lovvu Dobbu

Friday, November 14, 2025

.: ZIKIR SELEPAS SOLAT :.

 Assalamualaikum.

Umum tahu, membaca zikir selepas solat adalah amalam sunnah yang dianjurkan, seperti membaca "Subhanallah""Alhamdulillah" dan "Allahuakbar". Masing-masing 33 kali dan diikuti dengan bacaan tahlil terakhir untuk melengkapkan 100 zikir. Amalan ini membantu menghapuskan dosa-dosa kecil dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

sahaja linda kongsikan untuk peringatan diri sendiri juga.
yang selalunya, nak cepat je lepas solat tu.

Zikir utama selepas solat:
  • Bacaan tasbih, tahmid, dan takbir: Baca "Subhanallah" (سُبْحَانَ اللهِ), "Alhamdulillah" (اَلْحـَمْدُ لِلهِ), dan "Allahu Akbar" (اَللهُ أَكْبَرُ) masing-masing sebanyak 33 kali.
  • Bacaan tahlil: Sempurnakan bacaan dengan satu kali tahlil: لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.


Untuk peringatan diri sendiri juga, jangan cepat sangat nak bangun lepas habis solat tu.

till then, see ya. 


5 comments:

  1. jika solat berjemaah, sy pastikan tunggu sampai imam habis doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalau solat berjemaah, memang selalunya akan tunggu sampai selesai doa.

      Delete
  2. kalau solat bersendirian, selalunya akan amek lebih kurang 5 or 10 min lepas doa, zikir sebanyak yg boleh... lupakan seketika hal kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bagus Nieyl..Linda selalu nya time maghrib je lah..lama sikit

      Delete