lovvu Dobbu

Friday, December 20, 2024

. : MUZIUM NEGARA PART 4 :.

Assalamualaikum.. 

Sambung lagi cerita ke Muzium Negara hari tu.. 
Tak habis lagi ye.. Hihihi.. 

Habis round main building, ke pameran animasi pula.. Lepas tu terus ke pameran muzik.. 

Ingat nak balik, keluar ke tempat parkir kereta, ehh.. Ada lagi lah muzium kecik dekat luar nie. 

Jom lah masuk, alang-alang dah sampai. 
Nie tiket kena bayar lagi. 
Rate sama juga RM2 je. 

Muzium Etnologi Dunia Melayu


[ét.no.lo.gi] | ايتنولوݢي

Definisi : (étnologi) cabang antropologi yg mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dgn yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Owh baru faham dengan tepat maksud Etnologi, lepas masuk dalam muzium tu, dapat dah gambarannya. 
Tapi, tak tau nak perincikan macam mana. 
So, kita tanya pakcik google lah. 

Muzium nie tak besar pun. 
Tapi, penuh dengan ilmu. 
Yang penting, sejuk.. Hihihi. 

Interframe dulu 

Masuk je pintu, disambut dengan nenek yang tengah menganyam tikar nie. 
Terkejut weyh. 

Hasil wau, kebanggaan Malaysia

Anak dara tengah main congkak. 
Dasyat betul congkak dia, mcm bot dah bentuk nya. 

Antara tarian tradisional Melayu.



Linda perasan Barongan nie dekat salah satu blogger indonesia.. 
Tak ingat pulak nama empunya blog nya.. 
Kenapa masuk dalam muzium nie? 

Sebab maksud etnologi tadi tu sendiri, cabang rumpun sesuatu etnik.. 

Kita kan dikenali dengan rumpun Melayu. 
Jadi itu lah antara cabang yang ada dalam rumpun/etnik Melayu tu. 

Jenis wayang kulit pula. 

Wayang kulit kelantan

Wayang kulit Jawa. 

Eh, iklan ubat batuk tu pakai watak wayang kulit jawa rupanya. 

Sebenarnya, banyak ilmu baru yang diperolehi. 
Tapi, tula tak tahu nak bergambar sangat.. 
Ok lah yang ada nie. 
Sebagai kenangan. 

Till then, see yaa. 

6 comments:

  1. Begitulah muzium,banyak cabang ilmu. Bukan sekadar mempamer bahan bersejarah sahaja. Ada ilmu budaya, warisan, seni, seni bina dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...macam-macam boleh tahu...kadang2 yang kita belajar masa sek tu, 1% je...hihihi

      Delete
  2. seronok... mcm2 dpt dilihat di muzium... moh ke muzium trg pula.. tp dlu muzium kami ni byk brg pameran.. tp bila ldy dh tua2 ni byk yg dibuangnya.. yg dibuang tu yg menyeramkan.. mgkin ade sesuatu di situ sb tu dibuang.. tp kwsn tu la ldy paling syg n suka pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah, ada rezeki linda sampai ke terengganu lagi...last di terengganu tahun 2011

      Delete
  3. memang byk betul gmbr kalau visit tmpt2 gini esp yg very informative :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam semua sudut nak snap...tapi, tula...tak cukup masa nanti, nak snap, nak baca lagi..nak tengok2 lagi...hihihi

      Delete