Assalamualaikum
Linda nak kongsikan sikit, terjumpa dekat FB tadi..
Kita tepek sini.. Senang nak rujuk
“Balik kampung 5 hari boleh solat qasar dan jamak ke?”🧐
Jawapannya adalah boleh! sekiranya termasuk hari pergi dan hari pulang ke rumah (rujuk poster).
= 1 hari pergi + 3 hari menetap + 1 hari pulang.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/186) menyebut salah satu daripada syarat sah solat jamak dan qasar bagi musafir ialah;
“Tidak berniat menetap SELAMA empat hari di tempat yang dituju SELAIN pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar…”
Sekiranya anda telah merancang (berniat) untuk menetap di kampung lebih daripada tempoh seperti di atas;
maka hanya boleh solat qasar dan jamak dalam perjalanan pergi dan pulang sahaja ye.
📝 Nota musafir.
✨ 1/ Kewajipan solat atas diri orang yang bermusafir.
✨ 2/ Perjalanan bertujuan baik.
✨ 3/ Jarak sekurang-kurangnya 2 marhalah (81KM).
✨ 4/ Menetap 3 hari sahaja, tidak termasuk hari pergi dan pulang.
✨ 5/ Tidak mengikut imam yang bermukim.
Semoga bermanfaat.
Kongsikan poster ini kepada sahabat anda yang lain sempena hari raya nanti.❤️
Till then, see yaa
P/s - yang balik kampung hari nie, berhati hati di jalan raya.. Semoga selamat sampai tempat yang dituju..
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSama2 kak SA
Deletegood sharing..peringatan bersama
ReplyDeleteBetul.. Sama2 beringat
DeleteTQ atas perkongsian untuk peringatan hehehe
ReplyDeleteSama2.. Untuk diri sendri jugak nie
Deletegood timing to share about this!! thank u !! <3
ReplyDeleteKan.. Waktu nie kena betul2.. Lepas tu tgok jarak perjlanan tu semula.. Bukan tgok sebab jem..
DeleteAda tengok juga orang share di facebook. Bagus juga share ni.
ReplyDeleteKadang2 tu yg kita share nie, lebih pada peringatan utk diri sendri kan..
Deletesyukran!
ReplyDelete'afwan...
Deletealhamdulillah tq atas perkongsian
ReplyDeletesama2 mama
Delete