Assalamualaikum.
Bermula projek kedua kita.
Nak hapuskan pokok depan rumah yang ditanam oleh pemaju 10 tahun dulu.
Ambil gambar dari depan pula.
IncikSuami pula tunjuk skill.
Sampah tepi pokok tu, jiran sebelah tinggal.
Dia pindah ke lorong belakang, sebab tuan rumah nak jual rumah katanya.
Majlis perbandaran dekat Tronoh nie, sampah dalam plastik hitam je yang dia kutip.
Jadi, Linda pecah²kan lah sampah² tu masuk dalam plastik.
Sambil² incikSuami potong pokok tu.
Kerat separuh pokok dulu.
Penat juga lah gergaji pokok nie.
Akhirnya, hilang dah pokok nya.
Setelah bersusah payah.
Makan masa 2 hari juga lah.
Tapi, kitaorg buat petang jelah.
Lepas asar.hihihi.
Eh, Linda pun buat juga tau.
Tapi tu lah, takde orang amuk gambar Linda. 😂😂
Till then, see ya.
Lapang dah depan rumah.
ReplyDeleteItulah..lapang dah rasanya
DeleteTaman Cie mereka tanam mangga. Depan rumah Cie dah tebang sebab akarnya dah nak pecahkan longkang. Lepas tu banyak kerengga. Kami tebang jugak.
ReplyDeleteBanyak kerengga tu, elok la tebang..sakit kena gigit
DeleteGuna chainsaw settle setengah jam..hehehe tapi tu la kan xpdan nak beli ..asal ade je kann
ReplyDeleteKalau nak buat perkhidmatan potong lepas tu, berbaloi lah beli..kikiki
DeleteKejap ada... kejap takde!
ReplyDeleteTapi,lupa nk sapu minyak..takot ad balik nanti...
Deletedengar gergaji pokok tu pun dah rasa penatnya. nasib baiklah pokoknya tak besar mana. kalau tak lagi menangiss
ReplyDeleteDah hujung² tu, rasa nak menangis juga..sebab dok gergaji² tapi tak habis² juga..hahaha
DeleteDepan rumah akak pun sama gak...pokok pemaju tanam potong siap2 sebab jenis besar takut akar rosakkan rumah kan...
ReplyDeleteBetul tu kak..kalau nak tanam..tanam lah pokok buah..baru la ada hasil..kikiki
DeleteSekarang buat kerja apa² hal kena ada bukti... nanti orang tak percaya🤣
ReplyDeleteHahaha..sabar jelah...
DeleteNampak lebih lapang rumah Linda wpun pokoknya tak la besar mana...
ReplyDeleteBetul..terlupa nak ambil gambar dari depan..
Deletemmg jenuh juga gergahi pokok tu
ReplyDeleteItulah..yang pucuk² tu boleh patah² gitu je..yang dah keras² tu jenuh sikit
DeleteGood job..Linda & fmly... =D
ReplyDeleteAlhamdulillah, selesai juga
Deletebagusnya bersama2 mengerjakan pokok tu sampai licin bersih lawa dah space tu
ReplyDeleteKena ganti²..lenguh guna manual gitu..hihihi
DeleteLapang dah. Kat tepi tu saudara datang boleh parking ke
ReplyDeletenasib rumah linda depan laluan utama, nak parking kereta kat luar pun luas..lagi pun jalan taman rumah dulu2 memang luas...rumah taman sekarang je makin sempit
Deleteperghhh guna gergaji je.. Alhamdullilah selesai. kalau aida maunya seminggu. itu pun macam tak beri kesan kat dahan dia.
ReplyDeletekikiki...kalau buat sengsorang, mau seminggu juga kot..nie buat anak beranak, cepat la siap
DeleteDekat sangat tu pokok dengan rumah kan. Bagus juga lah ditebang. Tapi akar tu kena hapuskan juga nanti tumbuh balik. Jenuh juga tu guna gergaji. Kenalah buat sikit-sikit. Kalau tidak penat tu. Lapang dah depan rumah, lega dan tak semak mata memandang.
ReplyDeleteitulah, lupa nak sapu minyak..tak nak bagi dia naik...kalau balik nanti, mesti ada hijau2 kang
DeleteTerang dah depan rumah..alhamdulillah bersih..
ReplyDeleteAlhamdulillah..nampak luas sedikit
Deletebiasanya kalau sampah pokok bagai ni lori lain yg datang ambil..kalau yg kat Serembanlah. Ada lori sampah pukal
ReplyDeleteitulah, sepatutnya begitu...tapi takde kak...sebab barang besar pernah tinggal hari tu, sampai setahun dok mereput kat situ
DeletePakai gergaji manual ya kak 😅. Memang letih lah itu 😁. Tapi nasib baik pohonnya kurus 🤭. Dah lapang bagian depan rumah
ReplyDeleteKalau pohon nya udah sepemeluk, kita upah orang je lah..hahaha .
Delete