Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, February 5, 2026

.: HAQ :.

Assalamualaikum

hari tu, scroll FB nampak clip cerita nie.
terus la tengok komen, nak tau tajuk ceritanya apa.
lepas tu, terus taip dekat LokTV pulak.
nasib baik ada.
terus layan la.

Haq
HAQ

Di adaptasi daripada kisah benar Shazia Bano (dalam tahun 1980-an) yang menggunakan mahkamah bagi menuntut hak, nafkah anak-anak yang tidak dibayar oleh suaminya. Perjalanan yang perit bagi Shazia Bano kerana sistem kehakiman di sana tidak berpihak pada penganut agama Islam. dan suaminya sendiri merupakan seorang peguam. Shazia Bano dianggap sebagai pengkhianat agama apabila membesarkan masalah dan menampak kan bahawa komuniti Islam pada waktu itu tidak berpihak kepada mangsa (lebih-lebih lagi wanita).

Di awal cerita, Shahzia Bano berkahwin dengan seorang peguam, Abbas Khan atas dasar suka sama suka.. di awal perkahwinan mereka sangat bahagia, sehingga Abbas Khan sanggup menukar geran tanah rumah kepada nama Shahzia Bano. Walaubagaimana pun, hujan di tengah hari. Setelah pulang ke kampung ibu mertua nya, Abbas Khan membawa seorang madu untuk Shahzia Bano. Bermula dari situ, pergolakan berlaku. Shahzia Bano bagaimanapun belajar untuk reda, tetapi kerana kelancangan madu nya, Shahzia Bano merasa tertipu.

dari situ, bermula lah pergolakan rumah tangga Abbas Khan dan Shahzia Bano.
kes sama macam dekat Malaysia, bila dah bercerai, lepas tangan dalam nafkah anak-anak. biarkan bekas isteri dan anak-anak kesusahan dalam meneruskan hidup.

nak tengok ending macam mana??
apa lagi, tengok lah sendiri. kikiki

Haq
apa yang linda amati dari mula, masa pergolakan sehingga lah ke penghabisan.
Abbas Khan sebenarnya sayang dan cinta Shahzia Bano.
tapi, tulah.. ego mengatasi segalanya.

Tipikal lelaki yang mengharapkan wanita itu sendiri akan faham dan kembali semula kepadanya tanpa sebarang usaha dari pihak lelaki.
Tipikal perempuan, walaupun sesakit mana hatinya, jika sekali suami berkata "maaf", hilang segala sakit hati nya.

apa pun, linda syor kan lah untuk tengok.

till then, see ya.

26 comments:

  1. Uishhh..Bleh emo kalau tgk cite2 gini =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul² emo..geram juga Ngan madu dia mula² tu..

      Delete
  2. Memang betul kak. Perempuan itu biasanya mudah memaafkan bila suami sudah minta maaf. Tapi kalau hati dah benar-benar terluka sampai melampaui batas kesanggupan, mungkin seumur hidup pun takkan dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, kalau berulang kali kesalahan yang sama, baru la tawar hati isteri tu..

      Delete
  3. Sakit hati tengok Abbas tu. Ego lebih.

    ReplyDelete
  4. ammi dah tgk cerita ni..geram ek dengan masyarakat yang merendahkan martabat kaum wanita. Salute pada ayah Shazia Bano yang support anak dia.

    Tapi...heronya handsome ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..salute bapak dia..dia tahu anak dia benar.. lepas tu, tang yang dia balik semula ke rumah tu, sebab dia pemunya rumah tu.. punya la baik kan, dia tak minta pun rumah tu awal².

      Hero memang hensem..hihihi

      Delete
  5. Cerita yang membuat mengalirkan air mata memang tak berapa gemo hahaha... sejenis suka tgk cite santai2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..air mata ada la sikit..geram menyampah pun ada juga

      Delete
  6. Cerita nafkah ni mmg di mana-mana lah rupanya ye.. sy selalu jugak bertanya dgn student non muslim, kalau bercerai ayah ada bg nafkah kat dkt mak.. hehehe... sukati je sy tanya sbb nk bagi pendidikan part penceraian dlm islam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...boleh je tanya..untuk pengetahuan kan...

      Delete
  7. Tapi happy ending tak kak? Saya kalau memang ending sedih, sakit hati nak nonton 😅😅😅. Apalagi kisah begini biasanya sedih lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy ending nya, Shahzia berjaya mendapatkan nafkah² tu, tapi dia tetap berpisah dengan suaminya.. anak² dengan sendirinya menjauh dengan bapa nya..

      Delete
  8. Ni kalau nengok citer camni mesti gerrrammmm je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab geram tengok clip dekat FB, tu yang sibuk nak tengok.. hahaha.. clip dekat FB, ayat mak mertua shahzia "Abbas buat perkara baik, mak tak dapat nak bayar hutang, jadi dia kahwin dengan anaknya(madu shahzia)"...

      Delete
  9. confirm bermain ngan emosi cerita macam ni kan...

    ReplyDelete
  10. Cerita ni dah masuk dalam list saya kat netflix. Haritu baru tgok secoet je, tgh habiskan cerita lain dulu. Lps baca review ni rasa tak sabar nak sambung balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambung²..memang sekali habis kak Linda tengok hari tu.

      Delete
  11. Menarik jalan ceritanya. Tapi akak kurang layan cerita hindustan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda suka juga tengok cerita Hindustan..cerita Tamil pun suka juga..tapi, apa² cerita pun Linda suka..janji seronok

      Delete
  12. Menarik jalan cerita Haq ni . Kejap lgi nak tonton laa sambil lipat baju

    ReplyDelete