lovvu Dobbu

Sunday, July 20, 2025

.: DISCAJ DARIPADA WAD :.

Assalamualaikum 

18Julai2025,Jumaat - result CT scan kedua, MO surgical review, dah free from blood clot..so,lega dah kat situ.

Tunggu siang sikit, doktor Neurosurgeri nak mai untuk review, dekat hosp Selayang takde doktor Neurosurgeri, memang kepakaran dekat Hosp Sg Buloh.

Dalam pukul 10 pagi, doktor Neurosurgeri pun sampai. Kebetulan Linda ada dekat wad, saje lah tunggu doktor pun,sebab incikSuami cakap dalam pukul 10 doktor nak mai.

Doktor tengok abang Mueez "haa,dah sihat nie,dah boleh tengok telefon, takde apa lah doktor nak cakap"

Alhamdulillah, benda yang sama juga, blood clot dah takde.
Anak takde muntah², takde pening kepala, should be semua ok lah.
Cuma, effect tu mungkin ada, sebab otak dah pernah bergegar.boleh jadi asbab untuk jadi apa² yang lain.
Tapi, InsyaAllah, takde apa² yang berlaku.
So, boleh discaj lah..

Selesai discaj, kena pergi klinik mata dulu, ambil harddisk untuk CT scan ( perlu refer ke klinik Neurosurgeri juga di Hosp Sg Buloh)

Cek ketepatan mata dulu 

Jumpa doktor Siti, doktor yang sama masa cek mata dekat wad.
Doktor letak ubat untuk dilate kan mata.
Tujuan - nak besarkan anak mata, nak cek laluan mata, nak pastikan tiada pendarahan dekat laluan mata tu.

Sebab mata ada kesan terhantuk juga dekat area mata sebelah kiri.

Doktor Siti cek guna teropong mata.
Alhamdulillah, laluan mata kiri dan kanan clear.
Kesan letak ubat tu, penglihatan akan kabur dalam masa 5,6 jam.
Kita tak puas nengok Ler .

Ambil appointment lagi 3 minggu, untuk cek semula keadaan mata.
Kalau masa tu,takde apa² masalah, dah boleh discaj klinik mata.

Jadi, almost 4pm juga lah selesai itu ini, incikSuami dengan abang Mueez terus balik rumah.
Abang Mueez dapat cuti dari doktor sampai hari Rabu,23Julai2025.
Linda memang dah minta keluar pejabat petang, sebab nk ke sek abang Mu'az, ada perjumpaan ibu bapa sekali tengok result periksa.
Waduh, debor ibu nie.

Till then, see ya.

6 comments:

  1. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Semoga yang baik2 jela & dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...terima kasih Cie..harap² begitulah..NIE tengok budaknya, ok sihat je

      Delete
  3. jauh juga refer dari selayang ke sg buloh.. semoga anakanda mueez sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  4. Yang penting patuh nasihat doktor....

    ReplyDelete