Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, June 27, 2026

.: PERUT SEBU :.

Assalamualaikum.

Semalam ada jualan hari gaji.
Biasa la tu, orang gomen kan kaya dalam masa 48jam lepas gaji je.. hahaha.

Booth buat sebelah pejabat Linda je, dekat tempat parkir kereta.

Belum apa² lagi, dah serang gerai durian.

Durian tengah murah, boleh la nak beli.
Kalau mahal, nengok je lah.

Yang ni durian kampung ni.
Kecik² je. Hahaha.
Tapi, mantap.

Berbakul².
Sampai ke petang, Linda tengok orang tu kemas², pun ada banyak bakul lagi.

Eh, Linda tak beli ke?
Haruslah beli, durian kampung.
Sekilo RM6, 10kg dia bagi RM50.
Beli 10kg, seplastik besar juga la.
Bagi cleaner, suruh diaorang makan la ramai², minta satu bekas je untuk Linda.
Partner ofis, Izzah tak makan durian.
Jadi tak boleh la nak kenduri durian dekat opis tu..

Pastu, beli air kopi kaw, nasi dagang, ayam susu 2.
Tu je. Kenyang sampai petang.

Balik kerja tu, rasa sebu je perut.
Penangan makan durian kot.
Cepat² solat Asar, jom la Briswalk. 
Bagi perut selesa sikit.

Jom berjalan dekat luar.

Matahari nak senja dah.

Alhamdulillah, tak hujan.
Dapat selesaikan 3 round.
Baru rasa selesa sikit perut.
Tapi, malam tu sambung lagi makan durian. Hahaha.

Lepas tu, ada someone wasap Linda.
Ajak ngedate.
Tapi, idak la dekat TRX kabonya. Hahaha.

Till then, see ya.

24 comments:

  1. ada jualan agro bazar tu syok..nk plak peminat durian pasti suka tu...akak tkleh bau durian ...pening

    ReplyDelete
  2. Aduh, mengambil kesempatan betul peniaga² ni ahak 😆

    Akk pulak demam, terpaksalah simpan dulu durian beli dekat FAMA hari tu. Tak berani makan sbb makan ubat, takut panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..biasa la tu..
      Kena betul² sihat, baru boleh makan durian, sat g bertambah panjang demam nya

      Delete
  3. tak ajak me pon ngedate., hahaha

    ReplyDelete
  4. Memang puaaaaas sangat kalah ke Malaysia di bulan june ini 😍😍😍. Menyesal kemarin tak ajak suami. Dia pasti happy kalau dah ketemu durian murah dan maniiiiis pula.

    ReplyDelete
  5. durian mmg murahhh laa ni
    tggl nk bli dgn x je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..tengah banyak kan sekarang. Jual mahal .tak laku..jual murah pun, berbaloi juga sebenarnya...lagi banyak orang beli

      Delete
  6. best ada jualan gini!! kat dlm uia, masa tgh2 sem biasanya ada jugak mcm2 stall/fiesta..now musim final exam..so sunyi jer sbb tak de kelas mcm normal/tgh sem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah final exam..student semua tengah bz study

      Delete
  7. Durian boleh bawak masuk hostel ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk spital pun bau durian..dekat pejabat pentadbiran tu.. hahaha..apatah lagi asrama..tahan je lah

      Delete
  8. Baru pekena durian tadi. Alhammdulilah. Harganya mampu milik la sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Durian memang murah betul sekarang ni..puas makan durian..dulu takut nak beli sebab harga kayangan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki dapat beli.. anak2 suka la, memang hantu durian semua tu

      Delete
  10. Saya kalau lepas makan durian je mesti perut rasa berangin. Tapi plus point dia sebab cepat lawas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pakai minyak telon Fanny bagi tu.. hihihi

      Delete
  11. orang gomen kan kaya dalam masa 48jam lepas gaji je... ahahaha... yg ni mmg x boleh tahan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau baca thread tu.. "penjawat awam to penjawat awam"... apo la teruk sangat, kalau takde duit pun senyap2 yo lah.. hahaha.. itu lah orang kabo, content kan

      Delete
  12. sebu tak sebu, kalau bab durian gila nak tolak? tp masa briskwalk tu sebelum kentut sila pandang belakang hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... briswalk dekat spital takpe..takde orang...

      Delete