lovvu Dobbu

Saturday, April 27, 2024

. : RAYA HOSPITAL SELAYANG :.

Assalamualaikum 

Petang jumaat semalam, sambutan raya peringkat Hospital 
Tahun ke 3 Linda kerja dekat sini, kali nie majlis yang paling pendek.. 
Sebab bermula 2.45-7pm gitu (Selalunya majlis bermula jam 10pagi - 4petang) 
Dimulakan dengan perhimpunan bulanan hosp.. 

Linda lambat sikit join, sebab hari hari memang kena naik kompleks doktor on call untuk tujuan pembersihan.. 
So, dalam pukul 4pm baru kita join.. 
Jadi, geng tak jumpa lah.. Sebab dah ramai ramai nie, tak nampak pulak orang nya.. 

Sorang2 pun jadi.. 
Kang menyesal pulak tak ambil gambar dekat photobooth nie.. 

Sebelum balik, sempat bergambar dulu dengan Biha (librarian) 

Ada kak mala (Pembantu Tadbir) juga

Yang nie sr Yaya (sister Dental) 
Kenal sebab sr Yaya duduk asrama (linda kan pemilik asrama.. Hahaha) 
Lepas tu, sama2 join zumba hari rabu petang... 
Tapi, mcm dah lama linda tak join nie.. Hahaha
Sr Yaya memang pertandingan baju tercantik.. Memang tiap2 tahun sr Yaya akan join pertandingan.. 

Gambar makanan, tak sempat nak amik.. 
Linda pun tak sempatnak pusing2 cari makanan, pkul 5petang nak balik dah.. 
Dapat merasa kambing golek, lemang, rendang dengan rojak je.. 
Banyak lagi makanan tak rasa.. 

Apa2 pun, seronok.. 
Sebab boleh pakai baju raya.. Kikiki

Till then, see ya

 

14 comments:

  1. Wkmussalam
    Bestnyer ada kambing tergolek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tiap2 tahun ada... Sumbangan...

      Delete
  2. Parece un lugar genial. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gracias.. its was ceremony for Hari Raya Aidilfitri, for muslim

      Delete
  3. Dapat pakai baju raya memang rasa aura yang tersendiri.
    Enak-enak juadah rayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.. Lagi2 linda memang pakai uniform hari2.. Bila kena pkai baju biasa nie, teruja.. Kikiki

      Delete
  4. Waah siap pakai baju tradisional utk lomba yaa 👍. Eh betulkan itu baju tradisional yg dipakai kak Yaya? Semoga menang nantinya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pakaian tradisional juga tu...tapi untuk negeri Johor tak silap..boleh juga Linda buat entry nanti untuk baju2 tradisional...sebab setiap negeri berlainan...
      kalau macam baju kurung dan baju melayu, itu baju rasmi kebangsaan Malaysia...

      Delete
  5. seronoknyaaaa!! jamuan raya kat opis MZ is ari khamis niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opis linda takde buat.. Sebab sorang je.. Kikiki

      Delete
  6. Bagus majlis2 macam ni adakan,.time keja kanx boleh nak jumpa sangat..so jumpa time majlis macam ni la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kerja, jrg2 jumpa... Tp, ad jugak urusan selalu ke admin.. Ke library, nak lepak2.. Dpt aircond.. Hahaha

      Delete