Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, September 2, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 4 :.

Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah family day BabyRuz kita.
Ahad, 9.8.2026 - lepas sarapan, jalan² dekat pantai.
Ambil angin, konon² nak keluar lepas subuh, ada la momen sunrise..
Udahnya sunrise dalam bilik je lah.. hahaha.

Selfie dengan ombak.
Alhamdulillah, dengar deruan ombak, tengok air rasa nak basah² je.
Tapi, malas, hahaha.
Kita jalan² je lah dekat pantai ni.

Abang Mueez main korek² pasir.
Nampak tak corak yang Linda tunjuk pakai anak panah tu?

Nah, Linda zoom.
Pasir tu jadi bulat² kecik yang comel..
Terus teringat kumbang najis tu.

So,Linda pun Google la imej tu.
Dapat la info mengenai ketam bola pasir @ sand bubbler crab.

Ketam bola pasir atau sand bubbler crab ialah sejenis ketam kecil yang menghasilkan bebola pasir di kawasan pantai semasa air surut. [1, 2, 3]
Fungsi Bebola Pasir
  • Menapis Makanan: Ketam mengaut pasir dan menapisnya di dalam mulut untuk menyerap zarah makanan atau nutrien organik yang kecil.
  • Membuang Sisa Pasir: Pasir yang sudah habis nutriennya akan digumpal menjadi bebola kecil sebelum diletakkan di atas tanah.
  • Corak Pantai: Taburan bebola pasir ini menghasilkan corak yang unik di atas permukaan pantai.

Habis jalan² dekat pantai.
Jom la balik resort, nk kemas² bilik.
Kemas beg. Sebab dedek Ngan kak M sambung mandi pool pagi tu.

Lepas tu pulang² kunci, siap² nak bergambar pula.

Eh, tau² incikSuami dah panjat tembok.
Bila ntah dia memanjat.

Jadi photog pun cucun cucun la orang ni.
Nak ambil gambar ramai² kan.
Meriah ramai² ni.

Next entry la Linda share gambar beramai² hari Chek out tu.. Kikiki.
Sebab dah upload gambar dekat entry lain.
Malas nak upload lain.

Till then, see ya.

1 comment:

  1. Saya ingat dulu banyak jumpa ketam kecil yg main di pasir pantai. Memang kecil2 sangat. Dulu pikirnya, itu anak kepiting, tapi ntah di mana induknya 😄. Baru tau sekarang nama dari hewan itu.

    ReplyDelete