lovvu Dobbu

Tuesday, April 23, 2024

.: KHUN:SA :.

Assalamualaikum

Linda pun terjebak sama dengan drama Khun:Sa nie
jumpa ulasan dekat FB, linda CnP je
gambar yang sensitif, untuk tujuan pembelajaran

cerita nie memang wajar ditonton, memberi banyak pengajaran kepada kita
kita dapat menyelami perasaan perasaan mereka yang telah dinafikan haknya
Linda rase topik nie sampai sekarang masih lagi isu yang sensitif, orang tak ambil cakna
yang mereka tahu, hanyalah malu

Baru-baru saya terjebak dengan drama di Astro bertajuk Khun:Sa berkenaan seorang individu yang dilahirkan sebagai khunsa dan dugaan-dugaan yang dihadapi olehnya disebabkan ayah yang tidak menerima hakikat anaknya itu khunsa.


Apakah sebenarnya khunsa?


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, khunsa ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin. 


Ramai yang keliru dengan istilah ini. Ramai yang menyangkakan bahawa `dua alat kelamin’ bermaksud individu itu mempunyai kedua-dua:

1. Zakar (Penis), buah zakar (Scrotum) &`batu’ (Testes/Testicles), dan

2. `Bibir’ kemaluan perempuan (Labia), biji kelentik (Clitoris), lubang/salur faraj (Vagina) & ovari.


Sebenarnya, yang dimaksudkan mempunyai `dua alat kelamin’ tidak bermaksud ada kedua-dua alat kelamin tetapi ia bermaksud dia ada campuran kedua-dua jenis alat kelamin.


Ada beberapa jenis campuran kedua-dua alat kelamin:

1. Clitoromegaly – mempunyai clitoris yang besar (sehingga ia berupa seperti zakar yang kecil), mempunyai labia yang sedikit besar (berupa seperti buah zakar yang kempis), tetapi juga mempunyai lubang/salur faraj yang normal. Ini adalah jenis khunsa yang paling kerap berlaku. Individu ini adalah perempuan dan mempunyai rahim dan ovari. Dia tidak mempunyai testes. Genetiknya juga mengesahkan dia mempunyai  kromosom 46XX. Tetapi disebabkan clitoris yang berupa seperti penis, bayi ini mungkin dibesarkan sebagai lelaki jika tidak diperiksa dengan teliti okeh doktor. Clitoromegaly berlaku kerana semasa dalam keadaan janin lagi, terdapat paras androgen (hormone lelaki) yang tinggi yang merangsangkan pembesaran clitoris. Paras androgen yang tinggi ini biasanya disebabkan penyakit endokrin `Congenital Adrenal Hyperplasia’ (CAH) yang dialami oleh janin itu sendiri. Tetapi ada juga clitoromegaly yang disebabkan si wanita hamil mempunyai paras androgen yang tinggi disebabkan ubat-ubatan tertentu (anabolic steroid untuk sukan/bodybuilding) atau disebabkan mempunyai tumour yang menghasilkan androgen berlebihan.

2. Testicular feminization syndrome. Dari segi luaran, individu ini kelihatan seperti perempuan biasa. Dia mempunyai alat kelamin yang berupa perempuan dengan labia normal, clitoris normal dan lubang/salur faraj normal. Tetapi dia tidak ada haid kerana dia tidak mempunyai rahim atau ovari. Di sebaliknya, dia mempunyai testes yang terletak di dalam abdomen. Dia akan dibesarkan sebagai perempuan, dan hanya apabila dia tidak didatangani haid pada usia remaja, dia akan berjumpa dengan doctor. Apabila dilakukan ujian genetic, didapati dia mempunyai genetic lelaki iaitu kromosom 46XY.

3. Swyer Syndrome. Dari segi luaran, dia kelihatan seperti perempuan biasa. Dia juga mempunyai salur faraj dan Rahim. Tetapi tidak mempunyai ovari. Genetiknya adalah kromosom 46XY (lelaki).

4. Masalah genetik/kromosom seperti Klinefelter’s syndrome (47 XXY) dan Turner’s syndrome (45X0).

5. Ovotesticular disorder of sex development atau ‘True hermaphroditism’. Keadaan yang sangat, sangat, sangat,sangat jarang berlaku, dimana individu ini mempunyai kedua-dua ovari dan testes, dah alat kelamin boleh menyerupai lelaki ,perempaun atau campuran kedua-duanya. Ada yang mempunyai rahim, ada yang tidak. Kebanyakkan individu ini mempunyai kromosom perempuan 46XX, tetapi dengan ada juga sejenis kromosom Y.


Kalau anda lihat di gambar ke-2 di bawah, ia menunjukkan banyak kesamaan diantara alat kelamin perempuan dan lelaki, yang mungkin kita tidak perasan selama ini. 

Di dalam drama Khun:Sa, saya syak watak Che Khun adalah khunsa jenis clitoromegaly, tetapi keadaannya bertambah rumit apabila ayahnya membawanya untuk melakukan pembedahan terhadap kemaluannya supaya dia lebih berupa lelaki.


Semoga kisah Che Khun ini hanya berlaku pada waktu dahulu, dan tidak lagi berlaku pada zaman sekarang di mana kebanyakkan bayi dilahirkan di hospital dan diperiksa oleh pengamal perubatan yang bertauliah.


PS. ‘Wanita tanpa rahim’ atau Meyer-Rokitansky-Kusyer-Hauser syndrome, bukan khunsa. Syndrome ini memang berlaku pada perempuan sahaja. Tiada unsur lelaki langsung.

kredit  yang empunya post Anna Liza Roslani FB profile SINI


till then, see ya


12 comments:

  1. buah gajus lembut jerk... kecuali yg muda lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...tulah, linda tak pernah makan...jadi tak tahu lah

      Delete
  2. MZ selalu tgk gazette/trailer setiap episod,..tak de masa nak tgk full siri...teringin sebenarnya sbb jln citer besh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best citer dia... Memang kena tengok lah... Sebab lain dr yang lain kan

      Delete
  3. Kak SA x nak tgok citer ni..x tau kenapa...maybe sebab dah layan Wanita Syurga tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki.. Iye lah tu agaknya... Linda takde tengok drama Melayu yang baru2 nie.. Tetiba yang nie, mcm nak tengok...

      Delete
  4. Ma pun terjebak dah..minggu ni last kan..
    pelakon2 semua baru but semua nya berjaya membawa watak dgn jayanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Che sa tu pun, anak pengarah drama tu.. Hebat lakonan semua.. Tak boleh blaa ngan Juki tu.. Hahaha.. 2 beradik kena telan UFO pulak.. Haisyh, macam2

      Delete
  5. Replies
    1. boleh lah menonton nanti..last2 tu tak tersangka...ada lagi 3 episod nie tak tgok lagi...

      Delete