Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, April 22, 2025

.: CUTI KECEMASAN :.

Assalamualaikum

Hari nie linda EL.
Dah bertahun tahun tak senggugut, pagi tadi dia boleh singgah menjengah pula. 
Dah tertonggeng2 haaa menahan sakit. 
Senang nak describe, mcm ada orang perah2 rahim tu, nak bagi kering.. 
Ehhh, hiperbola sungguh. 



Banyak je alasan yang selalu kita berikan kalau nak EL tu. 
Tapi, pastikan alasan kukuh dan tak selalu lah kita amik EL.. 
Kalau selalu amik EL tu, memang incas akan pandang sengett je kat kita. 🤭🤭

Apa apa pun, semoga semua diberi kesihatan supaya dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa.. Aamin. 

Till then, see ya. 

Sunday, April 20, 2025

.: AKTIVITI DI SHAH ALAM :.

Assalamualaikum 

Konon minggu nie tak nak keluar rumah. 
Nak golek golek je kat rumah. 
Tetap keluar juga. Hihihi. 

Jumpa mak bapak dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 
Mak bapak dari petang semalam dah ada di sini. 

Menghadiri Kursus Perdana Haji. 
Naik bas daripada Sungai Besar, Selangor. 
Jemaah haji bawah kelolaan TH Sg Besar, semua naik bas yang sama. 
Ada 2 buah bas. 

Jadi hari nie, sebelum mak bapak balik. 
Kita pergi lah Masjid, jumpa mak bapak. 

Selfie sikit dengan mak dalam masjid. 

Tak lama tu, adik yang duduk Shah Alam tu pun sampai. 
Anak kecik kecik, lambat sikit lah.. Hihihi. 

Dalam 12.30 tgh hari macam tu, bas dah sampai. 
Kami pun escort lah mak bapak sampai naik bas. 
Sempat amik gambar bapak yang nie je. 
Moga mak bapak diberi kesihatan sepanjang menunaikan haji nanti. 
Bahang bahang musim haji nie dah terasa. 

Iyan dah kalut, ajak papa dia naik bas sekali. 

Wak Amat (abang bapak) dengan isteri Wak Yati. 
Alhamdulillah, sama sama terpilih untuk musim haji kali nie. 
Dapat 1 flight, dapat 1 bilik. 
Alhamdulillah, moga dipermudah segala urusan mereka. Aamin2. 

Dari kiri - Icha, Esah, Mueez, Meera

Meera dan Icha. 
Kesian Icha, aunty kedai rambut potong rambut Icha ala ala anak cina. 
Diorang kan suka potong pendek macam tu. 
Terus nampak macam tomboi. 

Pemandangan Masjid yang sempat diambil. 
Selepas bas dah bergerak. 

Hala tuju selepas tu, ke Aeon Shah Alam. 
Makan makan dulu. 
Sambil nak tukar baju dekat BO outlet, minggu lepas linda mai sini juga. 
Nanti cerita lain nah. Hahaha. 

Musa, the youngest dalam MiswanClans. 

Kitorang makan dekat Food court atas sekali. 
Time makan makan takde gambar. 
Kalut aihhh.

Setel makan, masing masing balik sarang. 
Linda ngan suami singgah Lotus Rawang, beli barang dapur sekali. 

Balik rumah, angkat angkat masuk rumah. 
Ke tingkat 3 pula, menyantuni rumah yanh buat open house. 
Dah jemput face to face dekat lif masa linda nak keluar pagi tadi. 
Segan pula kalau tak tunjuk muka. 

Lepas maghrib pula, hanta terus teman abang Mu'az main badminton ngan kawan kawan dekat Selayang Mall.
Adoi,dah beso anak linda. 

Till then, see ya.

Saturday, April 19, 2025

.: SEKAM DI DADA :.

 Asalamualaikum.

-SEKAM DI DADA-

Mesti ramai yang layan cerita nie kan?
Jadi, tak nak lah cerita sinopsis cerita nie.
Yang penting cerita menjadi lah.

Dato' Adi Putra punya lakonan mantap...
Menyampah betul nengok nya.
Amyra Rosli pun terbaik, lembut je dalam cerita nie, sejuk ja bila dengar dialog dari dia.
Puteri Sarah pun menjadi, gedik sungguh lah nengoknya.

Banyak je kisah rumah tangga yang macam filem cerita nie.
Suami narsistik, isteri jadi mangsa.
Ayah play victim saja, yang terlihat salah semua isteri.

Akhirnya, dapat juga keluar daripada hubungan yang toksik nie.
Baru nak tenang hidup, diuji pula dengan pandangan orang mengenai status "janda".
Memang semua nie normal dalam kehidupan seharian kita.
Bila isteri bersuara, dikatakan tak bau syurga.
Bila dah jadi miss J pula, dikatakan nanti jadi perosak rumah tangga orang lain pula.

