Assalamualaikum.
Balik dari TRX semalam, tengok ada parcel atas meja luar pintu asrama tu.
Nampak kat tepi tu?
Besar² terpampang nama Linda.
Rasanya takde beli barang online.
Belek la kot ada nama sender atau barang apa.
Sekali nampak tulisan tumbler, owh hadiah GA:Meriahkan Piala Dunia dari kak Notie dah sampai.
Alhamdulillah, moga lancar dan murah rezeki kak Notie, Aamin.
Jom unboxing.
Ni kotak dia.
Warna silver, tebal juga kotak nya.
Dapat tumbler warna hitam.
Yang ni Linda kenal Christiano Ronaldo.
Kalau yang lain tu, tahu nama je, tapi tak pasti yang mana satu.
Gambar dia tu, timbul tau.
Rasanya sticker je, tapi embossed.
So, memang nampak lawa lah.
Khamis ni balik Tronoh, boleh la bawa.
Senang letak kat poket tepi beg galas tu.
Alhamdulillah, murah rezeki kak notie ni, suka berkongsi rezeki.
Kalau duduk sepejabat ni, mesti selalu kenyang perut.. 🤭🤭
Macam senior penyelia asrama Linda dekat Melaka dulu, rajin masak², bawa pergi pejabat.
Yang anak buah ni, memang suka lah.
Dapat makan free.. hahaha.
Lagipun, dekat pejabat lama dulu takde kafe,kalau nak cari makanan kena menapak jauh sikit lah.
Memori sungguh.
Till then, see ya.



No comments:
Post a Comment