Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, February 21, 2026

.: EKSPERIMEN BUNGA TELUR :.

Assalamualaikum.

Hari ni tak balik Tronoh, jadi mereput la dalam bilik je.
Tapi, yang peliknya, tak mengantuk lah pula.
Bangun sahur pukul 5.30 pagi, sampai up entry ni pukul 3 petang, tak terlelap sedikit pun.

Eh ,tak boleh jadi.
Jom la kita bereksperimen sikit.

Bunga telur kawat bulu
Gulung² sikit, lipat sana, lipat sini.
Alhamdulillah..jadi la sepohon bunga.
Nak up gambar ni, macam tak lawa betul background nya.
Jadi, marilah kita tanya Mr Gemini sat.

Hasilnya.

Bunga telur
Emm, dia tukar background je.
Nampak pula caca marba belah depan.

Meh kita tukar arahan lain pula.

Bunga telur
Wah, terus jadi hiasan meja.
Tapi, Linda minta close up sikit gambar nya.
Dia takmo dengar cakap kita.
Malas dah, yang ni pun cantik.
Macam real pula yang ni, dok dalam pasu tu.

Kak Mas order bunga telur untuk majlis kawan dia bulan 4 nanti.
Jadi, Linda tengah bereksperimen la nk buat bunga apa.
Macam cantik pula pattern yang ni.
Suka lah.

Till then, see ya.

Friday, February 20, 2026

.: BERBUKA 1&2 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Hari tu, Linda baca entry Sha, persiapan Ramadan, dia ada beli kurma.
Eh, Linda pun terus la intai dekat Shopee juga, sebab Sha ada tinggalkan link sekali.
Mula² order kan untuk rumah Tronoh, penghantaran cepat.. 
Kalau takde gap cuti, memang order hari ni, sampai esok lah.

Ni trip untuk Linda dekat asrama.
Tapi, bukan Linda punya semua tu.
Saja beli lebih, bagi cleaner yang buat kerja dekat tempat Linda, lepas tu Izzah satu.
Alhamdulillah, ada rezeki nak memberi.

Kurma Ajwa ni, memang sedap lah. 
Abang Mueez tu cukup suka yang ni,dia sorang je makan.
Kurma lain mana pandang, tapi tu lah, keras sikit lah kan harga dia. Benda premium.. hihi.

Jom tengok menu berbuka Linda.

Hari pertama puasa - buat wrap telur je.
Makan satu je dah kenyang, satu lagi simpan dalam bekas, makan waktu sahur.

Hari kedua puasa - buat garlic bread 2 keping.
Ratah sayur yang bawa bekal dari Tronoh semalam tu.

Alhamdulillah, berbuka orang bujang..hihi.
Jangan lah sedih sangat tengok menu berbuka Linda.
Dah keluar juga tadi, pergi kafe, pergi belakang hospital.
Tengok² apa yang orang menjual, tapi takde satu pun yang berkenan dekat hati.
Lepas tu, malas nak simpan² kalau ada lebih.
Jadinya, kita makan je lah apa yang ada.
Perut Linda pun, bukan jenis boleh makan banyak. Kalau bawa pergi buffet buka puasa. Rugi lah.. hahaha.

Apa pun, syukur atas nikmat yang Allah berikan.

Hari ni Jumaat, tapi tak balik Tronoh.
Next Jumaat baru balik.

Till then, see ya.

P/s - kak mas kata, raya nanti boleh pakai kebaya la kalau menu berbuka mcm tu je sepanjang Ramadan.. bidooh je kak mas ni..hahaha

.: CARDCAPTOR SAKURA - COMICS VERSION :.

Assalamualaikum.

kan ada hari tu nak beli tudung, tapi tak jadi
sebab komik Cardcaptor Sakura (CCS) jilid 5-8 dah keluar.
sebagai peminat CCS, linda memilih komik dari tudung.. hahaha

akhirnya sampai juga.
ambil masa 2-3 hari juga la nak sampai.

unboxing.
bagus bungkusan nya.
buku dibalut dengan bubble wrap lagi.

4 jilid semua.
jumlah yang linda ada sekarang 8 jilid.
by time up entry ni, dah habis baca pun semua 8 jilid.
dok tunggu jilid baru keluar pula.

yang beli jilid baru ni..
jilid 5 -8, ada penanda buku la dalam setiap komik.
penanda nya gambar lain2.
dan dekat corner tu ada tulis nombor.
contoh macam yang gambar ni, 5/12. penanda buku ni dari jilid 5, yang 12 belakang tu rasanya jumlah jilid CCS yang ada kot.
kalau betul, berbaki lagi 4 jilid je lah.

tak sabar nak tunggu keluar ni.
rasanya macam dah ada je.
takpelah, kita tunggu next, beli terus 4 jilid.

nanti nak minta incikSuami buatkan rak buku la untuk komik dan photobook linda. hihihi.
banyak lagi photobook dalam kotak belum di keluarkan.

till then, see ya.

.: 10 PESANAN :.

Assalamualaikum.

Jumaat pertama di bulan Ramadan.
Semoga membawa keberkatan dalam hidup kita.
Jom baca Al Kahfi, semoga kita terhindar daripada fitnah Dajal..aamin.

Untuk anak lelaki

Untuk anak perempuan

"Engkau pelihara lah zuriat kami, berikan hidayah pada mereka, jadikan mereka insan yang beriman, berakhlak mulia dan berjaya dunia akhirat.Ampunilah mereka ya Allah, aamin YRA"

Till then, see ya.

Thursday, February 19, 2026

.: 1 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kita dengan bulan Ramadan.

Sahur 1 Ramadan 1447
Menu sahur.
Telur dadar dengan sayur je baru masak.
Yang lain, lauk perangat semalam.

Bangun pukul 3.20 pagi.
Sebab nak siap² p stesen ketapi pula.
Bersiap dan sahur sekali.
Dedek bangun awal, teman Linda sahur dan ikut incikSuami hantar ke stesen KTM

1 Ramadan 1447
Sebagai kenangan.
Kerusi sebelah, lelaki Cina berbadan besar.
Dia tido, risau pula menyenget dekat Linda.
Terus Linda nak tido pun tak senang.hihihi

Stesen KTMB Batu Gajah
Selagi PJJ, ni lah pemandangan nya.
Ramai juga pagi ni dalam ketapi.
Banyak Chinese, baru lepas CNY kan.

Till then, see ya.

P/s - rasanya tahun ni macam tak banyak je entry lauk pauk untuk menu sahur dan berbuka.hihihi

Wednesday, February 18, 2026

.: SOLAT TARAWIH :.

Assalamualaikum.

Malam pertama untuk kita menunaikan solat tarawih.
Untuk kaum wanita yang selalu sibuk, boleh buat di rumah juga.
Linda ingat lagi, zaman Linda kecik².
Pergi tarawih di surau, tapi dengan kawan².
Mak sibuk di rumah, dengan nak jaga adik² lagi.
Alhamdulillah, Linda pun bila anak² dah besar ni, baru la ke surau.
Kalau tak, dekat rumah je.
Jom Linda kongsikan cara solat tarawih untuk kaum wanita di rumah.
Semoga kita semua mendapat berkat dan manfaat bulan Ramadan.

Solat Sunat Tarawih
Jangan lupa niat ya.

Solat Sunat Tarawih
InsyaAllah, ikut kemampuan kita.

Solat Sunat Tarawih
Baca surah² atau ayat² yang kita hafal je.

Solat Sunat Tarawih
Di sudahi dengan solat witir.

Solat Sunat Tarawih
Zikir jangan dilupa.

Solat Sunat Tarawih
Panduan doa.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, aamin.

Selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia.

Till then, see ya.

.: BALIK TAIPING :.

Assalamualaikum.

Ahad, 15.02.2026 - balik Taiping minggu ni, kebetulan ada kenduri akikah sepupu Sabtu, 14hb tu.

IncikSuami nak cuci kete, Linda sibuk nak ngikut.
Anak² pun dok bahan ibu dia "ayah nak cuci kete pun nak ikut".. 
Hahaha, biarlah..orang nak spend time Ngan suami sendiri.

Balik Taiping
Letak kereta dekat carwash, p makan sat.
Soto dia, Emm..tak menarik.
Rasa pekat sangat kot.
Memang Linda makan isi dia je, tak hirup kuah pun.

Balik Taiping
Haa, bukti basuh kete ye.
Bukan sesaja keluar.

Balik rumah, terus ajak MIL dengan SIL pergi hospital, nak melawat Pak Jang.
Diserang strok buat kali ketiga pada Rabu minggu lepas tak silap.

Hospital Taiping
Snap gambar wad.
Wad B2.

Hospital Taiping
Ni pun wad juga.
Tahun lepas melawat Farah anak Pak Jang.

Hospital Taiping
Alhamdulillah, Pak Jang sedar, boleh makan minum seperti biasa.
Cuma badan, kaki dan tangan lemah.
Tak boleh bergerak.
Semoga Pak Jang cepat sembuh..aamin.
Tu ada Mak Ngah hujung tu.
Pak Jang adik ipar MIL.

Selesai dekat hosp, menuju ke AEON Taiping pula.
Ramai orang, nasib baik tak lama musing cari parking.

Mueez beli Beyblade
Abang Mueez kalut nak Beyblade lagi.
Ibu tanya ada duit tak?
Ada RM10 je katanya.
Haa, meh bagi ibu duit tu.
Tak cukup ibu tambah. Tu yang suka sangat tu.
Ibu tambah RM10 juga la, beyblade tu RM19.90.
Lepas tu, sibuk dok tengok² gelanggang dia, tak payah. Dekat rumah tu ada 3, 4 jenis gelanggang.
Mainnya bukan selalu pun, bila teringat je.

Ibu cuti raya cina ni, laju duit mengalir macam air.
Nasib baik lah balik Selayang dah puasa.
Jimat la sikit duit beli makanan..hihi.

Di kesempatan ini, linda ingin mengucapkan, selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Semoga kita semua merebut pahala di bulan Ramadan.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita bertuah kerana dikurniakan dengan bulan Ramadan, segala ibadah yang kita lakukan pada bulan ini, akan dilipat kali gandakan pahalanya. Maka, jangan lah kita sia² kan.

Till then, see ya.

Monday, February 16, 2026

.: KISAH JUMAAT :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 13.02.2026 - kisah Jumaat lagi.
Sekejap je dah jumpa hari Jumaat.

Winter Sonata Malaysia
Sebelum keluar rehat tengah hari.
Sempat lagi ambil gambar pokok dulu.
Pokok yang daunnya berguguran macam winter pula.
Rehat pergi Selayang Mall sebab nak keluarkan duit je.
Susah juga bila takde cash ni.

Thumbprint pukul 4.36petang.
Tunggu bas Rapid, tak sampai² pula.
Last² pukul 5.20 petang baru sampai.
Singgah la AEON Kepong, solat Asar dulu.
Lepas tu, makan siap² dekat food court, sebelum ke Terminal Bersepadu Selatan.

Kisah Jumaat
Nasi putih paprik RM8.50.
Alhamdulillah.. kenyang.

Bas pukul 9.30malam, nak gerak lepas maghrib, risau kelam kabut.
Jadi, gerak jelah lepas makan tu, dalam 6.45 petang juga lah.
Sampai TBS, dalam 7.40petang.
Terus cari surau, solat terus maghrib dan Isyak.

Lepas 8.30malam, baru boleh turun ke tempat berlepas.
Kali ni, bas dekat gate 5.
Ikut tangga hujung je, terus gate 5.
Tapi tak ramai orang belah gate 5 tu.

Kisah Jumaat
Turun², eh.. ada je plug dekat hujung² ni.
Haisyh..kalau tau, takde lah melayang RM12 cas telefon hari tu. Hahaha.
Lepas ni, kalau naik bas.. tahu lah kat mana boleh cas free. 🤭🤭

Kisah Jumaat
Eh, pertama kali nampak aset kerajaan yang ada nombor dekat tempat awam ni.
Siapa pula pegawai yang bertanggungjawab?
Terus terfikir, staf TBS ni penjawat awam ke?? Emm, keliru sekejap.

Alhamdulillah, bas Linda tak delay.
Cuma lambat sebab depan dia ada bas yang delay tengah ambil penumpang.
Lewat 10min je, so ok je .

Arwana Express
Eh, bas kali ni eksekutif betul.
Siap ada pengecas USB.
Yang balik hari tu takde.
Elok sangat lah, kebetulan earphone habis bateri.
Cas la sekejap.

Hentian bas Seri Iskandar
Screenshot wasap status incikSuami.
Linda suruh dia tunggu dekat terminal je, walaupun bas lalu je depan taman rumah kami sebelum sampai terminal.
Sebab, naik bas hari tu, minta berhenti tepi je, driver bas tak nak berhenti mula².
Katanya, kena turun dekat terminal.
Kalau siang, Linda faham la.
Ni, 2 pagi, takkan la berkira juga.
Jadi, kali ni, malas nak minta berhenti tepi, suruh incikSuami tunggu dekat Terminal je lah.

Alhamdulillah, 2 pagi dah sampai Seri Iskandar, terus balik rumah.
Tukar² baju..tidur.
Siangnya nanti nak balik Taiping, sepupu belah suami buat kenduri akikah anak nya.

Till then, see ya.

Sunday, February 15, 2026

.: GUNTING BERGIGI :.

Assalamualaikum.

Nasib baik ada juga alatan Linda ni.
Memang dah asingkan siap², bawa pindah sekali dekat asrama.
Sebab tau akan ada kejadian bosan nanti.

Gunting bercorak
Siap ada beg.
Dah macam chef² yang ada beg pisau,gunting tu.

Gunting bercorak
Dalam dia, ada 5 jenis gunting yang bergigi.
Asalnya ada 6.
Satu lagi kat mana ntah.

Gunting bercorak
Jom susun².
Nampak tak ada corak² dekat gunting tu.
Itulah corak gigi gunting tu.
Lama dah Linda beli benda ni.
Lebih 5 tahun dah.
Dulu siap ada tebuk lubang yang berbentuk.
Tapi, mana ntah sekarang.
Asyik pindah randah je. Hihi.

Gunting bercorak
Ni lah hasil gunting guna gunting corak tu.
Boleh jadi border kertas lawa.
Nak buat apa tu Linda??

Saja nak main tampal², konon² nak keep track duit gaji pergi mana.
Tapi, yang besar² je tulis.
Yang kecik², yang dok QR² tu.
Tak tulis pula..Kikiki.

Baru 1st time nk buat Gini.
Orang lain dah buat lama dah.

Till then, see ya.

Friday, February 13, 2026

.: EVENT BABYRUZ :.

Assalamualaikum.

Ahad, 08.02.2026 - menghadiri event babyRuz kelab PRAC dekat Restu Ibu,Hulu Yam, Selangor.
Gerak dari Tronoh 6 pagi, Subuh di jalanan.
Masuk je highway, Linda tidur sampai lah keluar exit Tg Malim.
Sampai tempat event, dalam 8.15 pagi mcm tu.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Ada ahli bawa kek.
Memang "watak utama" la kek ni.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Susun² makanan.
Macam biasa lah potluck.
Bawa sorang sikit, terus jadi banyak.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Bawa meja dan kerusi.
Payung pun incikSuami bawak juga, tapi tak guna pun.
Sebab elok port kami pilih tak kena panas.
Abang Mu'az tak ikut, sebab tak sempat nak ambil dia dan tak nak kalut nak cepat² nak hantar dia masuk asrama pula.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Sesi pembukaan majlis.
Eh, tiba² incikSuami kena baca doa pula.
Alhamdulillah, boleh jadi ustaz lepas ni.kikiki..

Selesai sesi² baca doa, ada serah menyerah sticker baru juga.
Ini lah masa nak berkubang.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Masa pagi ni, air tak naik lagi.
Abang Mueez, yang berendam bertudung tu kak M.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
Yang ni ada gambar dedek.

Kalau perasan, dekat tebing tu ada simen kan?
Dalam 11 lebih nk masuk tengah hari tu, paras air dah tinggi sikit, dah naik ke tebing simen tu.

Tapi, anak² mandi sekejap je.
Dalam sejam, dua gitu.
Sejuk katanya.. hahaha..
Memang lah sejuk, air sungai.

Event babyRuz di Restu Ibu,Hulu Yam
IncikSuami ambil job bakar ayam.
Dari mula sampai habis.
Ngelat dia, takmo main air.

Linda pun tak rajin pula nak berendam.
Lepak² jelah tengok² keliling.
Tapi, tak ambil gambar pun.

Restu Ibu ni ada chalet, dia macam tanah persendirian.
Tapi, boleh walk in untuk mandi sungai sahaja.
Parking kereta RM10 sekali masuk.
Kalau nak sewa chalet pun ada juga.
Boleh la cari dekat FB, tak dapat pula Linda nak share link.

Kawasan nya, bersih la.
Memang terjaga la.
Cuma macam chalet tu, tengok gambar macam style lama.
Boleh sewa siang saja, boleh juga untuk bermalam.
Harga lain² la.

Nak balik tu, incikSuami hantar Linda balik Selayang.
Sekali nak ambil barang² yang masih ada lagi.
Sekali, 30min je perjalanan dari tempat mandi manda tu ke Selayang.
Kalau tau dari dulu, memang tetiap minggu pergi mandi sungai.. hahaha.
Sabar jelah.
Sebab Linda dengan incikSuami bukan jenis redah je, tu yang tak jumpa tempat² mandi manda ni, padahal banyak je dekat² Selayang tu.
Takpelah, ada rezeki, kita sewa chalet Restu Ibu tu.
Bolehlah berkubang puas².

Till then, see ya.

.: PENGURANGAN TOL 50% :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk merasa tol separuh.
tapi, linda tak guna tol dah.
oh, sabtu nanti nak naik WCE.
merasa juga la kot.

jadi, sesiapa yang nak guna tol.
jangan lepaskan peluang.
sama2 memeriahkan jalan raya. hihihi

malam nie linda balik Tronoh naik bas.
naik dekat TBS.
semoga selamat perjalanan pulang ke kampung ataupun pergi bercuti kepada semua yang membaca blog linda.

boleh la buat persiapan Ramadan hujung minggu ni.
semoga kita dipertemukan dengan Ramadan kali ini. aamin.

till then, see ya.

.: DEVIL'S PINCH :.

Assalamualaikum

Hantu juga yang salah.
Tapi bukan salah hantu tau.

Gigitan hantu

Bangun pagi ada lebam di paha bukan sebab hantu tapi ini puncanya

Pernah tak jadi kat korang, malam tadi tidur elok je, tak terlanggar bucu meja, tak jatuh, tapi pagi ni bangun tengok ada lebam biru keunguan kat paha atau lengan?

Orang tua-tua panggil "Gigitan Hantu".

Doktor panggil "Purpura Simplex" atau "Devil's Pinch" (Cubitan Syaitan).

Jangan risau, tak perlu panggil bomoh. Panggil doktor kalau ia berlarutan.


