Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, December 15, 2025

.: LUMUT, PERAK :.

Assalamualaikum.

Khamis, 11.12.2025 - cuti peristiwa untuk negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Linda pun ambil kesempatan day trip ke Lumut.

Disebabkan jem (ingatkan tak jem), selepas kawasan rehat Tapah hala ke Simpang Pulai. Tak tahu lah sebab apa..tiba² je.
Dapat la snap gambar air terjun ni.
Sebelum ni, memang tak sempat Ler.

Di kejauhan.
Katanya ni air terjun Lata Kijang.

Zoom sikit.
Subhanallah, tengok air terjun dalam Malaysia je, pun dah seronok sangat.
Moga ada rezeki tengok air terjun luar Malaysia pula..aamin.

Sampai Lumut dalam pukul 1.10 petang.
Gambar ni, masa nak keluar dari Lumut dah. Tapi, Linda letak atas lah. Menandakan dah sampai Lumut.

Ke mana kita, sampai ke Lumut berjalan nya.

Hantar bunga telur dekat Biha.
Dulu kan staff hosp Selayang juga. Rajin ehh hantar sampai Lumut. Alang² tu, singgah rumah Tronoh letak barang² sikit.

Udah lalu gate belakang dekat Lumut tu.
Moh Ler kita singgah tempat jatuh lagi dikenang.

Kira 2nd posting ke camne? Sebab 2minggu je duduk HQ, ILKKM Ulu Kinta,Perak. Lepas tu dihantornya ke cawangan ni haa.
Dekat 3 tahun juga lah bertapa dekat sini.
Walaupun staff ada berapa kerat je, tapi memang syok la kerja sini.

Tinggal kak Ija(tengah) dengan kak As je.
Driver pun udah di reshuffle ke Ulu Kinta.
Penyelia Asrama ,kak Ayue pun udah di anto ke Ulu Kinta juga.

Lepas ni,kalau singgah lagi.
Dah tak kenal kot staff yang menjaga.
Alhamdulillah, dapat lah tanya² khabar dengan akak² otai kita.

Udah la kak iJa cakap "patutlah tengah hari tadi masa akak beli lunch teringat kamu, tengah dok ambik timun. Teringat kamu haa"
Memang hantu timun Linda ni, beli lunch, lauk ikan goreng , timun banyak², letak sambal belacan. Dah boleh makan.
Panjang umur Linda, kak Ija teringat, terus Linda sampai depan mata dia.

Moga sihat² selalu ye semua, ada rezeki. Kita jumpa lagi.

Till then, see ya.

Wednesday, September 17, 2025

.: BUBUR PERAK @ TITI GANTUNG ,PERAK :.

Assalamualaikum.

Alang-alang dekat Tronoh, cuti seminggu.
Barang² dekat rumah pun, yang mana boleh kemas, kita dah kemas.
Jadi, meh la ambil peluang balik rumah MIL dekat Taiping.

Dari Tronoh, lalu jalan Ipoh-Lumut tu, incikSuami ajak minum petang.
Jadi, berhenti la kita di sini.

Bubur Perak, dekat area Titi Gantung, sebelah Pertanian, betul² dekat traffic light.
Kak Nur aka blogger tot mesti tahu.
Kawasan jajahan kak Nur..Hihihi.
Lama tak makan dekat sini.

Specialty sini, memang bubur.
Bermacam aneka bubur ada.

Antara yang Linda snap.

IncikSuami pilih bubur pulut hitam.

Linda ambil pengat pisang.

Anak 4 semua ambil bubur jagung.

Manis ??
Bubur, memang lah manis kan?
Jadi Linda memang tak order air lah.
Bloated juga nie perut nya, semangkuk Linda punya pengat habis.
Lepas tu, bubur jagung kak M dengan dedek Linda juga perabih.
Makan isi jagung je lah.

Haa, saja Linda ambil gambar abang Mueez nie.
Nampak tak dekat tempat yang Linda tanda tu.
Parut jatuh basikal hari tu.
Nasib baik lah tak nampak jelas sangat, kena tengok dekat² baru nampak.
 
Nie Linda share video aneka  bubur yang ada.

Bubur Perak,
Titi Gantong, 32600
Perak.

Eh, lupa pula.
Semangkuk tu untuk dine in RM4, kalau bungkus RM4.50.

Boleh la cuba kalau berjalan² di Perak.

Till then, see ya.