Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, May 21, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 13/25 :.

Assalamualaikum..

betul-betul pakai sampai lunyai

kasut baru
saiz 42
RM44

sambungan entry NIe yang kata nak beli kasut tu.

till then, see ya.

 

Tuesday, May 20, 2025

.: KHABAR DARI TANAH SUCI :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, mak dengan bapak sihat sihat je dekat Tanah Suci. 
Wak Amat, Wak Yati dan Bik Nur pun sihat2 je.

Cuma mak cakap hotel dekat Mekah nie jauh sikit lah dari Masjid. 
Kalau jalan kaki dalam 45 min juga lah sampai, lepas tu keadaan muka bumi yang bukit bukau kan. 
Bukan jalan rata lah maksudnya. 

Minggu lepas tak silap nie. 
Mak cakap ada lawatan, tapi berbayar lah.. RM100 duit Malaysia. 

Mak, Wak Yati, Wak Amat dan Bik Nur. 
Bapak tak ikot, tak larat katanya.. 
Ya lah, bapak kat Malaysia pun, kadang2 tak ikot anak2 berjalan. 
Dah tak larat sangat nak jalan. 

Mak kata pergi sini. 
Macam muzium kot. 
Eh, malas betul Linda nak google. 😂😂

Lagi gambar mak share dalam group wasap family. 

Lagi berapa hari je nak masuk bulan Zulhijjah. 
Semoga mak, bapak, wak yati, wak amat, bik nur dan jemaah haji yang lain dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah haji nanti. 
Risau bila baca musim haji kali nie agak mencabar. 
Arab Saudi dah strict sikit. 

Till then, see ya.

.: TELEFON BARU DAN BUBUR NASI :.

Assalamualaikum.

girang lah hati abang Mueez nie.
bermula lah episod ibu kena jadi hijau je selalu.

deal dengan ayah dia, tengok-tengok dapat.
tapi, dia beli pakai duit raya tu.
dalam RM300 lebih kot..

berbulu je kak M menjeling, sebab duit dia tak berapa nak cukup.
tapi, kak M dah pegang telefon secondhand ayah nya punya.
haisyh, ibu nak bekukan cepat-cepat duit raya kak M, nak beli loket emas lah nanti.

malam tadi kak M request nak bubur nasi.
so, masak lah kita, lepas balik kerja tu..
terjunkan semua bahan-bahan dalam periuk, tinggal je kat dapur sambil siap-siap untuk maghrib.

masak 1 pot juga, kak M ulang alik sampai 5 kali.
malam tadi sejuk sikit, belum pukul 11 malam, rumah dah gelap.
tapi, ibu tiba-tiba lapar pula.

maka , ibu habiskan bubur nasi yang tinggal semangkuk nie je.
tabur bilis kering pedas sikit.
haa...dekat pukul 1 pagi baru boleh tido.
sebab kekenyangan. adoi lah..

till then, see ya.

Monday, May 19, 2025

.: SAMBUTAN RAYA HS :.

Assalamualaikum..

sebelum masuk raya haji, jom lah up entry raya puasa.
janji, nie last..
takde dah entry terperam untuk aktiviti bulan Syawal.

Jumaat. 25.04.2025 - Sambutan Raya HS + Perhimpunan Bulan April telah di adakan di Kompleks Sukan. sebelah pejabat asrama je.
senang lah nak mengulang amik makan. haaha

majlis bermula 2.45 petang, dimulakan dengan perhimpunan bulanan dan terus bersambung dengan jamuan raya.
majlis habis dalam 5 petang macam tu.
dalam pukul 6 tu, stall dah mula dikemaskan. 

backdrop dalam kompleks sukan.

tengah in katanya.
bergambar dalam akuarium. hihihi
satu dalam kotak, macam barbie doll pulak

satu luar kotak.

macam biasa, props bergambar umum di buat oleh team HR.
memang kreatif betul lah diorang nie.
backdrop raya 2024

macam biasa, ambil gambar kenangan dengan sister yaya juga.

tak tahu kenapa tak pakai baju raya hari.
pakai baju yang dah 4,5 tahun lepas punya.
terasa nak pakai baju nie, sebab lama tak pakai baju nie.
Alhamdulillah, muat lagi, walaupun berat dah naik nie..

maaf, jamuan raya, tapi gambar makanan takde.
hahaha, tak sempat weyh.
kalut nak cari meja, cari makan.
sambutan raya 1 hosp, panas pula tu, memang mengulang minum air je.

kebetulan hari yang sama, ada HO baru masuk asrama.
akhirnya, setelelah hampir 4 tahun keje menguruskan penghuni masuk asrama, first gambar selfie bersama.
tapi tak pakai uniform lah pulak.

naseb baik lokasi makan-makan dekat je dengan pejabat asrama.
senang lah nak urus kan kemasukan asrama.

till then, see ya.

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum.

gambar masa nak hantar mak bapak g Haji hujung bulan lepas.
abang Muáz pun teringin juga lepas tengok adik-adik sepupu dok naik je.
lepas gian katanya

naseb lah tayar mati.
kalau tak, kempis agaknya.. hahaha

nie mesti  abang Muáz ingat, sebab linda dah letak dalam blog.
nanti ayat dia mesti "ntah, muáz tak igt pun pernah main dulu"
ayat tu bila dia geram, semua adik je yang dapat..
eh sebelum adik-adik, dia dulu dah dapat.

sekejap je dah nak masuk 13 tahun.
minggu nie periksa tengah tahun.

jadual periksa simpan sini

"semoga abang Muáz diberi kefasihan dan kelancaran dalam menjawab semua kertas peperiksaan. semoga yang baik-baik je untuk abang Muáz.. aamin "

harap-harap apa yang cikgu ajar tu, lekat lah dalam ingatan tu.
risau bila tengok asyik main je.. hahaha

till then, see ya.

Sunday, May 18, 2025

.: PILIHAN HARUS DIBUAT :.

Assalamualaikum. 

Disebabkan linda blur nak buat yang mana satu. 
Jadi kita buat sampel lah, untuk beli next barang. 
So, siapkan 3 jenis patern bunga telur, dan minta bakal pengantin pilih sendiri lah nak design yang mana. 

No 1

No 2

No 3

Macam blur sangat nak buat mana satu nie.
Hihihi.

Agak2 bakal pengantin pilih yang mana? 
Yang bunga hitam tu, nanti nak letak stamen pink, malas nak on hot glue.. 
Tu yang dogel je dulu. 

Till then, see ya. 

Saturday, May 17, 2025

.: KUETIAU GORENG KAMPUNG PEDAS :.

Assalamualaikum.. 

Tenang sikit minggu nie, sebab ada kat rumah sendiri. 
2minggu sebelum nie, asyik keluar kawasan je. 
Penat betul rase, walaupun jadi co pilot je.. 

Dok mencari apa yang boleh dibuat sarapan. 

Jumpa perencah nasi goreng nie. 
Jom lah cuba. 
Tapi, bukan dekat nasi. 
Dekat kuetiau. Kikiki. 

Jadi lah 2 versi kuetiau. 
Yang putih tu linda pakai perencah nasi goreng pedas tadi. 

Fuhh, memang pedas.
Tak baca arahan penggunaan sampai habis. 
Perlu tambah garam atau tak.. 
Sebab linda rasa macam ada terlebih masin pula. 

Takpelah, janji pedas tu ada. 
Jemu dah tak makan pedas nie. 

Hari nie nak golek2 je dekat rumah. 

Till then, see ya.