Lovvu Dobbu

Event Ticker

Monday, April 1, 2024

. : MISSION COMPLETE :.

Assalamualaikum 

Cerita hari sabtu lepas, kan kitorang sefamily pergi aeon Melaka. 
Gtaw incikSuami "kang sampai, terus carik parking kat atas, bawah confirm penuh" 

Sekali, amik ko, atas pun penuh.. Hahaha
Memang nak raya nie.. 
Diorg nie datang tolong bukak mall ke??

Last, park dekat depan pintu masuk
Takde petak parkir sini, tapi luas.. 
Tak halang kenderaan nak keluar.. 
Memula ad kete Linda je, sekali ada lagi 2 bijik yang folo... 😂😂

Motif sebenar, nak masuk Aeon tu
Nak tengok-tengok handbag baru, sebab kt Selayang Mall ritu, takde banyak choice.. 

Eh, ada hari keselamatan lah bersama bomba, patut lah ad bomba masak bubur lambuk kat luar dengan staf Aeon tadi.. 
Siap ada persembahan lagi.. 
Menengok lah orang menari, kuranglah pahala pose hari tu.. Tengok2 benda2 lagho..
 
Yeay, dapat dah yang berkenan.. 
Setelah memusing banyak kali.. 
Dia jadi tak tahu nak pilih mana satu.. 
Boleh dah buang beg yang dah tinggal sipi2 je nak terputus... Kikiki

Sesambil tunggu kids round dulu naik ketapi.. 
Kitorg wefie lah dulu.. 

Last punya list
Kak M pun nak jugak beg... 
Kalut je anak dara tu.. 
Padahal bukan lah keluar bawak2 beg pun.. 

So, mission complete lah.. 
Sebab nak carik handbag je.. 
Barang2 lain semua dah siap beli awal lagi.. 
Alhamdulillah.. 

Till then, see ya

Sunday, March 31, 2024

. : BERBUKA 19 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Penatnya semalam, tak dan nak up entry... Kikiki
Keluar rumah dari sebelum zohor sampai 10 malam... 
Saja meramaikan umat yang sibuk membeli belah hari raya... 
Plus, cadangan berbuka di luar... 
Hari pertama linda sekeluarga berbuka kat luar.. 

Kak M tahan pose sehari, sebab berjalan dalam mall.. 
Jadi, tak sempat nak rase lapar, plus sahur tak bangun pulak.. Jenuh kejut. 

Suasana
Berbuka puasa di foodcourt Mydin Ayer Keroh... 
Sampai Mydin pkul 5ptg,Linda dah suruh incikSuami chup tempat.. Hahaha
Linda p beli barang dapur sikit-sikit

Mikir apa abang oii.. 
Baju-baju raya semua syg dah setelkan.. Hahaha

Dekat 6.15 petang
Baru Linda decide nak makan nasi kandar
Perghh, dia punya beratur.. 
Tapi, ku gigihkan jugak.. 
Ngidam anak tekak derrr... 
Tp, nasi kandar nie, bulan tak puasa pun beratur.. 

Akhirnya smpai pun kat kaunter makanan

Fuhhh... 
Pekat likat... 
Lama dah weyh teringin nak makan
Sedap tara mana tu, tak tau lah
Tapi, bagi Linda ok lah kat kedai nie.. 
Kat belah luar foodcourt Mydin Ayer Keroh, Melaka.. 
Satu lagi, dekat Nasi Lemak Royale, area bandar lama.. 

Owh linda amik lauk, ayam goreng + bendi(dpt 2 ketul) + kobis goreng + jelata timun = RM10.60
Ok je lah harga dia.. standard lah tu

Alhamdulillah, lepas nie tak buka kat luar dah.. 
Kekanak nie, dak duduk ngadap makanan, dia jadi terus nak makan.. 
Stress ibu.. Hahaha

Till then, see ya

 

Saturday, March 30, 2024

.: TEROWONG SMART PENYELAMAT :.

