Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, June 14, 2026

.: WEKEEND DI ASRAMA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih rajin nak keluar pagi² buat briswalk.
Benarnya, nak kill the time juga.
Kalau tak, memang tak keluar bilik lah. Hahaha.

Mencipta Kenangan
Matahari pagi, ni gambar dari kawasan parkir bahagian asrama.

Pagi kita selesaikan terus 10k.
Malas nak pening².

Singgah breakfast kat kafe, sebelum masuk sarang semula.

Linda beli lagi kawat bulu. 🤭🤭
Kata nak habiskan apa yang ada, lepas tu beli lagi.

Tak banyak pun.
100 batang je setiap warna.

Ni sekali.

Konon nak pintal, masih belum ada mood.
Nanti dah siap, Linda share kejadiannya.

Duduk bilik, basuh langsir.
Selalu cek bilik, Kdg penghuni lama tinggalkan langsir, kalau yang elok² tu.
Memang Linda kutip, basuh dan simpan buat spare.
Kot² la ada gunanya.

Langsir tingkap bilik je..tak besar mana.
Boleh la basuh sendiri kat bilik, sebelum ni bawa balik kuarters juga.

Kalau tak balik tu, memang terperap je lah dalam bilik.
Malas betul nak keluar. Hahaha.
Tengok la lepas asar nanti, kalau tak hujan.
Nak merempit la kejap.
Cari makanan.
Sekarang, makan megi dulu.

Till then, see ya.

39 comments:

  1. Rajin dia, pagi-pagi sudah settle 10 ribu langkah. Dengan basuh langsir lagi. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. setel terus kak..sebab tahu, dh petang nanti malas...ala, langsir tu, mesin basuh yang basuh.. hahaha

      Delete
  2. Tak hujan ke sana tadi.
    Sini jam 3 - 7 hujan.. sejuklah sikit rasa cam banyak hari tak hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan.. sabtu, ahad hujan... lepas pukul 3 je, mula la bibit2 hujan.. semalam lagi sampai malam...

      Delete
  3. Pg2 ni seronokk udara nyaman je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, sejuk je... kalau petang, panas... malam, malas nak keluar dah

      Delete
  4. Aaaa nak tengok hasil kawad bulu 🤭 Penah tengok kat kedai jadi bunga tulip dan bunga matahari. Cantikkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga beberapa yang dah share dalam blog.. kalau rajin, boleh la mengorek entri lama2.. hihihi

      Delete
  5. Bagus la Linda awal2 pagi dah dapat 10k steps.
    Duduk sorang ni byk juga aktiviti kita boleh buat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila duduk sorang, aktiviti ikut suka hati.. hahaha

      Delete
  6. lps burn kalori, tambah kalori plak kn...bg seimbang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak kurus la jawabnya... burn kalori sikit je, masuk nya kemain banyak.. hahaha

      Delete
  7. Kakak ipar Cie buat bunga cantik betul la kawat tu. Suka tengok tapi nak membuat tu bercinta juga kan nak memintal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak banding dengan bunga stokin dulu, yang kawat bulu ni lagi senang.. hihihi

      Delete
  8. linda msk ke contest 10000 langkah KKM tu? kalau selalu malas x keluar bilik, x mkn confirm slim ni nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak.. masuk contest tu..sambil2 tu join juga yang lelain..
      hahaha.. tak tau la kurus ke idak... makan macam biasa je, tak jaga sangat pun

      Delete
  9. da seminggu kita nak makan megi, sampai ni tak dapat makan lagi. ahaahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya, banyak lagi makanan lain tu... linda ada megi je dalam bilik, buat sesak2.. hahaha

      Delete
  10. Kalo saya semput buat 10k terus...sebb terlebih berat..huhu

    ReplyDelete
  11. Tak sabar nk tgk hasil pintalan tu =D

    ReplyDelete
  12. Jangan lpa kongsi hasil bunganya nanti ya....

    ReplyDelete
  13. Sejak sakit lutut dan pergelangan kaki, dah jarang pergi brisk walk 🥲 berat pun dah mula naik balik ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pun ada sakit lutut juga..belah kanan..kalau galak sangat berzumba, tiba² rasa ngilu la nanti..jadi, pelan²..santai² je lah

      Delete
  14. Replies
    1. Bila tak balik Tronoh, rajin la nak keluar pagi²

      Delete
  15. Fuh…10k steps terus! Akak rasa 5k steps pun dah lembik kaki, kena sambung lain masa.

    Bagus betul Linda ada hobi kraf, orang yang sabar dan teliti je boleh ada hobi gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, takde lah direct Non stop..hihi..ada juga tu rehat, makan² dulu..

      Delete
  16. kebetulan ptg td MZ pun mkn megi (sbb tak de mood nak mkn nasi hahah)

    ReplyDelete
  17. pergh 10k steps tu ha...akak boleh cakap bila hiking je...briskwalk nak cecah 5k pun payah...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Briswalk, kalau nak cukup 10k, memang kena banyak kali lap..lepas tu tempoh 2jam, insyaAllah cukup 10k tu..tapi, tula.. kalau laluan sama je, jemu kita.. hahaha..
      Kalau p window shopping 2jam tu, rasanya tak terasa pun..

      Delete
  18. eloklah tu eh...dah beriya jalan 10k steps pastu dia bedal roti canai. nak kena babap dia ni

    ReplyDelete
  19. Waaah 10k langsung ya kak 😄👍👍👍. Panjang juga tuh jaraknya. Tp memang kadang diri harus dipaksa. Kalau tak, memang tak akan kluar 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat pelan2 je... separuh di luar, separuh dalam bilik

      Delete
  20. dulu masa kat ofis lama, jarak dari stesen LRT nak ke opis boleh tahan jauh..so kategori brisk walk lah..skrg ni dah tukar ke ofis baru manjahhh, berantar beramik dpn lobi opis..mmg ke laut lah brisk walk..hehe...

    ReplyDelete