lovvu Dobbu

Thursday, November 20, 2025

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum

ada gambar, ada entry.. ehhh.. hahahha

masa ni dah duduk Selayang.
balik Melaka mengundi, tak ingat lah PRN ke PRU.
nak dijadikan cerita,sebulan lepas tu, nak renew  roadtax kete, baru perasan IC takde dalam simpanan.
huru hara la cari, tapi tak jumpa.
risau lah masa tu, masa yang sebulan sebelum tu , tak tau pun takde IC, ulang alik Melaka la, ulang alik balik kampung lah..helok je.
bila dah tau, seram sejuk.
terbang lah RM100 pula buat IC baru. adoi.

nie pertama kali berkursus dekat luar Melaka, selepas duduk sebumbung.
tak boleh nak bermalam, sebab incikSuami selalu takde dekat rumah.
jadi takde yang nak jaga anak 4.

majlis ni, kalau ikut 8 tahun lepas.
tapi, baru up dekat FB setahun selepas tu.
5/6 je yang ada.
adik perempuan sorang tu, peel sikit.
kalau ada yang tak kena, dia terus buat perangai ikut kepala dia.
tu yang takde dalam gambar.
sampai dah jadi emak anak 4 pun sama je perangai.
tu yang malas nak tegur lebih2, boleh merajuk tak balik kampung.
dalam banyak2 adik beradik, mesti ada perangai yang gitu kan??

pengantin baju emerald - abang dengan kak ipar (duduk Kelantan)
pengantin baju turqoise blue - adik dengan adik ipar (duduk batu pahat)

tahun depan nya, dapat tau adik ipar mengandung. 
rupanya sekali dengan linda mengandung.
hahaha, pengantin lama pun kalut nak lawan pengantin baru.
tu yang anak sulung dia lala, sebaya dengan dedek.
kalau ikut due date pun sama, tapi lala keluar awal 4 hari.
anak bongsu linda, anak sulung adik.

eh, budak kecik dalam gambar tu semua anak linda.
dekat linda, kak M dengan abang Mu'az
dekat pengantin abang Mueez.

till then, see ya.

16 comments:

  1. Berderet bawa tentera naik pelamin.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah.. linda suka jadikan photobook..lagi senang untuk dilihat

      Delete
  3. biasalah linda,
    klu ada gambar pasti ada cerita kan..hehehe

    ReplyDelete
  4. Betul tu, takde gambar takde ceritalah.

    ReplyDelete
  5. Wah, bersanding serentak ye. Adik yg buat pe'el tu anak no. 2 ke? 🤭 tanya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah...sebab belah lelaki kan? kebetulan diorang kawen tahun yang sama..cuma abang tu, lewat sikit la buat majlis sambut menantu..sebab nak sekalikan aje...
      hahha.. kalau adik tu anak no 2, linda anak no berapa pula?? 😂😂😂 adik perempuan bongsu tu anak no 5.. memang peel dari kecik lagi.. kena follow kepala dia je.. hahaha

      Delete
  6. Walaupun dah berlalu, masih ingat lagi apa yang berlaku masa tu. Tak pasal terbang RM100 IC punya pasal kan.
    Dapatlah sepupu sebaya gitu. Seronok ada geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..terbang gitu je RM100.. itulah..ada la sepupu sebaya..

      Delete
  7. meriah pelamin hehehe tb yg manis2 gitu!

    ReplyDelete
  8. Masa kecik2 je dpt lengkap bergambar seisi keluarga. Bila masing2 dah berkeluarga selalunya payah sikit nak dpt lengkap semua sbb masing2 ada komitmen lain.

    ReplyDelete
  9. bila tengok gambar-gambar lama, mesti menggamit kenangan, pelbagai momen, melihat perubahan diri, orang-orang di sekeliling, alam persekitaran dll..

    ReplyDelete