Assalamualaikum
Konon minggu nie tak nak keluar rumah.
Nak golek golek je kat rumah.
Tetap keluar juga. Hihihi.
Jumpa mak bapak dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Mak bapak dari petang semalam dah ada di sini.
Menghadiri Kursus Perdana Haji.
Naik bas daripada Sungai Besar, Selangor.
Jemaah haji bawah kelolaan TH Sg Besar, semua naik bas yang sama.
Ada 2 buah bas.
Jadi hari nie, sebelum mak bapak balik.
Kita pergi lah Masjid, jumpa mak bapak.
Selfie sikit dengan mak dalam masjid.
Tak lama tu, adik yang duduk Shah Alam tu pun sampai.
Anak kecik kecik, lambat sikit lah.. Hihihi.
Dalam 12.30 tgh hari macam tu, bas dah sampai.
Kami pun escort lah mak bapak sampai naik bas.
Sempat amik gambar bapak yang nie je.
Moga mak bapak diberi kesihatan sepanjang menunaikan haji nanti.
Bahang bahang musim haji nie dah terasa.
Iyan dah kalut, ajak papa dia naik bas sekali.
Wak Amat (abang bapak) dengan isteri Wak Yati.
Alhamdulillah, sama sama terpilih untuk musim haji kali nie.
Dapat 1 flight, dapat 1 bilik.
Alhamdulillah, moga dipermudah segala urusan mereka. Aamin2.
Dari kiri - Icha, Esah, Mueez, Meera
Meera dan Icha.
Kesian Icha, aunty kedai rambut potong rambut Icha ala ala anak cina.
Diorang kan suka potong pendek macam tu.
Terus nampak macam tomboi.
Pemandangan Masjid yang sempat diambil.
Selepas bas dah bergerak.
Hala tuju selepas tu, ke Aeon Shah Alam.
Makan makan dulu.
Sambil nak tukar baju dekat BO outlet, minggu lepas linda mai sini juga.
Nanti cerita lain nah. Hahaha.
Musa, the youngest dalam MiswanClans.
Kitorang makan dekat Food court atas sekali.
Time makan makan takde gambar.
Kalut aihhh.
Setel makan, masing masing balik sarang.
Linda ngan suami singgah Lotus Rawang, beli barang dapur sekali.
Balik rumah, angkat angkat masuk rumah.
Ke tingkat 3 pula, menyantuni rumah yanh buat open house.
Dah jemput face to face dekat lif masa linda nak keluar pagi tadi.
Segan pula kalau tak tunjuk muka.
Lepas maghrib pula, hanta terus teman abang Mu'az main badminton ngan kawan kawan dekat Selayang Mall.
Adoi,dah beso anak linda.
Till then, see ya.
Alhamdulilah.. Terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur kelak.
ReplyDeleteAlhamdulillah...aamin2x...
Deleteterima kasih atas doanya
Semoga dipermudah urusan mereka untuk menunaikan ibadah haji
ReplyDeleteaamin2x...terima kasih wak
DeletePacked betul jadual Linda...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Haji mak ayah & pakcik Makcik Linda... Akk dulu sebilik dgn strangers tapi alhamdulillah boleh get along sbb semua geng Kedah :D
penat betul..hahaha...baru nak golek2x, terus tak jadi tau.. hahaha
Deletewah, alhamdulillah..dah Hajjah rupanya..seronoknya dapa pergi masa muda2
Alhamdulillah..Semoga mak & Bapak linda sentiasa sihat waktu dekat sana nnt...Packed jgk aktiviti golek2 x jadi weekend tu ye =D
ReplyDeleteAlhamdulillah....selepas rayuan 2 tahun tunggu.
Deleteaamin2..terima kasih atas doanya...tulah, tak jadi bergolek2 lah
wahh penuh aktiviti linda tu...anyway, Allahumma yassir utk semua yg mendapat peluang terpilih mengerjakan haji thn ni..
ReplyDeleteAamin2...terima kasih atas doanya
Deletesmoga urusan menunaikan haji mak ayah linda dipermudahkan nanti
ReplyDeleteAamin2x...terima kasih kak
DeleteSemoga diberi kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan dan pulang dengan haji yg mabrur, Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteAamin YRA...
Deleteterima kasih kak
Seronoknya Allah dah panggil untuk menunaikan haji....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteWah! Berita baik! Tumpang gumbira!
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Done baca.. Tahniah uncle
Deletewaahhhh seronoknya terpilih & dpt pulak 1 bilik dgn org yg kita kenal.. moga dipermudahkan segala urusan ibadah & moga selamat pergi dan kembali aminnnn
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dpt panggilan haji dan ad org yg dikenali..
DeleteAamin2x.. Terima kasih ataa doanya..
Akak ada tengok, masuk berita kursus haji perdana ni, DYMM Sultan Selangor ada merasmikan, kan. Semoga mak bapak Linda selamat pergi, dan selamat balik menunaikan haji. Manis Linda ni, ada lesung pipit. :)
ReplyDeleteA ah... Sultan Selangor mai rasmi... Aamin2, terima kasih atas doanya kak..
DeleteAlahai, malu kita.. Pipi tembun tuh... Kikiki.. Kaknur pun ad lesung pipit kalau tak silap..
Semoga dieprmudahkan ibadah haji mak and bapak...semoga terus sihat..sebulan nanti kat sana kan..
ReplyDeleteAamin2.a ah kak.. 46 hr gitu lah
DeleteKursus haji perdana.. moga dipermudahkan segala urusan utk pergi haji.. tak apa la ke Masjid Negeri jer.. boleh bawa anak2 jenjalan sikit..
ReplyDeleteItulah... Kalau tak, kita lalu je depan masjid tu..
DeleteAlhamdulillah, semoga dipermudahkan semua urusan dgn penuh keberkahanNYA. seronok dapat bersama ahli keluarga sambil cuci mata.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Aamin2
DeleteKalau dah dijemput F2F memang kena pergi lah tu... segan juga kan kalau orang betul-betul ajak kita tak datang. Tambahan ada masa terluang.
ReplyDeleteitulah...lagipun, rumah bawah je...bukan nya jauh sangat pun.
Delete