keluar dari rumah.
Minta bantuan mereka berdua untuk alihkan kereta ke tepi.

Terima kasih encik

Sampai ke dalam sikit.
Takde lah mengganggu kenderaan nak keluar simpang.
Sebab jalan nie, memang akan sibuk selalunya bila habis waktu kerja.

Linda pun bawa Tqah ke Tadika Mawip untuk ambil anaknya, Aaira.
Jumpa lah cikgu-cikgu lama dedek..hihihi
Lepas tu, lepak dalam kete berdekatan dengan kereta Tqah, sementara tunggu husband dia sampai dan juga towing.

Dalam 6.40 ptg camtu, husband Tqah sampai.

So, selfie lah kita sebagai kenangan.
Susah betul nak jumpa, jadi gini baru boleh jumpa haa.
Take care ye mak Yong, terkejut juga linda.
Padahal baru je rasenya melawat Tqah bersalin hari tu.

Aktiviti malam minggu, hanta abang Mu'az main badminton dengan kawan-kawannya.
Nak balik tu, ada orang request nak ikot.
Dengar dia cakap nak p 7-11, rupanya nak coolblog.
Dah pukul 10 nak oii, coolblog pun dah tutup.

Jadi, slurpee pun ok lah.
Jimat sikit dari Coolblog.

Slurpee nie dari zaman linda muda remaja lagi dah ada.
Ingat kan dah tak wujud, rupanya ada lagi.
Lepas tu, anak-anak pula yang layan.

Till then, see ya.

Thursday, May 2, 2024

. : BERAYA DI TINGKAT 50 :.

 Assalamualaikum 

Cuti hari pekerja rabu lepas, Alhamdulilah ada rezeki Linda untuk memenuhi jemputan rumah terbuka kawan sek rendah (Liya) yang berada di atas awan... 

Rumah Liya dekat Sky Awani Residensi, Setapak kalau tak silap Linda

Nak masuk, siap scan barcode ye.. 
Liya dah bagi sesiap.. 
So, dpt visitor pass, parking betul2 depan lobi... Haaa.. Takde musing2.. 

Nak masuk kena ad akses kad.. 
Nak tekan lif pun kena ad ekses kad.. 
Ok.. Nampak tak, Linda pun jakun sikit... Hahaha

Tingkat 50 gais... 
Belum atas lagi.. 
Sebab ada lagi tingkat 51 (rumah penghuni) 
Tingkat 52 (jogging track) 

Kalau tak silap Linda macam ada 3 atau 4 blok... 
Petang tu hujan, so nampak berkabus je.. 
Liya cakap kalau tak hujan, memang clear lah nampak KLCC.. 

Seram tengok bawah.. 
Kalau jatuh nie.. 
Confirm bersepai... Jenuh nak ngutip cebisan cebisan daging, otak bagai... Nauzubillah.. 

One with tuan rumah
-Linda, Tqah, Liya-

Kitorang semua satu kelas masa darjah 6..
Masuk sek men, semua bawak haluan masing2... 

Terima kasih Liya jemput kitorang makan2, dapat jugak jejak kaki dekat rumah atas awan nie haaa.. 
Dulu masa kecik2, penangan drama Tv, berangan nak duduk rumah tinggi2 macam nie... 
Nampak have have gitu.. Kikiki... 
Tapi, realiti nya... Kalau bujang @ newlywed sesuai lah rumah gini.. 
Dah beranak pinak nie, nak rumah landed aje... Kikiki

Till then, see ya

Tuesday, February 20, 2024

.: BREAKFAST DATE :.

Assalamualaikum

Linda lupa ada breakfast date pagi nie dengan member sekolah rendah, Atiqah (yang Linda p melawat lepas Tqah bersalin tu.. entry kat sini )
dah biasa pepagi tenang-tenang kat rumah minum secawan nescafe..

tiba-tiba Tqah wasap kata OTw, haisyh gabra kita...

sebenarnya Tqah main kutu bantal Leyna ngan Linda
tapi, bantal nya tak ambik2 lagi
ada je kekangan bila nk datang amik tu

so. time nie free sikit...
jadi sekali ngedate lah
tapi, kita boleh breakfast dekat kafe hospital je lah ye.. kikiki

habis makan, sebelum balik...
selfie duluan


dah besar baby Aarisa nie
comel, ad tahi lalat dekat kelopak mata
jarang nak nampak ad tahi lalat dekat situ

owh, BTW Atiqah nie agent takaful taw
kot2 ada yang nak riki2, nak mintak quotation ke..
boleh tekan FB Atiqah nie..

semoga ada rezeki, kita jumpa lagi ya...

till then, see ya


 

Tuesday, February 13, 2024

.: KENDURI KENDARA :.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah lama tak menghadiri majlis kenduri
hujung minggu hari tu, ukur jalan je p majlis kenduri

SABTU - 10.02.2024
tuan rumah majlis kenduri nie, Ustazah Habsah, Ustazah KAFA Linda masa kecik-kecik dulu
mulanya ingat tak nak pergi, sebab pengantin (anak ustazah), Linda tak kenal pun
tapi. mak Linda ajak pergi, sebab bapak Linda tak dapat pergi, ada kenduri lain di kampung
jadi , kita pergi lah bawak mak

nie tuan rumah nya, Ustazah Habsah

nie jiran depan rumah lama, masa dekat estate dulu dulu, Wak Siti
eh, tersama pulak tudung dengan mak Linda

nie pulak dengan membe sekolah rendah Linda, tua setahun dari Linda
kak shima, anak dia dan mak kak Shima

masa nak balik tu, terserempak pulak ngan pengantin
amik lah gambar kan
kalau tak, tak complete lah pergi kenduri kawen takde pengantin

--------------------------------------------------------------------------------------------

AHAD - 11.02.2024
kenduri di dalam kampung je nie
pengantin lelaki nya kawan sekolah rendah Linda

kami pemula amik gambar dengan pengantin
wif Teha 

nie kengkawan sek rendah yang jumpa
ada yang dah balik
ada jugak yang tak dapat hadir
dari kiri Teha, Azrul, Edward

Teha ajak bergambar sekali lagi dengan pengantin
sebab kali nie ada geng lelaki
onz je lah

Azrul nie tentera jugak
masa tahun 2015 @ 2016 dulu pernah satu kursus dengan incikSuami Linda dekat Kuantan
kira diorg nie reunion jugak lah dekat majlis kawen haa..kikiki

pusing pusing kecik je sebenarnya dunia nie
kalau kita perasan, ada je orang yang kita kenal, tak semena mena kenal jugak dengan orang lain yang kita kenal.. eh, faham tak apa yang Linda nak sampaikan..hahaha

apa pun, semoga kedua dua mempelai bahagia hingga ke Jannah.
selamat melayari alam rumah tangga

till then, see ya