Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, March 12, 2026

.: SAKIT PENGHAPUS DOSA :.

Assalamualaikum.

Rentetan sakit pinggang tu, sampai cleaner pun tegur lah..maybe nampak tak berapa nak ceria kot muka..
Menahan sakit.
Jadi, dia info ada cleaner lokasi berdekatan yang pandai ngurut.
Memang suka lah Linda.
Lama weyh tak ngurut, last 2018, lepas bersalin kan dedek.

Sesi mengurut
Jadi , 10.03.2026 - mengurut la kita.
Rika namanya, dia mai time rehat pukul 10 pagi tu.
Dalam 30-40 min juga la dia mengurut.
Memang power tangan dia, lepas mengurut tu, lega yang sakit pinggang tu.
Tapi, sakit kesan mengurut pula. Hahaha.
Macam orang kalau jatuh, ada lebam² kan rasa sakit.. macam tu lah yang Linda rasa. Tapi takde la kesan² lebam.. hahaha.

Nak jadikan cerita. 
Rabu, 11.03.2026 petang, lepas balik kerja.
Linda pergi la pasar malam, sambil bawa motor panaskan enjin.
Balik dari tu, dengan gigih nya double stand motor.
Ye motor tu berat eh, elok je berjaya double stand.
Terasa macam pinggang terpeleot balik.
Okei, sakit weyh.. dari yang getting better, tetiba getting worse.. 😭😭
Malam tu, nak tido tak boleh.
Telan pain killer(minta dekat klinik staff hari Isnin), baru la boleh dapat kedudukan nak tido.
Tapi, baru 2jam lelap, terjaga balik.
Sakit pinggang sangat, memang rasa nak nangis la waktu tu.
Makan paracetamol pula, 2 biji.
Boleh la lena sampai sahur.

Tapi, siang tadi.
P juga klinik staff, jumpa doktor.
Sebab memang rasa sakit juga.
Doktor cek, just muscle pain katanya, dia bagi ubat dan MC sehari and advice, biasa nya akan pulih dalam seminggu juga.
Tapi, kalau getting worse. Mai balik klinik staff.

Moga terampun dosa² kecil.aamin

Harap² nya cepat lega lah.
Ni MC pun, jenuh menahan sakit pinggang.
Itu tak kena, ini tak kena.
Nak baring sakit, nak duduk sakit.
Kalah sakit pinggang masa mengandung.

Till then, see ya.

1 comment: