Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, January 11, 2026

.: PERJALANAN KE BATU GAJAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 09.01.2026 - bermula lah perjalanan pJj kita.. thumbprint awal 4.30petang.
Jalan kaki tunggu bas dekat sebelah hospital.

Pemandangan petang.

Dalam 10min bas pun sampai.
Owh laluan ke Metro Prima dari hosp Selayang, naik bas perantaraan MRT no 114 ye.
Caj max RM3, nanti sampai tempat di tuju, baru tahu harga sebenar.
Macam Linda hari tu kena RM1 je..
Kena guna touch N go atau app diorang je untuk bayaran.
Eh, kalau naik train MRT pun boleh la guna TnG kan? 
Linda dok beli coins tu je..penat lah pula.

Sampai Stesen Metro Prima, betul² depan AEON Kepong.
Pukul 5 petang dah sampai.

Tunggu train sampai pula.
Macam dah 2tahun tak naik train ulang alik Gini.

Ikut laluan Kwasa Damansara, untuk turun dekat Sungai Buloh.
Linda naik ETS dekat Sungai Buloh.

Sampai Sungai Buloh dalam 5.20 petang.

Pergi tengok kaunter KTM pula.
Awal lagi, tiket KTM Linda dah beli 10.30malam.
Tanya lah kaunter kot² ada extra last minit.
Takde weyh.
Emm, moh Ler kita naik train semula.
Lepak² dekat Aeon dulu la.
Kill the time orang kata.
Sebab dekat KTM tu takde apa pun, nak masuk pun tak boleh.
Katanya sejam awal je baru boleh masuk.

Jadi meh la kita makan² dulu dekat Aeon.
Nasi putih paprik + Cham ais.

Siap² solat jamak maghrib dengan Isyak.
Dalam pukul 8malam kita naik train semula.
Belum 8.30 dah sampai Sungai Buloh.
Melenggung la sampai 10.30malam, nak tunggu ETS.

Sambil² tu snap yang ni sekali.

Alhamdulillah, akhirnya.. sampai juga train yang ditunggu.
Memang full lah dalam train ye..
Tepat 12.30 tengah malam, sampai stesen Baru Gajah.
Memang betul² on time.

Dah tahu pengajarannya, lepas ni boleh dah ambil tiket train pukul 6.50 @ 7.50 petang.
Yang tu je tiket yang ada lepas waktu pejabat berhenti dekat Batu Gajah.

Alhamdullillah, atas pelajaran hari jumaat.
Itulah orang kata, selagi hidup..kita sentiasa belajar.
Moga yang baik² untuk ke depannya..aamin.

Till then, see ya.

24 comments:

  1. Kalau Cuya ni boleh sesat. Tak reti nak naik KTM. Hoho

    ReplyDelete
  2. Kiranya nanti setiap Jumaat la Linda balik Tronoh. Ada train ok la jimat sikit. Kalau PJJ naik kereta besar belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..takde lah tiap jumaat juga..tengok ongkos nya...😂😂

      Delete
  3. Bentuk tren itu seakan-akan sama seperti LRT di Indonesia ya. Aduh, saya jadi teringin pula nak cuba naik tren di sana, hehe.

    ReplyDelete
  4. moga2 dipermudahkan segala urusan linda...jauh jugak tu wpun naik train

    ReplyDelete
  5. Ooo.. naik ETS, bagus juga, lebih laju. Akak ingat Linda naik bas sampai Seri Iskandar. Ye la, kena belajar dulu selok belok naik pengangkutan awam ni. Ye, Touch&Go boleh guna naik lrt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik ETS tak jem.. hihi.. ok Rabu pagi boleh la TnG je nanti..

      Delete
  6. murah kan naik lrt mrt sha jakun sikit tahun lalu ada pergi klbawa anak2 naik benda ni..happy dorang

    ReplyDelete
  7. Byknya persinggahan, naik bas, naik tren naik ETS lagi.. kalau balik ke selayang pulak en suami hantar ke linda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekejap² je tempoh tu..mcm naik train MRT tu 10min je dah sampai Sg Buloh..
      Balik Selayang pun naik train je..sebelum subuh kita gerak

      Delete
  8. Geng Wafi ni naik ETS kat Sungai Buloh.
    Linda boleh buka akaun KTM di https://online.ktmb.com.my/
    Nanti beli tiket online je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..Linda beli tiket online siap² dah kak.. ni tukar app lain pula..dah tu duit dekat apps lama camne nak kuarkan?hahaha

      Delete
    2. Duit tak sure boleh refund ke tidak tapi KTM point tu boleh guna. Akak biasa kumpul, at one time boleh beli satu tix... jadi lah.

      Delete
    3. Duit ada lagi, lebih rm50 juga tu...waaa.. kena tanya ni.. sebab apps baru dia tak detect yang lama pun

      Delete
  9. takpe belajar dari pengalaman..kalau tak kita x tau kan

    ReplyDelete
  10. pasni Linda download je apps KITS. Boleh beli tiket ETS online je. ammi masa Kyra kat Segamat, kadang2 awal sbulan dah beli tiket sbb takut penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah Ammi...dah beli guna apps pun yang baru balik hari tu.. lagi senang nak pilih2 tempat duduk

      Delete
  11. Kalau nanti ke KL lagi, saya nak eksplore rute2 MRT, LRT, dan ETS. Dulu sebelum pandemi saya pandai baca rute. Sejak ada grab, tidak ke sana pasti naik grab 😂. Dah lupa cara naik public transport 😄.

    ReplyDelete