Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label dramamelayu. Show all posts
Showing posts with label dramamelayu. Show all posts

Monday, April 6, 2026

.: TOKSIK CINTA :.

Assalamualaikum.

hari tu linda terjebak dengan drama "Toksik Cinta" ni

Toksik Cinta
Berikut adalah pelakon dalam drama ni

  • Riena Diana sebagai Karmila (isteri yang terperangkap dalam hubungan toksik)
  • Aqasha sebagai Alfi (suami/pengarah filem yang manipulatif)
  • Keith Foo sebagai Amsyar (peguam Karmila)
  • Cristina Suzanne (Cristina Stockstill) sebagai Farhana
  • Dayang Areeda sebagai Eez
  • Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
  • Tony Eusoff sebagai Dato' Ben (Penampilan Khas)
  • Esma Daniel sebagai Sufian (Penampilan Khas)
  • Izzue Islam sebagai Dirinya Sendiri (Penampilan Khas)

cerita mengisahkan mengenai konflik perkahwinan yang toksik, obses dan penderaan.
bermula di mana Karmila yang tidak boleh menerima perasaan kurang daripada orang lain. Semua yang dia kenali, harus meletakkan dia di tempat yang pertama.
Karmila juga mempunyai keperibadian yang bercelaru kerana kisah silamnya di masa kecil.

memang geram je tengok si Karmila ni berlakon. geram lagi dengan BF dia si Eez tu. berapa banyak kali di khianati dan dipergunakan oleh Karmila, Eez tetap terima Karmila semula.

tapi kesian dekat Farhana la, terlampau baik sangat, sampai ditikam dari belakang oleh Karmila.

boleh tengok dekat Tonton, kalau nak tengok, kena banyak bersabar ye.

drama terbitan Rumah Karya Citra (Erma Fatima), so dah boleh agaknya cerita nya macam mana.
Erma Fatima punya drama memang terbaik la.

till then, see ya.

 

Saturday, April 19, 2025

.: SEKAM DI DADA :.

 Asalamualaikum.

-SEKAM DI DADA-

Mesti ramai yang layan cerita nie kan?
Jadi, tak nak lah cerita sinopsis cerita nie.
Yang penting cerita menjadi lah.

Dato' Adi Putra punya lakonan mantap...
Menyampah betul nengok nya.
Amyra Rosli pun terbaik, lembut je dalam cerita nie, sejuk ja bila dengar dialog dari dia.
Puteri Sarah pun menjadi, gedik sungguh lah nengoknya.

Banyak je kisah rumah tangga yang macam filem cerita nie.
Suami narsistik, isteri jadi mangsa.
Ayah play victim saja, yang terlihat salah semua isteri.

Akhirnya, dapat juga keluar daripada hubungan yang toksik nie.
Baru nak tenang hidup, diuji pula dengan pandangan orang mengenai status "janda".
Memang semua nie normal dalam kehidupan seharian kita.
Bila isteri bersuara, dikatakan tak bau syurga.
Bila dah jadi miss J pula, dikatakan nanti jadi perosak rumah tangga orang lain pula.

Linda terjebak tengok cerita nie masa bulan puasa lah.
Habis terawih tengok citer nie dulu, kikiki.
Memang terasa hari-hari nak tengok lah.
Tapi, ada juga yang termiss episod nya.
Yang penting, episod terakhir linda tengok.
Memang tak sangka watak Dato' Adi Putra mati.
Dan memang tak sangka sebelum mati tu, rupanya kisah di sebalik sifat narsistik tu, punca didera dari bapa sendiri.
Semua pun terkait.

Apa yang tak baik tu, kita jadikan pengajaran.
Yang baik, kita jadikan ikutan.

Till then, see ya.

Tuesday, April 23, 2024

.: KHUN:SA :.

Assalamualaikum

Linda pun terjebak sama dengan drama Khun:Sa nie
jumpa ulasan dekat FB, linda CnP je
gambar yang sensitif, untuk tujuan pembelajaran

cerita nie memang wajar ditonton, memberi banyak pengajaran kepada kita
kita dapat menyelami perasaan perasaan mereka yang telah dinafikan haknya
Linda rase topik nie sampai sekarang masih lagi isu yang sensitif, orang tak ambil cakna
yang mereka tahu, hanyalah malu

Baru-baru saya terjebak dengan drama di Astro bertajuk Khun:Sa berkenaan seorang individu yang dilahirkan sebagai khunsa dan dugaan-dugaan yang dihadapi olehnya disebabkan ayah yang tidak menerima hakikat anaknya itu khunsa.


Apakah sebenarnya khunsa?


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, khunsa ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin. 


