Assalamualaikum.
Minggu UPKK, anak² yang lain digilirkan untuk hadir ke sekolah.
Macam sek men yang dah mula SPM ni.
Jadi hari ni, giliran tahun 2 untuk sekolah.
Dedek dengan kak M duduk dekat rumah je lah.
Sekali, incikSuami share gambar dedek.
Seronoknya dedek tidur.
Macam ulat dalam kepompong.
Siap penutup mata lagi.
Waktu subuh tadi pun sama, berselubung dia dengan selimut tu.
Sejuk lah tu, dari minggu lepas dok tidur dekat hall.
Dia angkut Toto kecik dia, lepas tu tido depan TV.
Dia tidur sorang je, ntah kenapa tiba² tak nak tidur dalam bilik pula.
Esok pagi, dia kemas tempat tidur dia.
Bawa semula Toto ke dalam bilik.
Macam² perangai kan anak².?
Ada je, ibu ayah layankan je lah.
Tapi, memang kena ajar suruh kemas tempat tido.
At least, takde lah teruk sangat perangai tu.. hahaha.
Till then, see ya.


Memang Kak M tidur pakai penutup mata ke? dalam bilik tidur buka lampu?
ReplyDeleteAlaa...dedek la kak..hihihi .memang dia pakai, lampu off pun dia pakai..
DeleteBaguslah Dedek. Berdisiplin..
ReplyDeleteHihi, ayah marah nanti
DeleteBukan main lagi tidur dengan mata siap bertutup bagai. Sekarang musim sejuk itu yang berselubung bagai. Baguslah dia pandai mengemas selepas tidur. Disiplin cap A+.
ReplyDeleteSebab dok kat ruang tamu kan..semak mata..jadi memang kena kemas, masuk dalam bilik semula..bilik tu supa tongkang pecah..hahaha
Deletesedap berbungkus tu.. nak pulak hari hujan..
ReplyDeleteBetul sangat...
Deletemusim hujan ni memang seronok le berselubung apa lagi kalau hujan pagi. Pakkal le kena kerja kalau tak achik pun tarik selimut juga hehehe
ReplyDeleteDekat opis, jenuh tongkat mata...kan acik??...hihihi
Deleteskarang musim ujan..mmg syok tarik selimut berselubung tu hehe
ReplyDeleteitulah...petang ni, tak tau apa pula yang dia nak buat.. hihihi
DeleteMacam perangai Angah, suka beno tidur depan TV... Memang bagus dan kena ajar kemas tempat tidur ni, utk bentuk disiplin.
ReplyDeletelinda pun, kadang2 hari cuti tido depan TV.. sebab nak tengok TV.. kikiki
Deleteulat cute! memang lately kerap hujan so cuaca sejukkk
ReplyDeleteBetul..hari Isnin KL banjir kilat..kesian mangsa
DeleteAgaknya ruang luas tu buat dia selesa kot.. Tapi baguslah dia kemas semula tempat tidur tu.. Comel pula berbungkus macam tu..
ReplyDeleteAgaknya kot..bilik share lelaki 3 orang..tapi, abang sulung je tido dalam bilik..yang abang Mueez pun tido kat luar juga, tapi dekat port lain
DeleteMusim sekarang ni sejuk....syok tidur tutup semua tu....sejuk katanya....
ReplyDeleteIye..malam on kipas speed 2, 3 je..
Deletedah sekarnag musim hujan, sejuk....cuti plak sebab kelas guna untuk Exam...sedap la lepak sambil berselimut ni
ReplyDeleteBetul lah tu..petang ni, lagi sehari duduk dekat rumah
DeleteAhahahaaa~ janji bila bangun, ruang tido tadi dikemas rapi.
ReplyDeleteKemain ea, da macam negara sejuk nau gaya tido tu.
Yes... Kalau dalam bilik ibu boleh pejam mata, sebab orang tak nampak..dekat hall, tak boleh sepah².. tapi sekarang yang bersepah, bunga telur ibu.. hahaha
Deleteamboiiii berselubung terus... penat sangat ke tuuuu ;-)
ReplyDeleteBosan lah tu..takde gajet nak main
DeleteLihat adik tidur macam tuh, langsung terbayang nyaman sangat pasti , 😍. Baguslah kak, diajari sejak kecil membereskan tempat tidur . Biar terbiasa mereka
ReplyDeleteBosan lah tu..tu yang dia tidur..
Delete