Linda terjebak tengok cerita nie masa bulan puasa lah.
Habis terawih tengok citer nie dulu, kikiki.
Memang terasa hari-hari nak tengok lah.
Tapi, ada juga yang termiss episod nya.
Yang penting, episod terakhir linda tengok.
Memang tak sangka watak Dato' Adi Putra mati.
Dan memang tak sangka sebelum mati tu, rupanya kisah di sebalik sifat narsistik tu, punca didera dari bapa sendiri.
Semua pun terkait.

Apa yang tak baik tu, kita jadikan pengajaran.
Yang baik, kita jadikan ikutan.

Till then, see ya.

.: KICAP HABIS PULAK :.

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu. 
Dah susun jadual ke open house ke tu.?

Baru siap buat sarapan. 

Nak masak kuewtiow, sekali kicap habis daaa... Yang stok pun habis juga rupanya. 
Tu yang pucat je kuewtiow nya. 

Linda buat mcm bihun goreng singapore.. Kikiki.. 

Jadi lah kuewtiow goreng Singapore. 
Bancuhan tepung tu malam semalam punya.. Perabih la. 
Sambal ikan malam tadi, asing sikit (pedaih baq ang). 
Nescafe tarik. 

Ok ngam, pastikan perut kepala suri rumah tangga kenyang dulu. 
Baru ada tenaga nak membebel.. Hahaha

Till then, see ya. 

Friday, April 18, 2025

.: LEKANG LAGI :.

Assalamualaikum

dah 2 kali dia lekang nie
yang first dekat sini
tandanya
kena kumpul duit, beli telefon baru ke camne??
hahhaa

sayang nya telefon...
helok lagi, cuma gam dah expired.. hahaha.

malas nak transfer-transfer.
tu yang pening.

nie lagi up modal letak gam je pun.
RM20, lepas tu staff kedai telefon tu siap cakap lagi. 
"Miss, sudah boleh beli telefon baru lah" hahaha

till then, see ya.

 

Thursday, April 17, 2025

.: KOPI SAIGON @ HOSPITAL SELAYANG :.

Assalamualaikum

weyh, orang lain dah lama pergi...
ku baru pergi semalam
ada Kopi Saigon dekat kafe Hospital.
patot lah dok tengok status wasap boss ngan nurse yang duduk asrama sama je gambarnya.

jadi, semalam linda pun pergi lah try

order sini

tunggu sini pula.
ramai juga yang membeli kopi nie rupanya.
tapi memang harga marhaenlah kopi nie.
dekat hosp ada satu lagi kedai kopi - Gloria Jean's, linda pun tak pernah pergi sini.
kat belah mana ntah outlet nya pun. haaha

yeay dapat dah..
linda selalu beli Kopi Saigon ori je..
takde tambahna apa-apa
rase, boleh lah.
tapi tak sesedap Kopi Saigon dekat Lotus Rawang.
2 tempat nie je lah yang linda pernah cuba pun.

so, nak repeat ke??
tak kot..hahaha
beli air nescafe tarik yang bancuh dlaam kafe tu lagi sedap..
kikiki.

till then, see ya.

Wednesday, April 16, 2025

.: RAYA KE-6 @ KOPI SAWAH, SEKINCHAN :.

Assalamualaikum

habis cuti raya, kerja dua hari.
hari Jumaat, 04.04.2025 kita balik Taiping pula.

raya keenam - golek tayar ke Sungai Samak lagi.
bawa MIL ziarah besannya sempena besan nya nak menunaikan haji.

helok sangat perangai dua ketul nie.
memang padan lah jodoh nya.. kikiki
love the way you are katanya.

sampai Sungai Samak..
lepask-lepak, makan tengah hari jap.
MIL sembang-sembang sikit dengan besan.

dalam pukul 2 lebih gitu ajak inciksuami ke Sungai Besar.
ke kedai buku cari buku aktiviti abang Mueez.
tapi takde, merata dah masuk kedai buku, tapi takde stok.

MIL dok sembang-sembang, Sekinchan tu jauh ke.
so, kitorang pun lajak lah ke Sekinchan.

tanda sampai.
MIL dengan kapal terbang di Sekichan.

alang-alang dah masuk jalan ban nie.
terlajak lah dekat Kopi Sawah yang dok viral tu.
Google je, confirm jumpa.

pintu masuk

dengan MIL


kopi sawah dengan cendol MIL punya.

ayam goreng

fries cheese

takdelah lama sangat tunggu.
menu lain, ada laksa bihun sup.
ada juga baby pancake.
saja nak try kopinya.
sedap, boleh lah bila-bila, singgah lagi.

till then, see ya.