lovvu Dobbu

Thursday, November 27, 2025

.: RIBUT TROPIKA SENYAR :.

Assalamualaikum.

RIBUT TROPIKA SENYAR: Peristiwa Paling Pelik Dalam Sejarah Cuaca Malaysia

Hari ni, 27 November Malaysia dan dunia cuaca dikejutkan dengan ribut tropika Senyar ribut yang lahir di tempat yang selama ni pakar anggap mustahil.

Ribut tropika ini terbentuk dalam Selat Melaka. 

Benda ni tak pernah tercatat dalam sejarah MetMalaysia.

Biasanya ribut macam ni lahir di:

📌 Laut China Selatan 

📌 Lautan Pasifik 

📌 Kawasan perairan dalam dan luas 

Tapi hari ni dengan izin Allah Senyar ni hidup di tempat yang paling pelik iaitu di Selat Melaka perairan yang sempit, cetek, kiri kanan daratan.

Secara logik ribut tropika memang tak patut wujud kat sini tapi dia muncul juga.


1. Pergerakan & Kekuatan Senyar.

Ribut ni mula terbentuk di utara Sumatera kemudian bergerak perlahan ke arah timur laut, masuk ke Selat Melaka sebelum menghentam kawasan barat Semenanjung dengan kelajuan angin sekitar:

▶️ 24 km/j pergerakan

▶️ 50 km/j angin kencang

▶️ Hujan lebat tanpa henti

▶️ Laut bergelora dari utara sampai ke selatan Pantai Barat

Kesan dia terasa hampir seluruh barat Semenanjung:

Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor sampai Pahang pun kena tempias.

Kedudukan terakhir direkodkan kira-kira 102 km barat daya Lumut dan masih bergerak ke timur laut.


2. Kenapa Ribut Senyar Ni Unik Sangat?

Sebab ini kali pertama dalam sejarah Malaysia:

Ribut tropika terbentuk dalam Selat Melaka. 

Selama ni pakar cuaca sendiri anggap mustahil kerana:

▶️ Selat Melaka sempit

▶️ Paras air cetek

▶️ Dikelilingi daratan

▶️ Kurang tenaga haba untuk lahirkan ribut besar

Tapi Senyar muncul, membesar dan bergerak macam ribut tropika sebenar.

Ini antara peristiwa cuaca paling pelik dalam era moden Malaysia.


3. Risiko Yang Kita Kena Bersedia.

Ribut Senyar dijangka boleh sebabkan:

✅ Banjir besar di kawasan rendah

✅ Tanah runtuh di cerun dan kawasan berbukit

✅ Gangguan elektrik di beberapa lokasi

✅ Laut bergelora

Kita doakan semua yang berada di kawasan terjejas berada dalam lindungan Allah.

Cuaca sekarang memang luar biasa. Hati-hati ye semua.


Kredit : FB

22 comments:

  1. Terima kasih infor hal cuaca ini. Hati2 semua bila ada angin ribut taufan..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan semua di SM sana.. anak2 yg duduk SPM.. ujian dr Allah.. hati2 ya semua

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah lindungi kita semua. Risau betul dengan cuaca sekarang ni. Hujan tak berhenti dari malam tadi sampai pagi ni.

    ReplyDelete
  4. Semoga dijauhkan dari segala keburukan dan musibah asbab cuaca buruk skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. hati2 hantar dan ambil anak sekolah ya PH

      Delete
  5. Itulah baru muncul istilah ribuf tropika senyar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak NA, Malaysia pun dah tak selamat sekarang.. banyak gempa dah berlaku.. tanda akhir zaman

      Delete
  6. Ye..senyar ni dah sampai PD dan Seremban dapat tempias gak..dari pagi semalam sampai pagi ni tak berhenti hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak... take care ya...selayang pun hujan juga dari semalam..hujan, berhenti, hujan, berhenti

      Delete
  7. smoga dipermudahkan segala urusan especially kt kawasan yg cpt naik air and banjir..kawasan sekitar pn kena waspada juga...bila ujan non stop mmg risau bab banjir

    ReplyDelete
  8. masa sy kecil2 dulu kalau berlaku banjir pun selalunya di Pantai Timur tp skrg ni negeri2 di Pantai Barat pun terkesan sama dek banjir n bencana lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu AK, tempat yang tak banjir pun tiba² banjir...

      Delete
  9. banyak dah tempat yang ditenggelami air.. mudah-mudahan kita semua dilindungi-Nya.. Allahu al-Musta`an

    ReplyDelete
  10. 102km Dari Lumut tmpt wak tinggal nih.. jauh lg tuhh.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak sampai, sekejap je dia tiba..risau.. moga baik² je wak.. pantai Teluk Batik pun dah hilang pantainya

      Delete
  11. mengerikan tgk TT mlm td. allah alih ke pantai la pulak ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...petang ni, nampak langit cerah..harap² cuaca esok ok lah..

      Delete