Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tolseparuhharga. Show all posts
Showing posts with label tolseparuhharga. Show all posts

Wednesday, March 18, 2026

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Tora datang lagi.
Alhamdulillah, kerajaan bagi diskaun 50% pengurangan tol.

18 dan 19 Mac 2026

Esok jimat la tol incikSuami.
Sebab masih valid lagi 50%.
 Siapa yang dah ambil cuti, boleh la gerak pulang ke kampung.
Dapat la jimat duit tol sikit.
Sebab duit minyak dah mahal.
Kot la bekalan subsidi 300liter tak cukup untuk raya ni.

Apa apa pun, berhati² di jalan raya.
Jangan gopoh, jangan baran.
Semoga selamat sampai ke destinasi masing².

Till then, see ya.

Friday, February 13, 2026

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk merasa tol separuh.
tapi, linda tak guna tol dah.
oh, sabtu nanti nak naik WCE.
merasa juga la kot.

jadi, sesiapa yang nak guna tol.
jangan lepaskan peluang.
sama2 memeriahkan jalan raya. hihihi

malam nie linda balik Tronoh naik bas.
naik dekat TBS.
semoga selamat perjalanan pulang ke kampung ataupun pergi bercuti kepada semua yang membaca blog linda.

boleh la buat persiapan Ramadan hujung minggu ni.
semoga kita dipertemukan dengan Ramadan kali ini. aamin.

till then, see ya.

Wednesday, December 24, 2025

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Bersiaran dari dalam kereta, lepas berhenti makan di RnR Ulu Bernam.
Cuti berbaki sehari lagi.
Esok lah, Public holiday kan..hihi.

Hujan petang ni.
Tadi dekat Tapah pun hujan juga.

Gigih nak balik hari ni juga.
IncikSuami kata, nak merasa tol 50%.
Okay, kita layan lah.
Boleh juga rehat² esok dekat rumah.

Tol 50% sempena perayaan Krismas.
Bermula pada 23.12.2025 hingga 24.12.2025.
Tahu pun sebab semalam tertengok berita.

Till then, see ya.