Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, April 6, 2025

.: CERITA PUASA :.

Assalammualaikum 

Sambil layan jam sikit sikit nie.
Meh up stori 23.03.2025 ritu.
Lambat betul up ceritanya.

Ahad tu, incikSuami ajak berbuka puasa dekat Melaka.
Jauh nak p buka puasa.
Niat incikSuami nak belanja kawan-kawan yang baik masa tengah aktif group kete wira dia dulu.

Awal kami sampai,jadi melepak dalam aeon mall bandar sat.
Ramai orang shopping.
Kami, shopping dekat kaison..kikiki

Keluar dari aeon, jalan kaki pula ke seberang jalan.
Masuk ke semua kedai emas yang ada..kikiki
Niat nak trade in barang, tapi takde yg berkenan.

Nie wefie dekat kedai emas yang ke empat.

Siap ada dekorasi raya lagi.
Masuk kedai kena buka kasut, tu yg boleh duduk bersila.

Disebabkan dah takde yang berkenan, jadi kita terus je lah ke tempat nak berbuka puasa tu.
Nasi Arab Pakistan Bachang

Dah siap hidang makanannya.

Nasi Arab.
Sebab tak tau nak order apa.
Kita order set nasi arab je.

Satu gambar abang Mu'az.

Wefie dengan kawan incikSuami.
Tapi, ngam je..
Boleh je masuk 1 kepala.

Kak M pun nak masuk frame.

Bab makanan, Alhamdulillah ok je.
Ada order pizza juga, tapi lupa amik gambar.
Pizza sedap, boleh repeat lah untuk makan pizza je nanti.. Kikiki

Alhamdulillah, Lepas niat incikSuami nak belanja kengkawan dia buka puasa. 
Malam tu juga balik Selayang, pukul 12malam baru sampai. 
Naseb baik linda co pilot je.. Kikiki

Till then, see ya. 

Saturday, April 5, 2025

.: PEMANDANGAN DI WCE :.

Assalamualaikum 

Subhanallah, Maha suci Allah. 
Lalu WCE nie, memang tak jemu. 
Pemandangan yang memukau. 
Tak puas dipandang. 

Langit terbentang luas

Pemandangan berbukit bukau. 
Awan bersembunyi di balik bukit. 

Pelbagai rupa dan bentuk. 

Ciptaan Allah yang tiada cacat celanya. 

Hat nie nampak terapung je. 
Sungguh besar kekuasaan Allah, menciptakan segala macam di dunia dan angkasa. 

Macam lukisan. 
Memang tak jemu mata memandang. 

Bila lalu WCE, memang akan snap gambar awan gemawan nie. 
Lepas tu, pening, memory full. 
Jadi kita abadikan dalam blog je lah.
Bila bila boleh scroll semula blog. 

Till then, see ya. 

Friday, April 4, 2025

.: PETANG SYAWAL KE 5 :.

Assalamualaikum 

6.30 petang, dah atas highway kita. 


Inikan raya. 
Semoga selamat perjalanan kami. Aamin.

Till then, see ya. 

Thursday, April 3, 2025

.: DUIT RAYA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, duit raya from bapak.
seingat ingat nya, memang tak pernah dapat duit raya dari bapak sejak kecil sampai besar. kikiki

yelah, dulu-dulu kan bukan orang senang.
jadi bapak dah prepare semua barang-barang untuk raya pun dah seronok
takdelah, pagi raya dapat duit raya.
tapi, bersalam salaman itu wajib, acara pagi raya.

nie kisah nya, bapak dok bagi duit raya dekat cucu yang balik raya lambat (anak linda lah tu). hihihi
dengan linda sekali beratur minta duit raya dekat bapak.
dan itu lah hasilnya, dapat duit raya.
memang nak simpan lah jawabnya.

incikSuami pun tak bagi duit raya dekat linda sepanjang kawen.
kita pun takde lah minta, kalau orang bagi, kita amik lah kan.
kang jadi sebab pulak "sepanjang kawen tak pernah dapat duit raya"
aisehh, terasa mak.. hahaha

apa pun, janji makan pakai, nafkah cukup.
Alhamdulillah.

till then, see ya.

