Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, March 12, 2026

.: SAKIT PENGHAPUS DOSA :.

Assalamualaikum.

Rentetan sakit pinggang tu, sampai cleaner pun tegur lah..maybe nampak tak berapa nak ceria kot muka..
Menahan sakit.
Jadi, dia info ada cleaner lokasi berdekatan yang pandai ngurut.
Memang suka lah Linda.
Lama weyh tak ngurut, last 2018, lepas bersalin kan dedek.

Sesi mengurut
Jadi , 10.03.2026 - mengurut la kita.
Rika namanya, dia mai time rehat pukul 10 pagi tu.
Dalam 30-40 min juga la dia mengurut.
Memang power tangan dia, lepas mengurut tu, lega yang sakit pinggang tu.
Tapi, sakit kesan mengurut pula. Hahaha.
Macam orang kalau jatuh, ada lebam² kan rasa sakit.. macam tu lah yang Linda rasa. Tapi takde la kesan² lebam.. hahaha.

Nak jadikan cerita. 
Rabu, 11.03.2026 petang, lepas balik kerja.
Linda pergi la pasar malam, sambil bawa motor panaskan enjin.
Balik dari tu, dengan gigih nya double stand motor.
Ye motor tu berat eh, elok je berjaya double stand.
Terasa macam pinggang terpeleot balik.
Okei, sakit weyh.. dari yang getting better, tetiba getting worse.. 😭😭
Malam tu, nak tido tak boleh.
Telan pain killer(minta dekat klinik staff hari Isnin), baru la boleh dapat kedudukan nak tido.
Tapi, baru 2jam lelap, terjaga balik.
Sakit pinggang sangat, memang rasa nak nangis la waktu tu.
Makan paracetamol pula, 2 biji.
Boleh la lena sampai sahur.

Tapi, siang tadi.
P juga klinik staff, jumpa doktor.
Sebab memang rasa sakit juga.
Doktor cek, just muscle pain katanya, dia bagi ubat dan MC sehari and advice, biasa nya akan pulih dalam seminggu juga.
Tapi, kalau getting worse. Mai balik klinik staff.

Moga terampun dosa² kecil.aamin

Harap² nya cepat lega lah.
Ni MC pun, jenuh menahan sakit pinggang.
Itu tak kena, ini tak kena.
Nak baring sakit, nak duduk sakit.
Kalah sakit pinggang masa mengandung.

Till then, see ya.

32 comments:

  1. moga cepat sembuh..
    salam ramadhan., aminn

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiii dah baik lepas mengurut kena balik. Bertabah le. Akak pun hari tu entah apa le terpeleot ke apa sakit kaki. Menjajau le cari tukang urut sebab sapu minyak panas pun tak rasa apa. Terasa sangat bila buat berjalan. Bila duduk kurang sikit. Sekali dapat cleaner carikan dapat tukang urut orang Indon. Satu badan dia urut sebab nak lancarkan darah. Banyak urat dah masuk angin tu yang tegang semuanya. Sedap urut tapi lepas tu emmm memang lebam2 le kesan mengurut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kisah 3 tahun lepas.. kaki Linda terpeleot masuk dalam lubang dekat pantai..malam tu, menangis kesakitan..nasib baik ada husband time tu, memang ajak p masuk hosp kem Terendak..tapi kan..doktor kem Terendak tak BG kita MC masa tu..hahaha..dia ingat linda askar gamaknya...Sabo je lah..Linda plak jenis tak reti mintak MC..esok siang p minta MC dekat klinik swasta.

      Delete
  3. allahuakbar seksanya sakit pinggang sampai x tahan tu.. moga cpt sembuh hendaknya sis linda aminnnn

    ReplyDelete
  4. saya pernah ngurut sekali je seumur hidup, tahun lepas. sebab tak tahan sakit kena tekan kuat2 huhu. tpi kalau sakit pinggang camni, memang seksa gila nak buat aktiviti harian.. semoga cepat sembuh kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..masa mula² kena tu..seksa betul nak rukuk dengan sujud...
      Terima kasih mazni

      Delete
  5. GWS dear. I feel u sbb sy pun dh kena hari tu. Mmg serba x kena dibuatnya. Sy sakit tu smp 4 hari. Day 5 baru ok.Ofismate pun perasan muka x ceria & kejab2 tangan picit2 pinggang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak g ofis tu yang rasa tak selesa.. nasib la ofis Linda berdua je.. boleh la nak buat gaya apa yang disukai pun.. hahaha

      Delete
  6. Syafakillah Linda 🤲🏻
    Banyakkan rehat & take care

    ReplyDelete
  7. Tulah baru elok dia pi angkat motor tu, linda linda... lenkali tongkat biasa je motor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih kan..dah semua motor pun double stand, kita pun follow lah...hahaha

      Delete
  8. cie hari tu makan ubat tahan sakit. yang kali pertama tu lepas makan ubat esoknya dah ok. yang kali kedua tu tu seminggu juga baru ok semula. salah urat je tu biasanya. gws.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..doktor cakap..kdg² ambil masa 10hari baru nak baik.. kita dalam hati "lamanya lagi nk tangguh sakit pinggang"...
      Terima kasih Cie

      Delete
  9. Ya Allah, semoga cepat membaik ya kak Lin. Bisa bayangkan rasa tak selesa nya. Apalagi jika sakit sangat 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, pertama kali kena begini..selalu incikSuami yg merasainya...
      Terima kasih doanya fanny

      Delete
  10. Semoga cepat sembuh ya, Linda. Seksanya, kalau duduk tak boleh, baring tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari selesa tu jenuhh...hihi..nak kalih² time baring tu..teringat masa pegnen bila dah full term..😆😆

      Delete
  11. Semoga cepat sembuh Linda... adehhh.. boleh dibayangkan kalau muscle pain.. dah lah pinggang ni tengah² antara 2 bahagian badan. Nak ampu bahagian atas dan sokong bahagian bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...seksa beno...baru la faham perasaan orang yang kena slip disc

      Delete
  12. Semoga cepat sembuh kak... Sy biasa mengurut, biasanya kalau mengurut kena rehat sehari dua... yg selalu tukang urut bagitau lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Linda memang mengurut lepas bersalin je.. saja² tu takde lah..hihi...
      Alhamdulillah, dah lega ni..tapi, once dah kena kan..tetap ada rasa tak selesa

      Delete
  13. syafakillah adikku, semoga lekas sembuh.
    kak pun tgh berpantang sebab gerd ni, hilang 4kg. hahaaa~
    terasa kurus kering sangat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok turun berat badan, tapi sebab sakit...kurang seronok..moga cepat sembuh juga akak

      Delete
  14. Bab tergeliat pinggang ni memang x leh buat main...akak pernah kena..2-3 hari gak MC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak..1st time rasa..ya Allah...tak kuat nya

      Delete
  15. aishhh gedik pulak nak pasang double stand motor tu. kena standbylah lepas ni panadol actifast or extend kat rumah. kalau panadol biasa tu mcm lambat je efeknya. Pernah sakit belakang teruk sangat sampai tak boleh nak tunduk doc bagi ubat "arcoxia". 3 bijik je dia bagi. katanya itu ubat terkawal dan tak boleh makan suka2 hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..bukan gedik, memang dah jadi tabiat..tapi masa tu sakit pinggang, udah terlupa...hahaha

      Delete