Assalamualaikum

cerita semalam, lepas ambik mu'az, mueez dan kak M balik sekolah
terus lajak p Selayang Mall, masuk Aeon jap dalam tu
saja lah nak membelek2 seluar jeans buat 2 hero tu

ayah dia bising dah ke mana mana asyik lah pakai seluar treksuit 
ayah dia kabo hat lu lah p sekolah, hat tulah p main, hat tulah p jalan.. hahaha
yang sulung tu, dah kena bawak p kedai, tunjuk dan test
tak nak dah yang ibu dia pilihkan..
kalau treksuit dia ok

jadi nie lah hasil nya
abangMu'az 2 helai
abangMueez sehelai
kakM sehelai skirt labuh

boleh lah pakai raya
kak M tu kalut je, padahal baju dia banyak dah beli
geram betul ibu

petang, habis kerja, plan nak zuppp terus balik Melaka
sebab incikSuami daripada isnin memang dah bertapa dekat Melaka
ada final temuduga dengan CO, patutnya semalam, Jumaat
tapi tangguh plak ke hari Isnin
so, incikSuami decide, dia malas nk balik Selayang, nanti Isnin nak kena gerak Melaka lagi
hari Selasa 2hb tu dia dah lapor kursus dekat PERHEBAT pulak

jadi, Linda pun decide untuk balik Melaka lah
boleh lah round2 cuci mata dekat Aeon Melaka pulak..hahha
berbuka kat luar sekali la

tapi nya, benda alah nie bikin geram pulak
menatang nie fungsi dia detect angin dalam tayar
so, kalau angin tak cukup, kita boleh tau lah
masa nie lah, dia nak berkelip-kelip angin tak ckup, yang number 1.6 Bar tu
Linda nie dah la trauma dengan pam tayar dekat stesen minyak
sebab pernah sekali tu, pam-pam angin, tak masuk-masuk pun
habis dia sedut keluar semua angin ada lah 
kelepet tayar, padahal sebelum-sebelum tu guna elok je

selesai pam tayar dan isi minyak
terus gerak
udah terlambat, jalan udah jammed
nie baru dekat Bulatan Batu caves, Selayang
dekat depan Sogo tu mesti lagi jammed sampai tol sg besi
so, on Waze, tgok mana jalan dia bawak

waze bawak ikot jalan tun Razak, lalu depan tasik titiwangsa, hkl, ijn
eh, tak jammed teruk macam depan SOGO lah pulak
padahal tu kan macam pusat bandar jugak
waze bawak masuk ikot terowong SMART
jujur cakap, pertama kali nie lalu terowong SMART tu
disebabkan Linda yang drive, memang xd lah gambar nya
lalu bawah terowong tu, terus berterima kasih dekat Tun M, walaupun nampak beliau macam kejam (sebab dia naik semula jadi PM lah kolej tempat Linda bekerja diintegrasikan, bahasa kasar ditutup)
tapi, banyak permodenan yang dia bawak ke Malaysia
yelah PM yang paling lama berkhidmat kan

keluar-keluar terowong SMART tu, terus sampai dekat depan bekas lapangan terbang TUDM Sg Besi.
fuhh, lega banyak..
tinggal nak hadap jammed sikit je nak sampaikan ke tol sg Besi.
tapi, bertabah lah pulak
lepas tol nak masuk highway tu...berkicap
hahaha
jadi kita berbuka dalam kereta je, dah spare air dan roti
Alhamdulillah sampai rumah Melaka pkul 9 malam, daripada 5.30 ptg tu

siap mandi, solat semua
Linda ajak inciksuami makan Kuewtiow celup
lama sangat tak makan

habis makan, ajak incikSuami meronda bandar Melaka
nanti rindu nak ronda malam-malam dekat bandarMelaka
nie je lah gambo yang amik
henset kak M dah jadikan hak milik sementara

