Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label airterjun. Show all posts
Showing posts with label airterjun. Show all posts

Wednesday, August 5, 2026

.: PUSAT REAKREASI LUBUK TIMAH @ SIMPANG PULAI, PERAK :.

Assalamualaikum.

cerita cuti sekolah penggal 1 hari tu, lama sungguh nak keluar dari draf.
tak tahu nak menaip macam mana.
kan cuti 2 minggu, jadi linda dok google lah kawasan reakreasi sekitar Ipoh, Tronoh yang mesra poket.

Sabtu, 06.06.2026 - moh ler kta gerak.
dalam sejam macam tu lah dari rumah.

Mata Air Panas Lubuk Timah



dia ada kawasan air panas.
tapi tulah, linda pun tak perasan kolam air panas nya dekat mana..
terus la cari gazebo (rate mula rm20-40)
makanan boleh bawa, jadi syok la tengok orang berBBQ.
linda bawa sandwich dan air je masa tu.
sebelum sampai, dah singgah makan berat dulu.

kawasan yang viral, ada dalam tiktok.
up status hari tu, adik yang dekat Batu Pahat tu cakap "macam tiktokers" hahaha.

seronok la anak-anak semua..
sampai rentung

abang Mu'az mula-mula tak nak ikut.
tapi ikut juga.
kak mas datang rumah malam tu, tido semalam.

incikSuami pun nak juga.

amik gambar mak sekali.

dia macam ada 2 port.
yang ni dekat belah atas.
jalan sikit dari tempat parking kereta.
yang satu lagi, dekat je denan parking kereta.
macam anak sungai la.
tapi takde lah sejuk sangat.

yang macam air terjun tu pun, tembok buatan kalau tak silap.
nah linda share sejarah nya.
ambil dari laman web Majlis Daerah Batu Gajah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan  seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.




till then, see ya.