lovvu Dobbu

Saturday, March 30, 2024

.: TEROWONG SMART PENYELAMAT :.

Assalamualaikum

cerita semalam, lepas ambik mu'az, mueez dan kak M balik sekolah
terus lajak p Selayang Mall, masuk Aeon jap dalam tu
saja lah nak membelek2 seluar jeans buat 2 hero tu

ayah dia bising dah ke mana mana asyik lah pakai seluar treksuit 
ayah dia kabo hat lu lah p sekolah, hat tulah p main, hat tulah p jalan.. hahaha
yang sulung tu, dah kena bawak p kedai, tunjuk dan test
tak nak dah yang ibu dia pilihkan..
kalau treksuit dia ok

jadi nie lah hasil nya
abangMu'az 2 helai
abangMueez sehelai
kakM sehelai skirt labuh

boleh lah pakai raya
kak M tu kalut je, padahal baju dia banyak dah beli
geram betul ibu

petang, habis kerja, plan nak zuppp terus balik Melaka
sebab incikSuami daripada isnin memang dah bertapa dekat Melaka
ada final temuduga dengan CO, patutnya semalam, Jumaat
tapi tangguh plak ke hari Isnin
so, incikSuami decide, dia malas nk balik Selayang, nanti Isnin nak kena gerak Melaka lagi
hari Selasa 2hb tu dia dah lapor kursus dekat PERHEBAT pulak

jadi, Linda pun decide untuk balik Melaka lah
boleh lah round2 cuci mata dekat Aeon Melaka pulak..hahha
berbuka kat luar sekali la

tapi nya, benda alah nie bikin geram pulak
menatang nie fungsi dia detect angin dalam tayar
so, kalau angin tak cukup, kita boleh tau lah
masa nie lah, dia nak berkelip-kelip angin tak ckup, yang number 1.6 Bar tu
Linda nie dah la trauma dengan pam tayar dekat stesen minyak
sebab pernah sekali tu, pam-pam angin, tak masuk-masuk pun
habis dia sedut keluar semua angin ada lah 
kelepet tayar, padahal sebelum-sebelum tu guna elok je

selesai pam tayar dan isi minyak
terus gerak
udah terlambat, jalan udah jammed
nie baru dekat Bulatan Batu caves, Selayang
dekat depan Sogo tu mesti lagi jammed sampai tol sg besi
so, on Waze, tgok mana jalan dia bawak

waze bawak ikot jalan tun Razak, lalu depan tasik titiwangsa, hkl, ijn
eh, tak jammed teruk macam depan SOGO lah pulak
padahal tu kan macam pusat bandar jugak
waze bawak masuk ikot terowong SMART
jujur cakap, pertama kali nie lalu terowong SMART tu
disebabkan Linda yang drive, memang xd lah gambar nya
lalu bawah terowong tu, terus berterima kasih dekat Tun M, walaupun nampak beliau macam kejam (sebab dia naik semula jadi PM lah kolej tempat Linda bekerja diintegrasikan, bahasa kasar ditutup)
tapi, banyak permodenan yang dia bawak ke Malaysia
yelah PM yang paling lama berkhidmat kan

keluar-keluar terowong SMART tu, terus sampai dekat depan bekas lapangan terbang TUDM Sg Besi.
fuhh, lega banyak..
tinggal nak hadap jammed sikit je nak sampaikan ke tol sg Besi.
tapi, bertabah lah pulak
lepas tol nak masuk highway tu...berkicap
hahaha
jadi kita berbuka dalam kereta je, dah spare air dan roti
Alhamdulillah sampai rumah Melaka pkul 9 malam, daripada 5.30 ptg tu

siap mandi, solat semua
Linda ajak inciksuami makan Kuewtiow celup
lama sangat tak makan

habis makan, ajak incikSuami meronda bandar Melaka
nanti rindu nak ronda malam-malam dekat bandarMelaka
nie je lah gambo yang amik
henset kak M dah jadikan hak milik sementara

meriah bazar Raya tahun nie
dekat bandar lama pun ada banyak khemah
dekat Klebang macam biasa lah banyak
nak berenti, jalan-jalan, malas pulak
sebab kekanak nie mesti malas nk berjalan
nak-nak abangMu'az ngan abangMueez dah tido
takpelah dapat tengok khemah dan lampu pun, puas hati dah...kikiki

till then, see ya


p/s - fuhh, pnjg pulak entri nya...kikiki


18 comments:

  1. Tak boleh dinafikan Tun M mmg byk juga berjasa pada rakyat.. seronok boleh pi jenjalan di Melaka di bulan puasa nie.. Gerak waktu puasa ni kena standby air dan makanan dlm kete klau tak telan air liur je la time berbuka hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu... Nak berhenti, malas pulak..

      Delete
    2. Lagi lagi dlm kete ada anak kecik.. haishhh

      Delete
    3. yang nie betul sangat...satu, nak cepat jadi lambat.. dua, modal nya terlebih bajet nanti...hahaha

      Delete
  2. Selamat datang ke Melaka. Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. 😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Lagi2 kalau memanjat atas bukit tuh.. Alahai, lupa pulak namanya

      Delete
  3. Wah shoping..pasti ada yang murah..nampak perkongsian sekitar Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg murah selalunya baju emak sahaja... Baju anak2 dan suami, susah nk cari yang murah... Hihihi.

      Delete
  4. Seronok dapat ke pangkuan suami. Alhamdulilah.. Time ni nak manjah....hehe.....jalan sana sini jam bulan puasa ni....nasib baik waze bawa ke jalan yang kurang jam ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang jam, tp jauh sikitlah... Elok sgt, dr nak tempuh jem, linda kalah betul dengan jem.. Kikiki

      Delete
  5. Weekend ni byk jalan jem, sbb org keluar cari keperluan raya agaknya. Dgn payday nya lagi, meriah la mana² tempat pun...
    Dlm Selayang Mall ada Aeon ye? Tak pernah ke SM huhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Lgpun hr jumaat kan, mmg ramai yang keluar KL...
      A ah, dalam SM ada aeon... Tp, harga barang2 dapur mcm mahal sikit lah...

      Delete
  6. Oh kampung kakak di Melaka yaaa... Sukaaa sangat saya dengan Melaka. Nanti nak balik kesana tapi dengan suami. Dia blm pernah ke Melaka. Kemarin tuh tak puas rasanya ke Melaka hanya 3 malam, masih kurang 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Melaka, tempat suami bekerja... Kampung nya kami di Perak..

      Delete
  7. semakin ramai pengguan jalan raya....jammed la jawapnya...nak buat macam mana kan..

    ReplyDelete
  8. wahhh siap berbukak dlm keta yer...menarik jugak tu hehehhehe

    ReplyDelete