Assalamualaikum.
Aktiviti hari Ahad penuh dengan memasak.
Sarapan pagi, lempeng dengan sambal sardin.
Terpengaruh blogger Ammi.
Lepas tu, ajak incikSuami p Lotus jap.
Nak cari sayur dan ayam sikit.
Ada tetamu nak datang.
Sebelum tu, singgah mamak dulu.
Order Maggi goreng.
Lempeng tadi, mcm sikit je.
Jadi, Linda makan sekeping je.
Sebelum nak kerja keras kat dapur nanti, kena pastikan perut kenyang dulu..😄
Tung tang tung tang.
Nasib baik la tak panas sangat, takde la berpeluh sangat kat dapur tu.
Daging masak kicap.
Tetamu mai bawak daging, terus la masak je.
Gado-gado sayur.
Guna pes sambal pecal yang Fanny bagi.
Beli kangkung, kacang panjang dengan tahu je.
Dah la terliur nak buat, tapi yang makan 2 orang je.. hold la dulu.
Ayam masak sambal.
Alhamdulillah, habis nasi seperiuk.
Lauk tinggal la sikit², buat lauk malam bawa ke esok.
Ni lah tetamu hari ni.
Mak dengan bapak.
Terima kasih datang melawat anak ni..🥰🥰
Sebenarnya dari minggu lepas mak cakap nak datang, tapi driver tak available (adik azam).. hihihi
Abang Mu'az pun ada juga.
Rindu nak kacau adik² la tu. Hahaha.
Dok jauh, rindu lah.
Bila dah serumah nanti, huru Hara lah. Hahaha.
Eh, petang Linda goreng keledek pula.
Buat minum petang.
Hari ni memang Linda function teruk lah. 😄😄
Ke dapur saja.
Nasib baik incikSuami rajin menolong.
Lepas asar, mak pun balik.
Sama kan muka kami?? Hihi
30min lepas mak balik, hujan lebat dekat rumah.
Wasap mak tanya hujan tak.
Mak kata tak pun.
Semoga mak dan bapak sihat² selalu, aamin.
InsyaAllah, kalau takde apa.
Minggu depan balik kampung.
Till then, see ya.









Serious nya encik suami... macam tengak memikir masalah negara... hehehe
ReplyDeleteHahaha.. gambar candid..
DeleteTengah serius pula
Best masih ada parents. Produktif tu kalau seharian memasak.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSamaaa 🥰seronok tgk mak org senyummm
ReplyDeleteMoga dapat tengok lama lagi mak senyum..aamin ya Allah
Deletesemoga mak dan bapak sihat2 selalu..
ReplyDeleteAamin YRA..
DeleteTerima kasih shu
Istimewa sungguh la tetamu ni, memang kena layan sebaiknya. Kopipes muka mak ruanya Linda ye. Sihat-sihat selalu mak & bapak hendaknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kalau rindu mak, boleh la tengok muka sendiri.. hihi..
Deletealhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSkali skala tetamu dtg kita ni mmg rasa nk bg tetamu kenyang je..Sama la kita pun =D
ReplyDeleteBetul².. buat la apa yg ada tu
DeleteMemang buat 5 keping je ke lempeng tu🫣🫣. Sambal pecal dari Fanny yang cube tu ke... akak kalau nak makan potong separuh plastiknya untuk sekali makan.
ReplyDeleteHaa sama lah muka dengan mak Linda.
Hahaha..ada lagi..yang tu tak habis lagi aduanannya...
DeleteA ah, sambal yang Fanny bagi..udah paket kedua..
Copipes muka mak. Seronok betul sebab kedua orang tua sihat walafiat. Dari jauh jenguk anak dan cucu
ReplyDeleteAlhamdulillah...nikmat paling besar
DeleteSedapnya lempeng dengan sambal sardin
ReplyDeleteNext time, boleh la buat pula.. hihihi
DeleteMemang miriiiip, terutama mata kakak dan mama. 😉. Aiiih terliur lihat daging masak kecap ❤❤😍. Nampak juicy pun.
ReplyDeleteSemoga mak dan bapak sehat2 selalu ya kak. Happy sangat kalau bisa didatangi orangtua begini 😍
Aamin.. terima kasih doanya...
Deleteterliur la lempeng plakkkk
ReplyDeleteboleh la melempeng untuk minum petang
Delete