Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, August 26, 2026

.: PRAC FAMILY DAY - PART 3 :.

Assalamualaikum.

sambungan family day PRAC.
lepas chek in, dalam pukul 3 petang tu, berkumpul semula dekat ruang tengah tu.
nak mulakan aktiviti fun fun.

ada aktiviti kids, baby.
linda tak ambil pun..
anak-anak linda takde yang nak join..
ala, aktiviti biasa-biasa je.
dedek dah jeling pool je.. hahaha.

so tiba la masa aktiviti couple.

ok, sebelum mula.
ambil gambar dulu.

husband n wife kena tutup mata.
wife kena suapkan biskut+whipcream dekat husband.
siapa cepat habis dia la memang.

masing-masing ambil tempat.
linda dengan incikSuami yang ada anak panah tu.

selepas habis aktiviti.
hahaha.. nasib baik la tak masuk lubang idong. 😂😂

sekejap je.. dalam pukul 5 dah selesai semua acara.
aktiviti takde yang hardcore pun.
semuanya santai-santai je.
sebab dengarnya, tahun lepas punya aktiviti buat dekat pantai, lepas tu ada tragedi terpeleot yang sangat dasyat, katanya sampai teralih juga tulang pinggul, wallahualam.
yela, dekat pantai kan.
macam linda dok terpeleot kaki dekat pantai ler.

habis aktiviti tu, santai-santai jelah.
anak-anak pun dah terjun dalam pool.

so, malam temanya baju tidur.
hari tu, ada share gambar blogger Rawiwa sekeluarga dengan baju Kuromi. dia gelak je.
linda follow je, malas nak beriya.
so incikSuami yang sediakan semuanya.
dan santai-santai je, tak fikir nak menang pun.

wefie sikit.

jadi, nie la tema baju tidur nya.
bole la.. bole la.
buat pakai dekat rumah.
dedek dengan kak M dah banyak kali ulang bajunya linda tengok.
video call la.. sebab dah 2 kali weekend tak balik rumah ni.

Alhamdulillah, selesai event nya.
tapi, ada lagi tau entry nya.
tak habis lagi ni.
sebab belum chek out. hihihi.

till then, see ya.

15 comments:

  1. lawa la tema baju tidur sedondon family linda tu!

    ReplyDelete
  2. Hahaha... mesti macam2 kenangan manis yang tertinggal dalam ingatan kan?

    ReplyDelete
  3. macam best pulak pakai baju tidur sedondon..comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala sedondon.. selalu time raya je..kikiki

      Delete
  4. best jugak tema baju tidur.. boleh tiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. tema yang paling mudah.. kalau team gegirl je.. boleh pakai kaftan.. hihihi

      Delete
  5. Yang jadi mangsa comot-comot tu biar inciksuami lah eh 😁
    Mujur pakai baju tidur je takyah buat persembahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena buat persembahan, mau sampai esok subuh tak siap lagi..

      Delete
  6. Baguslah aktiviti santai dan tenang-tenang je. Risau juga kalau hardcore sangat akan ada sejarah berulang lagi pulak kan. Nice jugak tema baju tidur tu. Cantik pyjamas plain warna maroon. Nasib baik semua saiz ada ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..pandai pula husband cari.. dia yang belikan untuk semua.. saiz pun, dia yang pilih

      Delete
  7. Ada baju tido sedondon satu family ye rupa2nya. Boleh la cari utk raya tahun depan, kot2 la org dtg beraya malam2 jadi masih lagi sedondon berbaju tidur melayan tetamu! 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, husband yang cari tu.. ada lah tu..hahaha..

      Delete
  8. Comel la baju tidur sedondon semua tu.

    ReplyDelete