Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, September 3, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Selalu throwback ikut tarikh sama, tahun la lelain.
Tapi, kali ni, throwback nya semua tarikh 30 oGos.
Dulu² rajin up gambar dekat FB.
Sekarang, semua dalam blog je.

Masa ni, bapak sihat lagi.
Boleh nak ikut jalan².
Sekarang, bapak banyak kirim salam je, sebab bapak tak larat nak duduk lama² dalam kereta.
Semoga bapak terus sihat, walaupun tak dapat nak ikut jalan².

Alahai, zaman 3 beradik kecil lagi.
Kak M umur sebulan.
Masa kecik, helok je semua nak masuk gambar.
Dah besar, susah betul ajak bergambar.

Anak dara sorang.
Baju dia masa baby², Linda beli bundle je.
Buat pakai harian, ke rumah pengasuh semua.
Nak cari baju gegirl² sikit.
Kalau pakai baju abang² je, memang orang kata boi la.

GengbasUMT.
Sekarang dah jadi pegawai kastam gred 9, dan alhamdulillah, dah dapat pindah ke Melaka juga.
Kalau tak, dia pun PJJ juga, first posting untuk gred 9.

Eh, dari dulu lagi rupanya incikSuami rajin membantu di dapur.
Sebab Linda tak strict sangat hal² dapur ni, so tak kisah pun incikSuami nak tolong.
Ada sesetengah orang kan, carrot pun ada cara potong nya.
Eh, Linda tak kisah pun la, potong la cemana gaya pun, ke perut juga duduk nya.
Lepas tu, ke STP(mainhole) juga lepas tu. Hahaha.
Tak reti nak lawa², plating² bagai.

Zaman anak² masih nak melawa² bila sambut merdeka.
Sekarang, memang t-shirt sekolah je lah pilihan utama.
Takde dah nak ikut tema bagai, Kikiki.
 Sekejap je kak M dah besar.
Baju pun kena dia pilih sendiri, tak boleh dah ibu suka² hati pilih.
Kena tanya dia dulu, berkenan ke tak.

Alhamdulillah, for the memories.
Moga banyak lagi momen indah yang bakal tercipta, aamin.

Till then, see ya.

16 comments:

  1. kenangan manis, frozen in time gitu bila tgk all the TB pics

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kadang tu, kita tunjuk dekat anak juga...zaman dia kecik²..

      Delete
  2. Seronok tengok gambar lama-lama sebab setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri

    ReplyDelete
  3. ammi pun dah jarang update apa2 di FB. Sekadar tengok apa yg org share, dan tiba-tiba 4 hari lepas baru tau kawan masa degree ammi dah meninggal. Dia meninggal 1/8 tapi 28 ke 29/8 baru suaminya update di FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, Linda pun just tengok perkembangan kawan² dekat FB.. IG pun scroll² juga.. kadang² post juga gambar sekeping dua..

      Delete
  4. Samalah kita, dah tak update sangat kat fb tu. Selalu update ig story link ke fb je. Kalau tidak, sendu je.
    Rindu kenangan lama. Anak-anak dah besar ni nak bergambar pun payah. Kalau bergambar, ikut trend tutup muka. hihi..macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pula rajin update dekat wasap, nanti auto share dekat story IG dengan FB.. tapi tula, caption tu, kadang² tak folo.. hahaha

      Delete
  5. Sama la kita lama dah tak up post kat FB. Memory pun Cie dah jarang tengok. Jarang buka dah pun FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda buka je FB hari².. tapi, takde update dah.. sebab masih ada je kawan2 yang update status dekat FB

      Delete
  6. Aaamiiin, semoga bapak kak Lin sehat terus yaaa. Dan suatu saat bisa ikut jalan2 lagi.

    Paling gemas saat lihat foto anak di masa kecil. Macam tak percaya mereka dah membesar sangat 😉.

    Duluuu anak sulung saya sering dikira boy 😂. Trus marahlah papinya, langsung diusia sebulan dia pasangkan anting supaya orang yg lihat bisa tahu ini girl lah 😂😂.

    Samaaaa kak. Sayapun suka2 je cara potong sayuran nih. Suka hati pokoknya 😅. Lagipula hanya utk dimakan sendiri, bukan untuk jamuan orang banyak 😂

    Anak sekarang beda memang. Mereka dah ada pilihan. Tak nak dipaksa utk pakai baju yg orangtuanya suka. Sayapun dah tak mau beli baju utk si kakak. Hrs dia yg pilih. Krn kalau saya pilih, nanti mubazir tak dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin YRA.. terima kasih atas doanya, Fanny.

      sekejap je masa berlalu, anak2 ada yang lagi tinggi darai ibu, ada yang hampir tinggi ibu.. hihihi

      kalau anak sulung kak linda pula, dikira girl, tapi bila kak linda panggil namanya, baru la ada dengar suara "la, lelaki rupanya".. hahaha

      Delete
  7. Cerita pasal baju bundle, masa Wafi baby akak ada belikan romper dan gaun untuk dia sebab yang bundle kainnya mostly elok². Zaman abang kakak mungkin masa tu takde baju bundle kanak² atau akak tak aware. Mungkin sebab itu juga Wafi suka pergi bundle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kakak abang takde bundle online berleluasa kot.. hihihi

      Delete