lovvu Dobbu

Monday, September 1, 2025

.: HAMPIR TERJEBAK :.

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas, tiba² ada terima call dari nombor yang tidak dikenali.
Dia kabo nak bagi barang percuma, sebab setia dengan membeli atas talian nie..
Dia tanya nama.
Lepas tu nak confirmkan alamat, nak hantar barangnya.
Dia baca alamat kampung, linda iyakan je lah.
Dalam 2,3 hari lepas tu. Sampai lah barang nya.

Dapat bekas bawang nie.
Oklah, free kan.

Lepas tu, pihak yang bertanggungjawab tu call semula, untuk tanya barang ok ke tak, dan masuk kan dalam group wasap.
Dari group wasap di bawa pula ke group Telegram.
Lepas tu, dekat group Telegram, ada disertakan misi, kena subscribe channel² yang diorang bagi link.
Bila dah subscribe, screenshot dan hanya bukti. Nanti dapat komisyen.

Haa.. nie la komisyen nya.
Ada naik taraf dapat komisyen 1 misi RM4.80.

Yang terima dari personal, itu lah komisyen yang dapat.

Yang puluh² ringgit tu.
Sebab buat derma (modal dari duit task dia bagi juga).
Lepas tu, dia bagi task lain, duit derma tu dapat semula dengan extra.

Dalam masa sehari je semalam.
E wallet Linda dari RM24 jadi RM240.
Macam pelik, siapa lah nak bagi duit free kan?
Layan je lah lagi.

Sampai pagi tadi, ada lagi misi derma.
Min dari RM210 - RM1000 something la.
Nilai derma kita pilih, dan kena battle, tulis banyak², jadi bila sistem detect kita, kita kena bayar lah amaun yang kita tulis tu.
Dan of course, nilai derma tu akan diganti balik lah konon nya.
Lagi banyak derma, lagi banyak kita akan dapat semula.

Linda layan jelah, sebab duit modal tu dari dia juga.
Dok fikir juga, aku nie terjebak casino online ke..hahaha..

Tiba² nama Linda kena detect sistem dia, dan diorang keluarkan Linda dari semua group yang ada.
Untuk fokus pada misi RM210 (amaun yang Linda pilih untuk derma), kiranya untuk dapatkan balik komisyen nya.
Sebenarnya masih ragu², tapi layan je lagi.

Sampai keluar explanation yang nie.
Sebab yang nie, dah kena keluar modal sendiri, jadi Linda komen 2, maksudnya untuk penarikan diri.

Tapi, admin tu PM personal juga tau, untuk explain betul²..
Katanya nanti duit misi RM210 dan komisyen takkan dapat balik.
Linda cakap jelah, takpe.
Dalam hati dok fikir, tu pun duit ntah dari mana.

Nie antara admin² yang Linda berurusan lah.

Lepas tu, baru la terfikir nak Google.
Dapat lah keputusan macam nie.

Terus Linda tekan link tu
Uish, bila baca MO (modus operandi), sama je macam yang telah alami nie.

Antara contoh².

Yang buat lagi terfikir, katanya akan dapat free barang elektrik.
Bukan biasa² barang elektrik tau..
Mesin basuh, peti sejuk, microwave, mesin kopi dan macam² lagi lah.
Tapi, kena setia lah dengan misi² yang diorang buat.

Risau juga, tapi Linda takde isi borang² untuk details peribadi.
Semua pakai no telefon dan e wallet je lah.
E wallet Linda selalu takde duit pun.
So,takpe kot. 😂😂

Silap Linda pula, takde screenshot group Telegram misi² Dan feedback.
Harap² takde lah apa² yang buruk berlaku.
Linda takde hilang modal lagi lah.
Yang RM210 tadi tu, memang yang team scammer tu bagi.

Nasib baik, boleh tarik diri senang je.
Takde diorg push² bagai.
Macam² eh cara nak scam orang zaman sekarang nie.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT..

Panjang betul entry hari nie, sorry ye ambil masa korang baca entry Linda hari nie..hihi..

Till then, see ya.

28 comments:

  1. Alamak..mujur cepat2 tahu siapa sebenar tu yang tak dikenali..Moga hati2 selepas ni ya..elok berhati hati selalu..baca infor perut jadi kecut, lain macam ..alhamdulillah selamat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak terjebak lebih jauh..moga² jadi pedoman untuk orang lain juga .aamin

      Delete
  2. Mula-mula dia bagi pulangan betul, nak bagi orang percaya kot. Ish, macam-macam trick scammer sekarang. Nasib baik Linda boleh stop. Akak kalau nombor telefon tak dikenali, akak tak jawap. Malas nak layan. Biasa orang call suruh beli insurans la, upgrade pakej internet la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda nie,no tak kenal.. nak angkat dengan tak angkat sama banyak kak..takot jap g, doktor atau penghuni asrama yang telefon...lepas tu, guard² dekat asrama ke...

