Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, June 9, 2026

.: VIJAY :.

Assalamualaikum.

dah lama tau post ni ada dekat draft, lepas2 Vijay menang jadi Ketua Menteri.
lepas tu, tertengok cerita Bigil pula.


 eh, best tau cerita tu.. impian nak jadi Pemain Bola terkubur lepas bapak dia mati depan mata dia.
jadi secara tak lansung, Bigil mewarisi la kerja samseng bapak dia.
tapi samseng yang baik lah.
boleh la tengok nanti, sambil kudap2 keropok. hahhaa

Saya tidaklah minat politik tapi saya tertarik dengan tindakan pertama yang di buat oleh Vijay, Ketua Menteri baru Tamil Nadu.

Pelakon popular Thalapathy Vijay (nama rasmi dalam politik ialah C. Joseph Vijay), yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 10 Mei 2026, telah membuat keputusan besar mengenai penjualan arak di negeri tersebut.

📌 Penutupan 717 Kedai: 

Dalam keputusan pertamanya sebagai Ketua Menteri, Vijay mengarahkan penutupan serta-merta 717 kedai arak milik kerajaan (TASMAC) di seluruh negeri.

📌 Zon Larangan 500 Meter: 

Kedai-kedai yang ditutup adalah yang terletak dalam radius 500 meter dari kawasan sensitif seperti rumah ibadat (kuil, masjid, gereja), institusi pendidikan (sekolah, kolej), dan stesen bas.

📌 Tempoh Pelaksanaan:

Pegawai kerajaan diberi tempoh dua minggu untuk memastikan kesemua 717 kedai tersebut ditutup atau dipindahkan.

📌 Matlamat Kebajikan: 

Langkah ini diambil untuk mengurangkan gangguan sosial dan melindungi golongan belia, selaras dengan janji kempen partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), untuk mewujudkan negeri yang "bebas ketagihan".

Tindakan berani ini mendapat sokongan luas daripada masyarakat tempatan, termasuk rakan artis seperti Kamal Haasan.

----

Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun boleh tutup kedai arak atau undang-undang yang lebih tegas selepas dah banyak kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati.

Lisa Sara 

#NotaPolitik

#cnp FB

24 comments:

  1. Tidak sangka eh dia jadi Ketua Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang memang suka jadi ahli politik kot..in the end nya..hihihi

      Delete
  2. Wah bagus lah idea dia. Bukan macam orang politik di malaysia sebelum bertanding kalau menang nak buat itu ini tapi bila dah menang eh apa pun tadak. Idea ni kalau buat kat malaysia emm boleh tunggang terbalik kaum yang mabuk dan buka kedai arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasa..memancing undi nama dia..bila dah kena pancing, pasrah jelah apa pun..hahaha

      Delete
  3. Menarik.. menarik... masuk chart dulu.
    Lepas tengok Teach You A Lesson weekend lepas, stop dulu Netflix... nak BW pula.. takleh dah layan semua sekarang, mata tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru ep 4 Teach u A Lesson, tu pun setelah terpengaruh..padahal tengah tengok cerita lain.. hahaha

      Delete
  4. Macam abang ipar Cie suka tengok cerita tamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda memang favourite.. hahaha.. dengan suami sekali kita ajak tengok

      Delete
  5. Itulah, terbaca juga di fb. Kat Malaysia bertuah ler buat camtu. Kat kedai serbaneka pun ada jual arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga satu hari nanti, Malaysia betul² negara Islam..bukan sekadar nama..aamin

      Delete
  6. Akk pun suka juga layan citer Tamil ni kadang2. Banyak mesej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Tamil lagi syiokk lah dari cerita melayu..kiki..

      Delete
  7. Kadang layan juga movie Tamil kalau dah tak tahu nak tonton movie apa. Best, banyak plot twist 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie Tamil ni seronok tengok nya, agaknya sebab kita tak faham bahasa nya, jadi kita fokus la ceritanya, nak tengok subtitle . Kali cerita Melayu, sambil buat kerja pun boleh tengok . Hahaha..lepas tu, tak feel.

      Delete
  8. Waaah kapan lah Indonesia ada pemimpin seperti ini 😭. Yg sekarang pun ampuuuun lah, makin teruk menyiksa 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia pun, ada yang bagus..ada yang kurang bagus..

      Delete
  9. kat msia mcm pyh nak buat emmm negara kita multi racial ....

    ReplyDelete
  10. Kat sana bleh la kan..kat Malaysia ni...hurm..faham- faham je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kat sana boleh? Padahal lagi la majoriti kaum India..patutnya lagi la diaorang protes ..

      Delete
  11. Vijay ni akak first tgk dia berlakon dengan Simran. Masa tu muka muda belia lagi yelah...ammi pun anak dara lagi. Sejak tu...kita on terus ngan dia. Sekarang ni lagi "on". Semoga jadi KM yang baguslah...jangan hot-hot chicken shit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..yang tu tak tau lah..awal² ok. Last² hurmmm.. biasa la..politik kan

      Delete