lovvu Dobbu

Showing posts with label moviehindustan. Show all posts
Showing posts with label moviehindustan. Show all posts

Friday, November 15, 2024

.: DO PATTI :.

Assalamualaikum

lama dah tengok cerita Do Patti (trans - two cards) nie.
tapi baru sekarang rasa nak buat review sikit

tengok cerita nie pun sebab nampak ada Kajol.
memang kenal dia je pun..hahaha


Cerita nie mengisahkan tentang kisah kembar Saumya/Shailee (Kriti Sanon) yang akan buat apa sahaja untuk menyelamatkan kembar nya walaupun ada perasaan tak puas hati antara satu sama lain.
Permulaan tak puas hati tu, Dhruv(Shaheer Sheikh) pakwe Shailee tapi akhirnya mengahwini Saumya.
Marah la si Shailee nie, pakwe sendiri kawen dengan kembar nya.

Nampak si Shailee nie suka mengganggu hubungan suami isteri nie. Bila ex-BF dia gaduh ngan Saumya, dia datang mai pujuk2. Kadang2 tu dia saje lah sakitkan hati adik dia, perangat lah konon nya.

Tapi, dalam masa yang sama, rupa-rupanya Dhruv nie panas baran + narsistik sikit.  Jadi Saumya nie selalu jugak lah jadi punching bag Dhruv. Bila Maaji(pengasuh yang jaga kembar nie dari kecik) nie buat report polis, Saumya nie tak nak bagi kerjasama.dia cakap dia tak kena pukul pun. Tapi badan lebam sana sini. Inspektor VJ(kajol), tak puas hati. dia nk tolong jugak,tapi tak tahu macam mana. Sebab Dhruv nie pun anak politician, sebelum nie pernah ada kes keganasan jugak, tapi kes di tutup.Tu yang Dhruv nie warning dekat Inspektor VJ nie, jgn masuk campur urusan rumah tangga diaorang.

Last-last satu hari nie, jadi lah kes di mana Saumya mendakwa Dhruv dalam cubaan membunuh dia ketika diorang tengah buat aktiviti parasailing. Jadi ada kes, Inspektor VJ nie pun tlong lah Saumya. Inspektor VJ nie pun ada lulusan law, jadi dia jugak yang jadi lawyer Saumya. 

Pendek cerita, Saumya menang, Dhruv dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan cubaan membunuh. Tapi , Inspektor VJ nie perasan ada sesuatu yang tak kena, bila Shailee keluar dari mahkamah dengan muka yang penuh rahsia.

Inspektor VJ nie pun, cuba nak kaitkan semua kejadian.Sebab dia seorang yang telus, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Dia rasa macam komplot kembar nie untuk buat Dhruv dikenakan hukuman berat, padahal Dhruv tak buat pun cubaan membunuh tu.

Setelah siasat betul-betul, Inspektor VJ nie dah jumpa bukti yang menunjukkan Dhruv tak buat pun cubaan membunuh tu. Tapi dalam masa yang sama, sejarah kembar nie terungkap, bila mana ayah diorang pun kaki pukul juga, yang akhirnya meragut nyawa mak diorang. Itu yang diorang nak buat Dhruv tu dikenakan hukuman paling berat, sebab nak jaga keselamatan diorang sendiri. Inspektor VJ nie pulak, dah dalam dilema. Sama ada nak tolong tegakkan perkara benar ataupun nak ikot perikemanusian. Tapi, Inspektor VJ tetap buka semula kes dekat mahkamah.

Nak tahu apa keputusan Inspektor VJ dan hakim? Dhruv dilepaskan ke tak?
kena tengok sendiri lah... hihihi..
dah banyak Linda share nie...

filem berdurasi 2j15min. 
biasa lah tu untuk filem Hindi kan.

ok boleh masuk list lah untuk ditengok wekeend nie.

till then, see ya


*kriti sanon nie berlakon dalam Dilwale jadi adik Kajol rupanya
*Shaheer Sheikh nie pernah berlakon dalam drama Tv Indonesia Cinta di Langit Taj Mahal rupanya

Saturday, May 18, 2024

.: SHAITAAN :.

 Assalamualaikum

Linda dah tengok cerita yang tengah hot sekarang..
katanya..

SHAITAAN versi Bollywood
katanya filem nie remake filem VASH (2023) versi Gujerati


Kabir Rishi(Ajay Devgan), a chartered accountant, and his wife Jyoti(Jyotika) reside in DehradunUttarakhand with their kids Janhvi and Dhruv. On a vacation to their farmhouse at a remote hill station, they meet an enigmatic man, Vanraj Kashyap(Madhavan). After eating a laddu Vanraj gives her, Janhvi gets the craving to obey his every command like a puppet.