      Delete
  3. Alamak...hati- hati ye Linda..akak pun kena alert ni..ramia PM akak kat whatsaap offer macam2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak..sama² kita hati²..moga lebih alert lah lepas nie..cuma jangan kelabu mata je..hahaha

      Delete
  4. Baru tau ada scam cara gini. Konon bagi barang free, lepas tu terus masuk perangkap dia. Syukurlah Linda bijak, tak terbazir duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab2 kena modal sendiri nie, kena aware.. kalau berniaga pun ada benda yang kita nampak dengan modal tu, nie atas angin gitu je...saham ke, apa ke...kita tak tau..
      nasib baik Allah hadirkan rasa curiga dulu dari rasa teruja...Alhamdulillah

      Delete
  5. Allahuakbar..Takutnya baca...Risau kita ralit tgk duit masuk tu smp tak sempat nk fikir betul ke tidak cara ni..Mujur la linda keluar awal..Bahaya betul skrg..terus risau dkt kakak2 di kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena pesan dekat adik beradik dengan mak bapak...bapak linda lagi lah, main tekan je semua benda...hari tu, beli barnag kat Tik tok, benda sama je sampai 5, 6 item...ada yang boleh cancel, ada yang tak sempat

      Delete
  6. ada kenalan saya pernah hadap scam camni jugak. scammer tu bagi duit modal rm50 cmtu kot. masuk 2nd stage tu kawan saya left group n block semua orang dalam tu. rm50 tadi dia rembat hahaha

    diorang nak scam orang, kita scam la dia balik xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...itu lah tu, tak terfikir pulak...dah bagi balik dekat dia, baru terfikir..kalau tak free2 dapat rm100 lebih tu..

      Delete
  7. Kena alert sekarang ni macam2 taktik mereka. Kalau cara tu rasa was was memang kena bye bye dulu. Scammer ni selalunya akan suruh kita invest juga. Haaa yang ni kena hati2. Moga kita semua dilindungi dari taktik yang jahat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin²...
      Itulah, takpelah,kita invest dekat public gold je lah...🤭🤭

      Delete
    2. Haa ayat last tu memang ya. Jommm....hehe

      Delete
    3. Jom..memang selalu situ je kak..hihihi

      Delete
  8. Kena lebih berhati-hati lepas ini.

    ReplyDelete
  9. baca cikgu fadli tulis pasal ni. saya pun terkena haritu tapi bukan pos barang..saya kena yang konon kerja dari rumah bla bla klik saja tak kluar modal.

    tipu je tu..memula je pastu kena modal dulu baru dapat jumlah lebih dari yg kita modal. pastu ada stage lain pula..modal lagi besar. memang tak la nak kluar modal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila kata kena kuar modal sendiri, tak layan dah la..tapi, pelik juga ada yang terpengaruh..mungkin sebab ada duit kot, jadi dia modalkan je lah..
      Moga tak terkena pada ibu bapa di kampung lah...ada je cara diorg nie nk scam orang.

      Delete
  10. Kena hati2 lepas ni. Scammer ni licik ada je idea dorg nak scam orang. Selagi takde akta untuk scammer makin berleluasa la.

    ReplyDelete
  11. mudah kerja dorang kan? kita ni jenis mudah cair gak tapi bila tetiba dah kena modal sendiri, mmg kutinggalkan je la. nasib la situ. nak report saya? silakanlah, i report dgn my inspektor sahab pencen tu nnt.

    ReplyDelete
  12. walaupun panjang, gigih ammi baca line by line. kalau kat telegram sekarang stiap hari ada je grup forex, emas bagai. dah jadi keje pulak tiap hari kena leave group tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebelum leave group, kita report dulu...hahaha

      Delete
  13. Dapat duit free siapa yang tak nak huhu...
    Nak kena beritahu kaum kerabat juga ni. Thanks info Linda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..mula² tu syok je..rugi pula join misi last RM210 tu..dah kena pulang balik..hahaha..
      Boleh share kak, mana tahu ada yang hampir terkena ke..biar alert sikit.

      Delete