lovvu Dobbu

Tuesday, July 16, 2024

.: KAHWIN ADA AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB :.

 Assalamualaikum


Aduan menerusi telefon:

“Selama dia pindah sana, dia memang balik sebulan sekali je alasannya sebab sibuk. Janji asal dia akan pindah balik semula lepas 2 tahun tapi dah nak hampir 2 tahun tu tak jadi plak. Dia gtau dah selesa kerja sana, tak hadap jem. Masa tu jugak la saya sentiasa kena tanya bila dia nak balik, tak macam selalu dia yg akan update. Cal pun dah jarang, nak cakap lama2 pun tak boleh. Tau2 je dia gtau dia dah kawin lain sebab dia perlukan seseorang yg boleh jaga dia kat sana sebab saya tak de depan mata dia…”

“Kak…yg saya ni selama PJJ dengan dia, urus sendiri 2 anak, masa mula pindah tu yg sulung 2 tahun, yg kecik baru 3 bulan, saya sakit ke, demam ke, anak sakit ke, hatta anak dah tadika yg sulung tu, saya uruskan antar sendiri…sampai ada yg cakap saya ni dah macam janda… saya tak pernah komen pun…saya jaga jugak maruah saya tak berkawan lebih2 dengan lelaki walau ada yg mengacau…dia boleh pulak komen macam tu. Sakit hati saya ni Kak...”

#BersamaSuzanaGhazali
#HikmahKahwinUntukBahagia
#KahwinAdaAmanahDanTanggungjawab

kredit : FB Bersama Suzana Ghazali


pagi-pagi scroll FB nampak post Puan Suzana nie..
linda memang suka baca, buat tambah ilmu..
tapi, tu lah...kadang-kadang benda yang kita nampak kat TV tu, memang berlaku in real life
TV tu yang cedok dari real life, kalau tak, mana nak dapat cerita ye dak?? hihihi

sepanjang Linda PJJ pun, selalu jugak dimomokkan dengan "lelaki lain, tak sama dengan perempuan"
ehh...tang mana lain??
perempuan pun ada kehendak jugak, takkan laki je??
linda memang berangin kalau ada yang cakap mcm tu ngan Linda

perempuan nie, penat urus anak dari celik mata sampai pejam mata, tak sempat nak mikir benda lain
kalau lelaki, rileks je...takde nak urus apa-apa..
sebab jarang kita nampak kalau PJJ, lelaki yang urus anak-anak
semua lepas dekat isteri, end up..ko kahwin lain, ada perempuan lain...
fuhh...memang menyirap lah

tapi, mcm mana pun, semua nie adalah attitude
tentang diri kita, siapa kita
mampu ke kita tepis segala ujian
kalau niat berkahwin tu elok, insya-Allah elok lah hubungan tu walau apa yang berlaku
tapi kalau niat pun dah tak betul, memang tak boleh nak tolong lah...

Alhamdulillah, sepanjang PJJ..takde lah kejadian yang tak di ingini
semoga rumah tangga kita semua, termasuk yang membaca nie, berada dalam rahmat Allah selalu,Aamin...

till then, see ya


16 comments:

  1. Semoga Allah lindungi rumahtangga kita semua....
    Curang, kahwin lain itu semua adalah pilihan...
    jangan kata dah jodoh, dah takdir..aku lempang kang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum sampai kata jodoh dan takdir tu...tengok dulu apa yang kita dah buat ..kalau dah mengelak-ngelak pun, jadi jugak...tu baru kata takdir...
      nie tak buat apa-apa, pasrah je...tu namanya cari bala...hahaha

      Delete
  2. betul tu akak.. Ana ni tiap kali baca kes-kes mcm ni mmg luluh rasa hati.. kerap isteri kena nasib mcm tu pd hal sama-sama je PJJ & penat mental fizikal (ikutkan isteri lg penat sbb nak kena urus hal anak apa semua) tp tu lah hurmmm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...nak komen lebih2 pun kita takot jugak...apa pun, kembali kepada sikap jugak..cara kita menangani masalah

      Delete
  3. rasanya cabaran PJJ utk lelaki ialah keperluan xxx tu, dan majority pompuan tak sama bab tu dgn lelaki ie pompuan boleh survive without xxx dan very hard for lelaki without that

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu Allah dah bagi 9akal 1 nafsu pada lelaki...patot nya, kena gunakan lah 9 akal tu untuk fikir kesan akibat, cara menangani...hihihi

      tapi tulah MZ, apa pun kembali kepada sikap...kalau memang kita fikir xxx tu je, memang kita fikir tak boleh tahan lah...

      Delete
  4. Nasib baik wak tak pernah alami pjj

    ReplyDelete
  5. Risau dengar cerita macam ni. Tu kadang kalau rumahtangga orang tak komen lebih2. Moga allah jaga rumahtangga kita ya...aamiin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Kalau baca dekat page puan suzana tu, memang mengucap jee.. Macam2 cerita...Insya-Allah,semoga Allah makbulkan segala permintaan kita..

      Delete
  6. ah mudahnya gitu ya. Semoga kita dijauhkan lah dari ujian rumahtangga sebegini rupa. Ujian untuk kita juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah.. Mudah mudahan kita terhindar... Aamin2

      Delete
  7. Dugaan PJJ ni tak sama untuk setiap orang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL... Kita cuma mampu berdoa kepada Allah untuk pasangan kita setia.. Itu jelah, tapi, semua pun atas izin Allah jugak... Allah yang pegang hati manusia nie

      Delete