lovvu Dobbu

Tuesday, July 23, 2024

.: MAHARAJA :.

 Assalamulaikum

weekend hari tu kan tak pegi mana..
Linda scrol-scroll cerita lah, memula ingat nak tengok "MAHARAJ"
sekali ternampak "MAHARAJA"
yang nie tengah viral ...


Kesimpulannya cerita nie mengisahkan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya.
seorang bapa watak Maharaja menjaga anak perempuan nya daripada bayi hingga besar dengan penuh kasih sayang dan mengikut ajaran yang betul.
seorang lagi bapa watak Selvam sanggup buat apa sahaja untuk anak perempuannya, termasuk merompak dan membunuh mangsa rompakannya.
Selvam beranggapan dengan cara itu, dia boleh berikan apa sahaja yang anak nya minta, tidak akan menolak kerana tiada wang.
tetapi, tetapla cara nya salah

apa kaitan Maharaja dengan Selvam??
rupanya berbelas tahun lalu, Selvam pernah ke kedai gunting rambut  tempat Maharaja bekerja
dan waktu itu, kegiatan Selvam dah dihidu oleh polis dan telah di paparkan dalam surat khabar
sedang Selvam bercakap dengan rakan subahatnya, Maharaja terdengar
Selvam cepat-cepat keluar dari kedai, sampai tertinggal rantai leher emas untuk hadiah anak perempuannya sempena setahun.
Maharaja yang jujur tu, nak pulangkan semula kepada Selvam, kebetulan pada masa yang sama, polis datang ke rumah Selvam untuk menangkap Selvam.
jadi, dari situ, Selvam berdendam dengan Maharaja kerana dia menganggap Maharaja yang buat aduan kepada polis.

selepas berbelas tahun, rumah Maharaja dimasuki perompak.
bermula dari situ semua rahsia tersingkap..
memang kena tengok betul-betul cerita nie
kalau terralit tengok benda lain, memang keliru sekejap...

endingnya Selvam bunuh diri dengan penuh rasa penyesalan
nak tahu kenapa??? apa lagi, tengok lah cepat-cepat ceritanya...hihihi

till then, see ya

18 comments:

  1. huwa lama nya xtengok netflix....rasa xckup masa, baca summary linda je lahh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. summary nie tak habis kak...nak sambung cerita tak?? hahaha

      Delete
  2. Best ceritanya lepas tu plot twist pun ada tapi bab lapor kat balai polis hilang tong sampah tu yg kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah..tang buat report polis tu, jenuh Linda gelak...hihihi...tapi, naseb baik polis tu baik jugak...igtkan sama2 jahat

      Delete
  3. belum tgk lagii...
    masuk list dlu la...nanti nieyl nak tgkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok nieyl..best...tapi, memang tak boleh ralit..nak nak sambung2 tu jadi lain...hahaha

      Delete
  4. Dengar review katanya plot twist cerita ni mmg tak dijangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Memang tak jangka ending nya... Sebab babak yang sama jugak ditayang dari mula, tapi.. Tak ditayang kisah sebenarnya... Waktu isteri Maharaja mati sewaktu lori merempuh rumah...
      Yang kita fikir, ending tu selvam mati di tangan Maharaja jelah.. Rupanya, dia mati bunuh diri dengan penuh penyesalan.. Sebab anak gadis yang disangkakan anak maharaja tu, rupanya anak kandungnya sendiri.. Yang telah di pukul.. Dirogol2 berkali oleh rakan subahat rompakannya sewaktu nak balas dendam pada Maharaja..

      Fuhh... Baru puas hati dapat beritahu... Hahaha

      Delete
    2. Akak baca komen ending kat sini je Linda 😃
      Puas hati juga ada spoiler!

      Delete
    3. Ada orang tak suka spoiler... Tapi, kalau linda ok je.. Hihihi... Lagi suruh org ceritakan mcm mana

      Delete
  5. td baca review citer ni kat blog ezna, then blog ammi then now blog linda plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan... Hihihi..
      Tapi, masing2 punya review lain2...

      Delete
  6. Dulu saya cukup sering nonton drama India, tapi kalau filmnya sih belum, menarik juga ,bolehlah di lihat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. linda kalau drama nie..kurang sikit...tak boleh sabar nak tunggu episod2...hihihi

      Delete
  7. Akak pun dah tengok..mula macam tak faham..ulang balik lepas tu baru paham..last week ahad tengok lagi sekali suami ajak tengok sama..plot twist dia menduga kan dan best sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menduga...tak terfikir pun..sebab memang xd hint2 pun pasal family selvam tu

      Delete
  8. Teman2 saya yg dah tonton bilang memang bagus . Makanya saya dah masukkan dalam list 😄. Penasaran juga dengan ending yg plot twist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang plot twist... Perlu dilihat tanpa gangguan..

      Delete