Assalamualaikum.
Weyh, seketul Linda ni berjaya pergi ke TRX..
Dah boleh ✅ la. Kikiki.
Kisah nya, yang ajak kita ngedate tu kak Faiz @ blogger Rawiwa kita lah.
Konon nya nak p Pasar Seni je.
Rupanya, MRT ni lalu juga TRX.
Terus la kak Faiz cadang TRX je terus.
Ajom la kita.
Kebetulan, Linda dari Kwasa Damansara dan kak Faiz baru je sampai Kwasa Sentral, jumpa dalam koc je lah terus.. hihi.
Macam dah kenal lama pula, tapi kan.
Idak pula kita nyembang dalam bahasa Jawa kan.. hahaha.. sebab Linda pun takde fasih beno pun.
Sembang pun sembang juga, kena alert station.
Sat g, terlepas pula.
Yeayy.. sampai TRX.
Nasib senang je, turun je station terus masuk TRX tu.
Takde la dok cangak² nak p mana kan.
Linda cakap je kat kak Faiz, kalau tak jumpa jalan, kita tanya je orang. Hihi.
Semua gambar pakai telefon kak Faiz.. punya la penyegan Linda oiii...
Geng Kedah tau lah double meaning penyegan tu..🫣🫣
Compile je gambar eh..
Senang.
Pusing², nampak oriental kopi terus kak Faiz ajak singgah.
Kebetulan barisan tak panjang, sebab baru 11.30pg mcm tu.
Gambar makanan dekat blog kak Faiz.. hihi.
Tapi, kopi dia memang sedap.
Eh, rasa macam nak repeat la kopi dia..
Dia punya menyembang, macam² keluar.
Maaf la, kita sembang pasal yang kita tahu jelah.. hihi.
Means banyak pasal diri sendiri je.. 😆😆
Rasa mcm tengah buat podcast pasal kehidupan peribadi gitu..
Siap makan, jalan² lagi.
Keluar juga dekat luar tu.
Tapi, tak perasan yang forest walk tu.
Padah keluar tu waktu panas lit², cepat² nak masuk dalam ekon balik je.
Memang merata musing nya, sampai cukup lah 10k. Siap lebih² lagi. Hahaha.
Last, basahkan tekak pula.
Kering tekak Weyh.
Lepas tu, terus la bertukar barang yang diusung dari awal tadi (yang tu nanti share lain).
Jom la kita beransur balik.
Keluar tu, nampak Billboard(kemain eh), The Exchange TrX. Kena la bergambar.
Nasib la ada adik² tengah tunggu MRt juga, dengan tak malu nya, minta la adik tu tolong ambil gambar kami dua.
-1-
-2-
-3-
Kikiki, gigih eh meng'AI'kan gambar.
Terima kasih kak Faiz, berjaya juga Linda menapak ke TRX.
Kalau kata kak Faiz tak ajak jumpa tu, memang jumpa TRX dalam mimpi je lah. Hahaha.
Big thanks to kak Faiz, belanja makan, bagi gift lagi.
Jangan serik la dengan seketul Linda ni ye.
Till then, see ya.






Uwaaaaah Jumat kak Faiza yaaa. Saya kemarin juga jumpa, dan memang lah kak Faiza ini pernah sangaaaaaat kan. Dengan suaminya sekali. Baiiiik sangat. Sayapun merasa macam dah kenal lama kak 😄😄. Tak ada awkward ketika mengobrol
ReplyDeleteItulah..sembang nya tak habis...sampai kering tekak lah..
Deletewahhh best tu jln2 dgn blogger
ReplyDeletetrx mmg best
sy at least sbln sekali wajib singgah wpn sekadar beli roti je😁
Memang cuci mata dekat TRX ..hihi..
Deleteni kira mcm dating dgn kwn2 blogger lah kan :) nice!!! MZ pun so far baru 2 or 3 kali jer pergi TRX tu..jrg2 ke sana sbb dh byk mall kat area gombak hahaah
ReplyDeleteA ah..MM tu pun pernah masuk sekali je kot.. kikiki
DeleteSeronok dapat meng-explore tempat baru dengan kawan blogger. Bilalah akak nak sampai TRX ni.
ReplyDeleteJom akak, turun KL.. tapi, saya sponsor tempat bermalam kat asrama je lah.. hihihi
DeletePatut semalam kita beli kopi Oriental yang dalam kotak... tak fikir panjang pulak walhal cashier ada tanya.
ReplyDeleteDah makan ke kari ayam tapau semalam? Pelik pulak eh bihun goreng makan dengan kari.
Tapi kalau buat sendiri, tak sama rasa mcm dekat kedainya.. hihi..
DeleteItulah, baca menu tak habis, datang kari ayam rasa pelik..
Alhamdulillah, habis kak, tengah hari tadi baru habis.. hihihi
Belum pernah jumpa kawan blogger. Cie pemalu jugak kalau baru kenal 😆. Kalau dah lama memang riuh la.
ReplyDeleteHihi..kita anggap macam reunion je lah.. terpisah lama..
DeleteTRX ni pernah la kot gi 2 kali ke 3 kali sebab jauh.
ReplyDeleteLinda naik MRT je, alhamdulillah..senang tak payah tukar tren banyak kali...
DeleteWah..jumpa kak RAWIWA ye...senoroknya...Kak SA pun x jumpa lagi Kak Faiza..entah bila la nak dating sama...hehehehe
ReplyDeletehari cuti tak sama.. hihihi.. insyaAllah, ada rezeki berjumpa la kita
Deleteeh, hari cuti sama, cuma dah lokasi berbeza... hihihi
DeleteDating dgn ibu rawiwa ye. Nampaknya bulan jun ni musim kawan2 blogger bersua muka lah hihihi.
ReplyDeletePernah sekali jekot masuk TRX ni shopping2. Masa tu dia awal2 bukak, shoplot tk penuh lagi. Tmpt orang have2
bila nak jumpa mazni ni..hihihi..
Deleteitulah akak kabo, cuci mata je dekat TRX ni.. kikiki
Wah bestnya dating dengan blogger. Insya Allah ada rezeki dapat kita bertentang mata
ReplyDeleteInsyaAllah, mana tahu Linda sesat sampai Putrajaya..
DeleteJelesnyaaaa... ramai ye yg lepak² dgn geng blogger eh
ReplyDeletekot la suatu hari nanti sampai Sarawak, mesti kita roger kak Mim.. teringin juga nak pergi, ada exofismate yang baik sangat dekat situ..dah pencen pun dia, last dia berkhidmat dekat ILKKM Kuching.
Deleteammi sampai TRX tu mmg semata nak tukar MRT je. Tak pernah pun lagi masuk dalam mall tu.
ReplyDeletehihihi.. kita saja nak bagi smpai.. lagi pun takde buat apa.. pejabat akak, berhenti station mana? kalau nak jumpa pun akak kerja isnin-khamis je... tak sempat.. hahaha
Delete