lovvu Dobbu

Friday, July 12, 2024

.: MANGALAVARAM :.

Assalamualaikum

linda baru je tengok cerita nie ahad lepas, takde menda nak buat kan..

MANGALAVARAM maksudnya Selasa dalam bahasa Telugu


cerita nie ada unsur, misteri, psiko, thiller


kisah mengenai Sailaju (gambar atas nie), dari kecik dia duduk dengan nenek dia lepas bapa kandung dia kahwin lain selepas kematian ibunya, tapi dok sibuk lah tanah yang mak Sailu nie tinggalkan.
masa kecik, Sailu ad BFF Ravi, memang berdua je diorang, siap selamatkan sekor anak anjing
tapi satu hari nie, rumah ravi terbakar, sekali bapak dan ravi pun jadi mangsa kebakaran..
tinggal lah Sailu sorang-sorang

fast forward 10 tahun kemudian, Sailu dah sambung belajar dan nak dijadikan cerita, Sailu jatuh hati dekat pensyarah English dia.
pensyarah nie pun layan lah, sampai Sailu serahkan jiwa raga..
rupanya pensyarah tu penipu, gunakan Sailu sebagai pemuas nafsu je..
mula dari tu, penyakit Sailu triggered.
Sailu ada imbalance hormonce yang menyebabkan nafsu sex dia membuak, tapi perasaan dia tak nak
sebab tu jugak, dia selalu menyakiti diri sendiri untuk melawan nafsu dia
tapi, ada masa..dia layan je sesiapa
dan dia sendiri stress dengan hidup dia macam tu

kejadian misteri berlaku, bila suatu hari orang kampung nampak ada contengan di dinding yang membuka segala hubungan terlarang
dan tiba-tiba nama yang ada dekat dinding tu ditemui mati
jadi inspektor baru yang ditempatkan dekat situ syak itu adalah pembunuhan
tapi, ketua kampung (tuan tanah kampung) cakap itu adalah bunuh diri

sampailah terjadinya pembunuhan kedua , inspektor tu tak boleh nak bertolak ansur
jadi dia siasat kes tu
dan akhirnya misteri terungkai

ravi masih hidup, dia berkomplot dengan doktor yang membantu sailu untuk bunuh orang-orang tu
ketua kampung dapat tahu siapa mastermind nya...dengan tangan dia sendiri, dia bunuh orang tu
 
mastermind - isteri ketua kampung
kenapa ravi balas dendam??? sebab isteri ketua kampung buat plan dengan yang dah mati dan kekasih gelapnya membunuh Sailu
sebab apa bunuh Sailu?? sebab Sailu nampak isteri ketua kampung tengah bencanda dengan kekasih gelap dia.. which is Vasu (photoghaper dekat kampung tu)

fuhhh...cerita nie memang berpusing-pusing
kena sabar, tengok sampai habis..baru tahu jawapan..

linda teka hantu Sailu yang bunuh..hahaha
tapi, salah pulak

awal-awal cerita nie memang boring, start ada coretan pertama dekat dinding tu, baru menarik sikit
jadi berbaloi jugak lah tunggu cerita nie sampai habis...

eh..kenapa tajuk nya Selasa...??
sebab hari pembunuhan tu jadi hari selasa...

till then, see ya



24 comments:

  1. Berpintal lidah nyebut perkataan ini hehehe..jumpa lagi

    ReplyDelete
  2. berliku2 plot citernya..bikin pening saja. baik sy tengok filem yg santai2 aje..

    ReplyDelete
  3. boleh tahan juga jalan ceritanya....bukan biasa-biasa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena tengok sampai habis, baru faham ceritanya.... Hihihi

      Delete
  4. Muka dia yang atas sekali tu nampak menyeramkan la pulak....nice...boleh la tonton nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. Mula2, linda igt cerita hantu... Hihihi

      Delete
  5. Menarik plot cerita nih..teka² siapa pembunuhnya...

    ReplyDelete
  6. banyak betul isi cerita ni... bkn psl sailu je. org sekeliling dia pun byk 'cerita'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Memang krna tengok betul2 cerita nie... Sebab semua sangkut paut

      Delete
  7. Tak larat dah nak tgk semua movie yg wujud skrg ni hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. Kalau nak tengok 1 1,tak larat... Tengok mana yang berkenan je... Kikiki

      Delete
  8. skrg mmg ramai yg layan ceta tamil... sy belum lg terjebak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda memang dari dulu suka nengok tamil. hindustan nie...hihihi

      Delete
  9. Biasanya kalo film India, saya harus baca dulu review. Kalo menarik baru saya nak nonton. Setelah baca tulisan kakak, JD tertarik pula. Apalagi genre dia misteri dan horor. ❤️❤️. Fav saya sangaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kak linda pun suka yang misteri, horror dan kisah benar...hihihi

      Delete
  10. Ammi dh penah tgk cwrita ni. Tertengok dgn anak tp bila ada adegan tak brp best terus je off kat tv tengok jelah kat handphone sensorang. Risauuuu bykbpulak soalan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Tulah.. Naseb baik anak jenis tak layan.. Masa tu plak wiken, diorg dapat main henset ibu... So, kita tengok sengsorang jelah

      Delete