Ini 4 sebab kenapa badan anda lebam sendiri:

1. Salur Darah Rapuh (Fragile Capillaries)

Ini paling biasa berlaku pada wanita. Dinding salur darah halus (kapilari) di bawah kulit anda nipis. Bila anda stres atau tertekan sikit semasa tidur, salur darah ni pecah sendiri dan darah merembes keluar jadi lebam.

2. Masalah Platlet (ITP)

Platlet adalah "batu bata" dalam darah yang tolong tampal luka. Kalau platlet rendah atau tak berfungsi, darah mudah bocor keluar dari salur darah walaupun tiada kecederaan. Ini boleh jadi tanda awal masalah darah (ITP).

3. Kurang Vitamin C & K

Vitamin C bukan untuk putih saja, ia adalah "simen" yang kuatkan dinding salur darah. Kurang vitamin C menyebabkan salur darah mudah pecah (Scurvy). Vitamin K pula penting untuk pembekuan darah.

4. Kesan Ubat Tahan Sakit

Pengambilan ubat seperti Aspirin, NSAIDs (Painkiller), atau ubat cair darah boleh menyebabkan darah lambat beku dan mudah lebam.

Bila kena jumpa doktor?

Kalau lebam ni datang pakej sekali dengan:

- Gusi berdarah masa gosok gigi.

- Kerap mimisan (hidung berdarah).

- Demam yang tak kebah.

- Lebam makin banyak dan besar tanpa sebab.

Ini mungkin tanda Leukimia atau gangguan darah serius. Tapi kalau setakat lebam "manja" sekali-sekala, itu tandanya anda kena kurangkan stres dan makan buah oren lebih sikit.

Hantu tak salah, badan kita yang minta rehat.

Kredit to PHM.


Till then, see ya.

Thursday, February 12, 2026

.: KISAH DEDEK :.

Assalamualaikum.

Semalam kisah abang Mu'az.
Hari ni, dedek pula.
incikSuami balas wasap linda, katanya dedek selsema, tk pergi sekolah.

incikSuami hantar gambar dekat klinik swasta.
Ayah dah gaji.. klinik swasta lah.. hahaha
incikSuami kata risau lambat dekat Klinik Kesihatan nanti.

Nampak muka ok je.
Takdelah demam teruk sangat.
Tapi, dedek kerap masuk angin perutnya.
Kesian, makan tak teratur. Makin kurus ibu tengok.

Dapat MC 2 hari.
Doktor tanya, adik nak 1 hari ke 2 hari?
Dedek angguk2 je, ntah apa yang di anggukkan. hahaha

Berteka teki dengan incikSuami, berapa bil rawatan.
Linda teka paling mahal RM70.
Sekali RM112.
Yela, ubt je dh 6 jenis doktor bekalkan.
MC 2 hari lagi. Hahaha.

Semoga dedek baik2 je lah.
Moga murah rezeki ayah selalu. Aamin.

Till then, see ya.

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Entry pertama untuk campak belakang ya..Kikiki.

Betul² campak belakang.
Kurus lagi waktu ni, rasa berat 50++ je ni.
Sekarang 60++ , hahaha.

Ni masa kak M graduasi 6 tahun .
Dari jauh dah nampak bulat. 🤭🤭

Dua dua gambar tu, anak dah 4.

Kak M umur 5 tahun.
Masa ni, nampak lagi lah gegirl nya.
Sekarang takde dah.. hahaha.

Ni kak M umur 6 tahun.
Okeh.. dah tahu lah.
Memang dari dulu suka buat perangai random.
Apa benda la dok terbaring dekat pelamin.. hahaha..

Ada la bukti rupanya, memang dari dulu begitu. 
Sabar jelah.

Kenangan betul tengok gambar² yang keluar dekat FB memories.
Jadi, kena up juga 1, 2 gambar for next next year punya memories.

Till then, see ya.