Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, February 13, 2026

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk merasa tol separuh.
tapi, linda tak guna tol dah.
oh, sabtu nanti nak naik WCE.
merasa juga la kot.

jadi, sesiapa yang nak guna tol.
jangan lepaskan peluang.
sama2 memeriahkan jalan raya. hihihi

malam nie linda balik Tronoh naik bas.
naik dekat TBS.
semoga selamat perjalanan pulang ke kampung ataupun pergi bercuti kepada semua yang membaca blog linda.

boleh la buat persiapan Ramadan hujung minggu ni.
semoga kita dipertemukan dengan Ramadan kali ini. aamin.

till then, see ya.

30 comments:

  1. Sabtu Ahad je..alaaaaa dah la x kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak buat dah masa hari perayaan macam dulu²..risau jam melampau agaknya

      Delete
  2. tu la esok lusa..ingtkn start arini haha

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti panjang Linda. Semoga selamat dalam perjalanan dan selamat sampai di Tronoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. terima kasih kak sari..selamat bercuti juga

      Delete
  4. Bestnya balik kampung.. Selamat bercuti...

    ReplyDelete
  5. bertabahlah mghadap jemm di mana-mana semasa musi perayaan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dah biasa.. kalau tak nak hadap..kena gerak awal²...naik public transport, takde pilihan la..

      Delete
  6. Safe journey dan selamat balik kampung hehe... Tol Gombak tu tadi baru jammed manja² haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam kang dia jam lah tu...esok pagi mula lah juga..hihihi

      Delete
  7. Tak rasa pun, sebab tak masuk highway. Semoga selamat, Linda. Akak tunggu anak sulung sampai, tapi dia lambat lagi, minggu depan baru balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis cuti raya cina..tak sibuk sangat jalan...

      Delete
  8. Bagusnyaaaa 😍😍😍😍. Jarang sangat tarif toll di sini discount, kecuali tol yg baru dibuka, nah biasa masih gratis. Tp kalau dah lama, tak usah haraplah 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau lagi macet kalau di sana..tau² cuti nya habis, tapi belum sampai lagi di kampung

      Delete
  9. Oh patutla tetiba harga tol mcm murah je. Tdi dari bangi nk johor bawh rm20

    ReplyDelete
  10. Semalam Sabtu merasa pengurangan 50٪ tol tu kat Tol Shapadu. Kak Widad pelik kenapa bayar tol 30 sen je😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish .kalau 30sen.. total tol takkan 60sen?? Berapa KM je tu lalu tol?

      Delete
  11. Semalam guna tol pun ada pengurangan. Tol UPM 33 sen je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..harga sebenar tol tak sampai seringgit ke kak ezna?

      Delete
  12. Sesuai sangat untuk balik kampung, jalan-jalan hujung minggu, atau round shopping.

    ReplyDelete
  13. ari tu MZ balik kg masa 2nd day cny, memang dptlah diskaun tol ni :) best sgt!

    ReplyDelete