Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hampir siap..
Tinggal lagi 4 kuntum bunga, sekali daun tak cukup pula.
Memang dah order yang lain, tengah tunggu sampai.
Sampai juga selepas 4 hari buat pesanan.
Besar kali ni, sebab dah tahu perlukan berapa banyak.
Terus je beli semua.
Ada warna hijau, ungu dan putih.
Next nak buat bunga warna ungu pula.
Kakak angkat last minit beritahu nak buat majlis kahwin.
Kena pulun lah. Nak buat juga untuk kak Husna.
Tapiiii... Kannan...
Warna hijau nya tak sama 🥹🥹
Sehingga entry ini dibuat, Linda dah pergi Eco, dah pergi Mr DIY.
Takde warna hijau gelap macam tu.
Kena bagi diskaun dekat bakal pengantin macam ni.
Sebab warna daun tak sama semua.
Till then, see ya.





Alamak, cerah sikit warna yang baru ni. Kenalah juga bagi diskaun kan sebab tak sama. Harap penerima terima lah. Cantiknya bunga kawat warna maroon ni. Kemas je Linda buat.
ReplyDeleteBetul..kena bagi diskaun sikit..gitu lah risiko, kalau tak cukup..beli lain, memang lari warna selalunya...
Deleteharap pengantin tak kisah sgt hijau kureng kehijauanannyer., huhu
ReplyDeleteHarapnya begitu
DeleteWahhhhh cantik betul gubahan bunga telurnya. Semoga tona warna hijau yang berbeza menambah keunikan bunga telur yang dibuat
ReplyDeleteTerima kasih kak..
DeleteTakat 3 batang, tak perasan sebenarnya..tapi nak ambil duit orang, kena terang juga lah.. tak nak customer rasa tertipu
Dah pergi kat Yun Yun? Kat Taman Samudera, Manjung. Tapi biasanya, pokok-pokok kat luar tu, daun memang tak sama warna. Ada daun muda, daun tua. Kalau akak, ok je terima lain tone hijaunya.
ReplyDeleteHahaha..jauh beno kak Taman Samudera dengan Selayang ni kak.. itulah, kalau Linda ok je..tapi, orang punya kan..
DeleteRealitinya warna daun sepokok memang tak sama.
ReplyDeleteAda daun muda, ada daun tua ada daun kering.