meriah bazar Raya tahun nie
dekat bandar lama pun ada banyak khemah
dekat Klebang macam biasa lah banyak
nak berenti, jalan-jalan, malas pulak
sebab kekanak nie mesti malas nk berjalan
nak-nak abangMu'az ngan abangMueez dah tido
takpelah dapat tengok khemah dan lampu pun, puas hati dah...kikiki

till then, see ya


p/s - fuhh, pnjg pulak entri nya...kikiki


Friday, March 29, 2024

.: TOL PERCUMA :.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, untuk yang nak pulang ke Utara @ Selatan tanah air memang bersyukur lah kalau diberikan tol percuma nie

walaupun kali nie diibaratkan sehala je (sebab sebelum raya je)
tapi, dah jimat banyak jugak tu
imagine yang dari Johor nak balik Perlis, tol almost rm200 jugak
jadi boleh lah guna duit tu buat topup duit minyak kete kan


walaubagaimanapun

Tol percuma sempena Hari Raya diberikan selama 2 hari, pada hari Isnin (8 April) dan Selasa (9 April) sahaja. Ia juga percuma untuk pengguna kelas 1 sahaja iaitu kenderaan persendirian dengan 2 gandar serta 3 atau 4 tayar. Bermakna, teksi, lori dan bas perlu membayar tol seperti biasa pada 2 hari ini.

Sama seperti sebelum ini, tol percuma ini tidak melibatkan plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta untuk memberikan tol percuma ini.

jadinya..
semua tol-tol yang kecik-kecik pun free lah
WCE pun free lah
tapi, Linda nak guna WCE masa raya ke 3, free laluan Beruas-Changkat Jering je lah ye
Alhamdulillah, rezeki jugak tu

semoga baki Ramadhan yang tinggal 12 hari nie, dapat kita manfaat kan dengan merebut peluang untuk melakukan amal kebaikan..aamin2x

till then, see ya 

Thursday, March 28, 2024

. : BERBUKA 17 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka tadi - 17 Ramadhan

Sayur campak2, Linda makan sorang je
Ayam perap dan bako dalam AF
Buat sup kosong untuk anak2
Goreng pisang + goreng sosej
 
Dah snap gambar, baru perasan sosej tinggal seketui jaaa... Hahaha
Nie dah berbuka, tu yang nampak tangan memasing dah makan.. 

Alhamdulillah, rezeki hari ini.. 
Esok fikir lain.. 
Sebab lauk basah dah habis dalam peti tu
Td, malas betul nak keluar.. Padahal cuti kan

Konon nak buat kuih raya nie, tapi bahan tak beli pun lagi... 
Adudu... 
Kene seru mood nie.. 

Till then, see ya

 

. : BERBUKA 16 RAMADHAN :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka simple bila incikSuami takde... Kikiki
Mudah kerja ibu... 
Anak2 telan je ibu masak apa... 

Spageti tradisional. 
Kena kuah merah.. 
Kuah putih kak M je yang berkenan.. 
Dengan pisang goreng.. 
Sempat goreng yang tu je.. 

Tiba2 cleaner opis telefon, kata nya bilik Doktor On call (DOC) terkunci... 
Haisyh, naseb lah duduk kuarters dalam hospital, menapak lah kita untuk bukak pintu nya.. 

Memang namanya penyelia asrama kan.. 
Kalau bilik penghuni, tak layan dah nie.. 
Bilik DOC, terpaksa lah..
Mungkin salah linda kot yang pegi kunci, biasa lah, pencucian buat ptg2, bulan puasa pulak.. 
Otak dah nenong... Hahaha

Insya-Allah, semoga dapat menutupi lompong2 selama 11 tahun bekerja nie... Aamin

Till then, see ya

 

. : 17 RAMADHAN 1445H :.

Assalamualaikum 

Semoga Ramadhan kali ini membWa keberkatan.. 

Salam Nuzul Quran


Marilah kita berebut2 melakukan amal kebaikan di beberapa hari lagi di bulan Ramadhan... 

Till then, see ya