Vanraj arrives at the farmhouse, citing that his phone's battery has died. The family is unsettled by his presence and Kabir asks him to leave. Janhvi, upon Vanraj's orders, prevents her father from kicking him out. Vanraj reveals that he has hypnotised her through black magic; she will obey every command he gives. He asks them to give her to him, as he needs their permission to do so. When they refuse, Vanraj cuts the phone lines and torments the family by dictating Janhvi to do strange and cruel things, such as hitting herself, eating dry tea leaves, and attacking her brother.

sumber daripada mr Wikipedia

untuk Linda, nak sampai ke plot yang best tu...
dekat separuh cerita jugak lah...
awal-awal tu macam mendatar je, kisah pasal happy family...
kisah semua terjadi, lepas diaorg terserempak dan terima pertolongan orang (Vanraj) di kedai makan.
ingat sampai situ je, sekali..Vanraj tu sampai depan pintu pagar rumah percutian diorang
masa dekat kedai makan tu tadi, anak dara diaorang Janhvi makan laddu yang Vanraj bagi, yang itu lah saat -saat bermula kena pukau
lepas dari tu, apa yang Vanraj suruh semua Janhvi buat, untuk meyeksa parents Janhvi supaya memberi keizinan kepada Vanraj untuk bawa anak dia..
kelakar pulak, ko dah jampi orang, lepas tu nak bawak, kena minta izin pulak
mula-mula memang mak bapak dia tak nak lepaskan, tapi sampai tahap Janhvi disuruh untuk membunuh adik dia Dhruv, dan adik dia terjatuh dari tingkat 2 ke bawah..mak bapak Janhvi nie pun izinkan lah bawa Janhvi nie..
tapi, tak sampai situ, rupanya bapak dia (Kabir) dah buat live location daripada handphone Vanraj tu, dia send dekat phone pembantu rumah percutian diorang yang tak jadi datang rumah tu.

dari situ Kabir dapat jejak dan sampai ke tapak persembunyian Vanraj

rupa-rupanya, banyak anak gadis yang dia telah pukau, Janhvi adalah yang terakhir untuk melengkapkan sesi pemujaan dia..ibarat ilmu Orang Minyak lah tu..kene cukup bilangan anak gadis nya.

tang sini, kena tengok sendri..kikiki...tang Kabir kerat lidah Vanraj nie..fuhh..

polis berterimakasih dengan Kabir sebab daripada banyak-banyak gadis yang ada tu, banyak yang ada report mengatakan anak gadis mereka hilang..so kes closed..tapi, polis kata Vanraj tak dapat ditemui..polis akan berusaha mencari Vanraj..

nak tahu kat mana Vanraj?? kena tengok lah filem nie sendiri...

till then, see ya

Tuesday, February 6, 2024

.: RUNWAY 34 :.

 Assalamualaikum

citer nie Linda dah tengok dalam 2 mgu lepas
baru sempat nak review haaa
asalnya bosan dah, tak tahu nak tengok cerita apa...
scroll scroll, ternampak nie, nampak pelakon Ajay Devgan (AD) dengan Amitabh Bachan (AB) plak, haruslah tengok

cerita nie based on true story katanya

The film is based on true events, in which a plane from Doha to Kochi landed with only a very small amount of fuel left.
petik dari mr google

Ajay Devgan punya production yang keluarkan cerita nie



Vikrant Khanna is the captain of a flight traveling from Dubai to Kochi with passengers and crew of 150 and co pilot Tanya Alburquerque. Vikrant has a hangover of overnight party and is bit restless, the flight takes a smooth journey but when it reaches nearby to its destination the weather turns out to be very bad due to heavy rains and cyclone.The aviation department asks Vikrant Khanna to divert the flight towards Bangalore, but Vikrant decides to take a chance not once but thrice to land at Kochi but fails. With the amount of fuel left on the flight Vikrant decides to land in Trivandrum but the aviation department fails to provide them the information that the cyclone has approached Trivandrum and all flights are diverted. When the flight reaches Trivandrum, the cyclone has already approached and there is no visibility at all while the flight is also low on fuel. In this situation Vikrant's only motive is to save everyone's life, and he manages to land the flight safely with a narrow escape from imminent crash.Vikrant turns a hero to flight passengers but soon an inquiry is conducted on him and his co-pilot, Tanya, headed by Narayan Vedant.
petik dari IMDb


kesian sangat dekat Captain, dah berusaha nak selamatkan penumpang, tetapi tetap di anggap bersalah, sengaja untuk mendatangkan kecelakaan kepada penumpang
mula-mula captain tak bagi hujah pembelaan, sebab dia terkesan dengan seorang penumpang tua yang meninggal di hospital selepas kejadian tu, dia rasa dia yang bersalah, jadi dia tak balas apa apa pun kenyataan peguam tu.
tapi, dalam cerita nie, isteri captain tu betul betul main peranan, susah senang bersama suami. dia yang kembalikan semangat suami nya, bawa suami pergi jumpa anak si mati tu. untuk luahkan apa yang dia rasa..

esok nya, captain pergi balik sambung perbicaraan, semua hujah dia bidas bidas dan bela diri. sampai nak membuktikan diri dia betul, dia ajak peguam tu masuk dalam kokpit simulasi, untuk captain simulasi kan apa yang dia buat masa situasi tegang tu.

akhirnya, peguam mengakui captain tu memang berbakat besar, dan rugi kalau di terminate dari dunia penerbangan, jadi peguam putuskan penggantungan sahaja, tapi captain kena ingat, semua SOP dan undang-undang harus dipatuhi, bukan ikot kepala dia je...

boleh simpan dalam list untuk tengok nanti taw..
sebab time perbicaraan tu, ehhh, memang geram lah dengan AB tu...hihihi

till then, see ya