Assalamualaikum.
Selasa, 17.02.2026 - cuti CNY lepas, linda usulkan dekat incikSuami untuk pasang lampu dan kipas dekat rumah Teluk Intan.
sementara waranti rumah ada lagi ni.
nak habis dah bulan 7 nanti, dah 2 tahun rumah nya.
sampai-sampai, loading barang.
lampu, kipas memang dah lama beli.
at least bila dha pasang, kurnag sikit barang dekat rumah Tronoh tu.
incikSuami memasang bilah kipas.
lambat nak pasang.
last2 dia pasang 1 je dulu.
lepas tu dia siapkan lampu dulu untuk satu rumah.
baru la nampak hasilnya.
kalau tunggu kipas je, macam takde hasil je.. sebab lama sangat nak siap..
hahaha, amatur kan.
dedek sampai tertidur la menunggu ayah siap buat kerja.
yang lain-lain pun dah bosan juga menunggu
ada tetamu datang..
kak mas kebetulan nak ke Teluk Intan, kita suruh la dia datang bawa minum petang.. hahhaa
Alhamdulillah, setelah sepetang berhempas pulas.
siap dah pemasangan kipas dan lampu.
kalau upah orang, 2,3 jam dah siap.. hihihi
tpai, kena sedia duit jelah.
nie incikSuami kata sanggup nak buat..so beli barang jelah.
tak salah la perhitungan linda suruh incikSuami pasang lampu kipas.
line lampu kipas dalam blik-bilik, ada problem sikit.
wayar semua dah sambung dah.
siap dia call kawan dia yang memang buat kerja-kerja elektrik ni, semua dah betul.
tapi, kipas dengan lampu tak hidup.
jadi buat defect la.
sebab kitaorang memang assume wayar looping dia tertinggal.
kalau upah orang, dioarang boleh je settle.
incikSuami pun boleh je settle, tapi dia malas nak tarik wayar atas syiling.
so, boleh buat aduan..kita buat lah.
next Jumaat, 06.03.2026, appoinment untuk cek defect elektrik.
linda ambil cuti, esok petang balik Tronoh la.
tapi, minta incikSuami la pergi.
senang sikit kalau nak explain apa-apa nanti.
jadi linda kena stay untuk ambil, hantar anak ke sekolah la.
till then, see ya.





Bila masuk rumah baru, lampu kipas nak kena pasang kan....lagi pun kotak2 lampu kipas tu besar2 jugak.
ReplyDeleteKotak kipas makan space..lampu, sebab Linda pakai lampu biasa je..hihihi
DeleteBuat sendiri jimat la. Pandai ok la. Main bab letrik ni kena pandai buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah...yang simple² macam ni, husband tahu la buat
DeleteRaya nnti kat rumah baru la ye
ReplyDeleteeh...tak pun kak... rumah tu kosong lagi.. tengah mikir nak buat apa...
DeleteBaru faham Linda ada 2 rumah ye... Dua² rumah baru ye? Sebab rasanya rumah Tronoh ni pun baru dicat dsbnya kan... Apapun tumpang happy utk Linda
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki nak merasa.. yang dekat Tronoh tu lama dah rumah nya..dah lebih 10tahun.. kami baru mengecat sebab nak duduk, sebelum ni sewakan dekat orang..tiga kali penyewa juga lah..Tronoh nama suami..yang Teluk Intan pakai loan nama Linda.. terima kasih kak.. rumah kecik² je..letak perabot sikit² dah sempit.. hihi.
Deletehrp2 dpt setel masalah kipas tu...kena suruh org yg expert jugaklah kan tu
ReplyDeleteInsyaAllah..harap² takde yg serius
DeletePart² letrik ni mmg kena yg pakar kan, tp boleh pasang sendiri mmg bonus la.. sbb skrg nak wiring rumah makan belas ribu dpt quotation hari tu.. kalau rumah double storey lagi lah... mcm x percaya je bila dpt quotation wiring dh harga mcm tu
ReplyDeleteKak Mim punya lagi la..rumah besar..memang kena tukar main board sekali..untuk pasang macam²..hihihi
DeleteAlhamdulillah... siap juga pasang kipas dan lampu...
ReplyDeleteAlhamdulillah..berjaya juga suami kita..hihihi
Deletejika pandai, buat sendirila jimat banyak.
ReplyDeletejika tidak, usah buat2 pandai, bahaya menanti.
bila da siap, uwow~ anteknya.
Sikit² boleh la buat sendiri...ala, kita guna lampu kalimantang je..bukan lampu bulat², segi²..hihihi
Delete