Assalamualaikum.
sabtu, 01.08.2026 - balik Sungai Samak la.
dah sebulan tak balik, nengok abang Mu'az sekali.
dah la baru lepas baik demam, rindu ibu ke tu.. hahhaa
sampai kampung, takde pula abang Mu'az nya dekat rumah.
embah kata kutip udri(biji luruh dari tandan kelapa sawit) dekat belakang rumah.
pandai weyh, ngutip benda tu, jual dapat habuan dekat abang Mu'az.
tapi, abang Mu'az buat dengan kawan la, dalam 3 orang(termasuk abang Mu'az).
dulu memang kerja linda dengan mak pun.
asal cuti sekolah, cuti sem. memang kerja linda dengan mak la.
tapi, tak dapat habuan macam tu, semua mak simpan @ bagi bapak.
sebab masa tu adik2 semua kecik, sekolah lagi.
ni adik beradik dah takde yang sekolah.
jadi bila buat, masuk poket sendiri lah.
lepas adik beradik semua dah keja pun, mak dah tak buat sendiri.
bagi dekat orang kampung nak sanggup nak kutip je, nanti hasilnya orang yang kutip tu la terus ambik.
kalau tak dikutip, sayang juga.
sebab kalau kumpul-kumpul dari belakang sampai ke tepi rumah tu, boleh dapat 2-300 juga.
dapat la snap gambar abang Mu'az tengah buat kerja ni.
abang Mu'az tak perasan, kalau tak lari dh belakang pokok tu.
buat dengan kawan-kawan dapat hasil kena bahagi lah, dapat la sorang Rm30 lebih, tapi bapak cakap dah 3 trip dah tu.
kalau ikut total 3 trip tu, dapat sorang almost 100 juga.
apa yang dibuat dengan duit tak tau la.
tapi kak mas kata, kadang2 malam minggu p mengopi dekat warung kat kampung ni. hahaha
tahun depan pindah Tronoh, mati akal lah kawan tu.
Ahad, 02.08.2026 - birthday kak M, sibuk la ajak ibu pergi Mr DIY, suruh beli kan hadiah birthday dia katanya. hahaha.
malas ibu nak layan.
dia tak tau dah ada suprise ibu buat.
tiba-tiba kena masak pula dekat kampung. hahaha
mak nak p makan kenduri, jadi mak tak masak.
kita ni, kena la masak untuk orang kat rumah.
jom tengok masak apa.
kangkung tumis pedas + udang kecik2.
cari belacan mak, tak jumpa kat mana.
kangkung mak kutip dekat parit depan rumah.
ikan goreng
ayam masak lemak cili api.
konon nak masak gulai, tapi kak mas kata minggu lepas dia dah masak gulai.
terus la tukar menu.
nenas, mak beli kat orang jual buah.
mak yang kupas.
bab nenas ni, malas linda nak kupas..
nak makan je.
terima kasih mak.
alhamdulillah, dapat balik kampung walaupun sekejap.
petang tu, dah gerak balik Tronoh semula.
semoga abang Mu'az baik2 je.
nampak juga dia rindu nak ngusik adik dia. hahaha.
asyik la dia buat je adik dia.
tahun depan bawa pindah sekali, ada 3 tahun je lagi sebelum umur 17tahun.
lepas tu, tak tau ke mana arahnya pula.
😢😢sekejap je rasanta, my first born dah besar macam tu.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah, aamin.
till then, see ya.





Bagusnya Abang Mu'az rajin berbakti kat kampung!
ReplyDeleteBakti yang dapat duit.. rajin lah dia.. hihihi
DeleteAdalah pengalaman Abang Mu'az kutip biji sawit luruh. Boleh buat story bila dah dewasa nanti.
ReplyDeleteItu yang dia dok kenen dah sekarang. "Nanti kalau duduk Tronoh, takde apa nak buat".. hahaha.. padahal dia nampak duit je..
DeleteBagus abang Mu'az pandai cari duit poket.
ReplyDeleteRisau juga kalau dah pegang duit awal, walaupun sikit..
DeleteBagus juga Abg Mu'az dok di kampung tu, dapat juga belajar cara hidup di kampung. Dapat pulak peluang cari duit poket gitu, sukalah dia.
ReplyDeleteAkk x reti sangat kupas nenas, hancusssss haha
Rajin Abang Mu'az. Ada juga pengalaman dia buat kerja tu. Hasilnya banyak juga tu. Itu yang dia pun seronok. Dah lama tak jugak adik-adik, menyakat je lah kerjanya ye. Sedap-sedap menu Linda masak. Saya pun sejenis yang tak suka nak kupas kulit nanas tu.
ReplyDelete