.: GOODIES BAG HARI RAYA :.

Assalamualaikum

ingat tak kat SINI, linda ada share nak bagi goodies bag dekat cleaner asrama
tak banyak pun linda bagi.
simple je.
naseb tak beli barang banyak juga, rupanya beg nya comel je. kikiki
beli dekat ECO beg nya, ingatkan dalam lah juga, rupanya pendek je.

nampak penuh

isi dalam nya.
minyak masak 1KG sebotol
biskut hupseng sayur sepeket
cornflakes sebalang comel
sebungkus nasi impit yang mini size tu

moga ada rezeki lebih lagi, nanti boleh share lagi.
insya-Allah, Aamin.

ada geng dah naik kerja ke?
linda kerja hari nie dengan esok.
alang-alang kerja, puasa je lah terus.

till then, see ya.

Tuesday, April 1, 2025

.: GAMBAR RAYA PEJABAT :.

Assalamualaikum.

Sementara tunggu mood nak up gambar raya.
Linda up dulu lah apa yang ada dalam draf nie. Hihihi

Macam biasa lah, kalau geng2 ofis mesti ada photoshoot unit masing masing.
Seminggu sebelum raya hari tu, ada photoshoot unit pentadbiran.
Cc(chief clerk) dah maklum awal dalam wassap group.
Tapinya, kita nie kebiasaan dah pakai uniform.
Bangun pagi terus sarung uniform jelah.
Jadi gambar raya, beruniform pink lah kita.

Geng gegirl admin.
Geng uniform pink 2 ketoi nie.
Menderhaka sungguh. Hahaha.

Team admin Hosp Selayang.
Yang duduk depan, baju purple tu, kitorang punya boss lah selepas pengarah.
Puan Diyana, tegas tapi baik orangnya, boleh bawa bincang, boleh terima pendapat orang bawahan, boleh kawtim selagi tak melanggar peraturan dan etika penjawat awam.
Yang berbaju melayu lengkap tu pulak, boss kecik, Haji Halizan, pun baik orangnya..nie lagi boleh kawtim sangat sangat.
Minta sign dokumen pun, dia tak baca, sign je..hahaha..
Kira dia percaya lah dekat anak buah nya, tapi jgn sesekali buat jahat lah, memang kena lah nanti.
Yang hujung hujung tu, Cc kitorang lah.

Yang belakang belakang tu, geng geng pelaksana lah.
Terdiri dari yang uruskan pentadbiran hospital, operator hospital, yang jaga stor barang barang hospital dan yang jaga penginapan asrama serta kuarters.
Masing masing ada peranan masing masing, baru lah urusan berjalan lancar.
Jadi jangan lah nak dengki mendengki.
Ada masa kerja kita senang, ada masa kerja kita susah.

Apa yang penting, KERJASAMA.

Till then, see ya.

.: JALAN-JALAN RAYA :.

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Amin. 

Jom spill gambar raya pertama kita.

Ziarah kubur arwah FIL dekat kg Titi Serong,Perak.

Satu dengan anak dara nie.
Tahun nie baju sama corak, tudung pun sama.
Sekali sekala nak sama.

tahun nie turn raya rumah mertua.
Dengan MIL dan SIL
SIL kita single lagi.

Dengan anak-anak sekali.

Sampai kampung.
Wefie dulu reramai.
Penuh frame.

Naseb baik ad sepupu dah boleh harap.
Boleh lah minta ambilkan gambar couple sat.

Susah nak dapat gambar 4 beradik nie.
Harus lah di abadikan dalam blog.

Ramai-ramai lagi dekat tangga.

Maka, habislah raya pertama linda.
Alhamdulillah, dapat bertemu saudara mara.

Till then, see ya.