Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Pokemon. Show all posts
Showing posts with label Pokemon. Show all posts

Sunday, January 4, 2026

.: AVATAR , FIRE AND ASH :.

Assalamualaikum.

Cerita tahun lepas, Khamis,25.12.2025 - tiba² malam sebelum tu incikSuami ajak p tengok Avatar.
Terus lah kita booking, weyh.. banyak full lah. Ingatkan orang tak tengok.. Kikiki

Kali ni tengok dekat TgV Wangsa Walk.
Tak jangka jalan jem, dari TF Batu Caves tu dah beratur..
Terus melencong ikut Duke lah.
Kalau follow jem, risau tak sempat sampai pula.
Sampai² ngam² je.
Tak tunggu lama, beli popcorn terus hall buka.

Gambar sesudah selesai menonton, lampu dah pasang, baru lah nampak muka semua.

Overall, best cerita dia.
3jam ye..hihi..
Hall full house.

Linda memang follow dari 1st movies.
So, bila tahu keluar yang baru ni, memang nak tengok lah.

Ada part sedih, ada part geram, ada part menyampah.
Part nanges tu, masa Tulkun Payakan cerita pasal keturunan dia kena bunuh dengan pemburu Tulkun. Sebab tu lah Payakan tu nak balas dendam, dan sebab Payakan tu nak balas dendam dekat pemburu tu lah dia kena pulau, siap kena buang negeri.
Memang nangis lah part yang tu.

Abang Mu'az kata, ada sambungan lagi ni.
Sebab varang tu tak mati lagi.. 

Dah siap tengok wayang tu, jalan² la jap. 
Nampak benda yang comel.

3 ketul patung Pokemon ni.

Squirtle ni comel tau.
Konon² nak bela lah 😂😂, sekali rege dia RM300 lebih..
Tak jadi weyh.. hahaha.

Takpelah, bela yang Squirtle yang ni jelah.

Elok nak keluar, hujan lebat.
Tunggu sat, dah reda.. terus lah masuk kete..
Cari makan pula..
Kita masuk makan dekat TF Batu Caves je lah. Senang, hala balik.

Till then, see ya.

Thursday, March 6, 2025

.: POKEMON SQUIRTLE :.

Assalamualaikum. 

Linda lama dah beli mainan lego nie 
Tengok gambar kat kotak comel je. 
Terus teruja nak beli. 

Comel kan kalau dah siap. 
Mula2 semangat nak buat, tengok ada 435 pcs. Eh, terus biar je. 
Nie baru ada mood nak buat. 
Sambil2 hilangkan mengantuk. 

Kecik2 ye lego nya. 

Bila dah koyak plastik. 
Eh, menyesal pulak p koyak. 
Tapi, takpe lah. 
Meh la kita cuba siapkan mana yang boleh.

Ada "toyol" sekali dia bagi. 
So, senang je sebenarnya pun. 
Follow je step yang dah ada tu. 

Sambil2 tunggu supplier hantar tilam dan katil dekat asrama.
Siap juga akhirnya. 

Dari sisi. 

Dari depan. 

Comel kan?? 
Nie kalau bawak balik rumah, berebut anak 4 nak buat jadi hak milik. 
Tapi kan, ibu nie rase syok pulak. 
Macam nak beli lagi lah. 😂😂
Ala, murah je. 
tak sampai RM5 pun sekotak tu. 

Linda google nama watak pokemon nie
Nama dia SQUIRTLE.
Keturunan turtle dia nie, kuasa dia melibatkan air.
Yang memang linda confirm, PIKACHU.
Dia boleh mengalirkan arus elektrik.
Masa kecik2 memang nie lah cerita nya.

Till then, see ya.