Ramai yang keliru dengan istilah ini. Ramai yang menyangkakan bahawa `dua alat kelamin’ bermaksud individu itu mempunyai kedua-dua:

1. Zakar (Penis), buah zakar (Scrotum) &`batu’ (Testes/Testicles), dan

2. `Bibir’ kemaluan perempuan (Labia), biji kelentik (Clitoris), lubang/salur faraj (Vagina) & ovari.


Sebenarnya, yang dimaksudkan mempunyai `dua alat kelamin’ tidak bermaksud ada kedua-dua alat kelamin tetapi ia bermaksud dia ada campuran kedua-dua jenis alat kelamin.


Ada beberapa jenis campuran kedua-dua alat kelamin:

1. Clitoromegaly – mempunyai clitoris yang besar (sehingga ia berupa seperti zakar yang kecil), mempunyai labia yang sedikit besar (berupa seperti buah zakar yang kempis), tetapi juga mempunyai lubang/salur faraj yang normal. Ini adalah jenis khunsa yang paling kerap berlaku. Individu ini adalah perempuan dan mempunyai rahim dan ovari. Dia tidak mempunyai testes. Genetiknya juga mengesahkan dia mempunyai  kromosom 46XX. Tetapi disebabkan clitoris yang berupa seperti penis, bayi ini mungkin dibesarkan sebagai lelaki jika tidak diperiksa dengan teliti okeh doktor. Clitoromegaly berlaku kerana semasa dalam keadaan janin lagi, terdapat paras androgen (hormone lelaki) yang tinggi yang merangsangkan pembesaran clitoris. Paras androgen yang tinggi ini biasanya disebabkan penyakit endokrin `Congenital Adrenal Hyperplasia’ (CAH) yang dialami oleh janin itu sendiri. Tetapi ada juga clitoromegaly yang disebabkan si wanita hamil mempunyai paras androgen yang tinggi disebabkan ubat-ubatan tertentu (anabolic steroid untuk sukan/bodybuilding) atau disebabkan mempunyai tumour yang menghasilkan androgen berlebihan.

2. Testicular feminization syndrome. Dari segi luaran, individu ini kelihatan seperti perempuan biasa. Dia mempunyai alat kelamin yang berupa perempuan dengan labia normal, clitoris normal dan lubang/salur faraj normal. Tetapi dia tidak ada haid kerana dia tidak mempunyai rahim atau ovari. Di sebaliknya, dia mempunyai testes yang terletak di dalam abdomen. Dia akan dibesarkan sebagai perempuan, dan hanya apabila dia tidak didatangani haid pada usia remaja, dia akan berjumpa dengan doctor. Apabila dilakukan ujian genetic, didapati dia mempunyai genetic lelaki iaitu kromosom 46XY.

3. Swyer Syndrome. Dari segi luaran, dia kelihatan seperti perempuan biasa. Dia juga mempunyai salur faraj dan Rahim. Tetapi tidak mempunyai ovari. Genetiknya adalah kromosom 46XY (lelaki).

4. Masalah genetik/kromosom seperti Klinefelter’s syndrome (47 XXY) dan Turner’s syndrome (45X0).

5. Ovotesticular disorder of sex development atau ‘True hermaphroditism’. Keadaan yang sangat, sangat, sangat,sangat jarang berlaku, dimana individu ini mempunyai kedua-dua ovari dan testes, dah alat kelamin boleh menyerupai lelaki ,perempaun atau campuran kedua-duanya. Ada yang mempunyai rahim, ada yang tidak. Kebanyakkan individu ini mempunyai kromosom perempuan 46XX, tetapi dengan ada juga sejenis kromosom Y.


Kalau anda lihat di gambar ke-2 di bawah, ia menunjukkan banyak kesamaan diantara alat kelamin perempuan dan lelaki, yang mungkin kita tidak perasan selama ini. 

Di dalam drama Khun:Sa, saya syak watak Che Khun adalah khunsa jenis clitoromegaly, tetapi keadaannya bertambah rumit apabila ayahnya membawanya untuk melakukan pembedahan terhadap kemaluannya supaya dia lebih berupa lelaki.


Semoga kisah Che Khun ini hanya berlaku pada waktu dahulu, dan tidak lagi berlaku pada zaman sekarang di mana kebanyakkan bayi dilahirkan di hospital dan diperiksa oleh pengamal perubatan yang bertauliah.


PS. ‘Wanita tanpa rahim’ atau Meyer-Rokitansky-Kusyer-Hauser syndrome, bukan khunsa. Syndrome ini memang berlaku pada perempuan sahaja. Tiada unsur lelaki langsung.

kredit  yang empunya post Anna Liza Roslani FB profile SINI


till then, see ya