lovvu Dobbu

Wednesday, July 24, 2024

.: CRASH :.

 Assalamualaikum

linda nak review sikit K-drama yang takde cintan cintun nie
kot lah ada yang dah tak tahu nak tengok cerita apa kan..

tajuk : Crash
ep : 1-12

barisan pelakon antaranya Lee Min ki (Cha Yeon Ho), Kwak Sun-Young (Min Soo-he), Heo Sung Tae (Jung Chae-Man) dan lain-lain.


cerita nie berkisarkan team TCI (Traffic Crime Investigation), dia bukan macam team polis trafik... dia macam team penyiasatan berkaitan kesalahan lalu lintas, kemalangan yang dicurigakan ataupun scammer yang jual kereta...

jadi, team diorang nie selalu di lekehkan lah. sebab tak popular kan
pejabat pun dalam kabin je, luar dari bangunan pejabat polis pulak tu

lepas tu ada sorang pekerja insurans nie, Cha Yeon-Ho, dia  memang menyiasat setiap kemalangan yang mencurigakan (yang nak claim insurans).
bermula dari situ lah, dia bertembung dengan team TCI nie, dan dia pun mohon jadi polis.
duduk dalam team TCI nie

rupanya, Yeon-ho nie ada kes langgar lari yang melibatkan diri dia, yang dia nak bongkar.
sebab tu, dia beriya cek semua kemalangan yang mencurigakan

team TCI dengan anggota yang paling sikit

cerita nie lawak jugak
cintan cintun memang takde, walaupun nampak hero dan heroin tu macam nak bersama..
tapi tak boleh.. hahaha..
sebab masing-masing fokus dengan tujuan masing-masing

akhirnya, kes langgar lari Yeon-ho berjaya dipecahkan, dan team TCI direct terus dengan mahkamah (bawah pengawasan seorang hakim), ibarat macam pendakwaraya kot..
sebab pernah tertengok juga cerita korea yang ala-ala peguam nie..
penyiasatan tak semata-mata tunggu dari pihak polis, pendakwaraya tu sendiri boleh nak menyiasat sendiri untuk kumpul bukti..

jadi, santai-santai boleh nak tengok cerita Crash nie
skill memandu tu, memang terbaik lah

till then, see ya



4 comments:

  1. Ok saya nak nonton juga. Kalo Lee min ki main, biasanya selalu baguus alur cerita 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa... Silakan nonton...bagus cerita nya... Jarang lagi nmpk cerita begini

      Delete
  2. Macam best ni.. akak suka citer². Search kat Netflix takde plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap keluar dekat disney hotstar nie...
      Tu yg takde kat netflix...

      Delete