Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, June 13, 2026

.: PAGI SABTU DAN BRISWALK :.

Assalamualaikum.

Minggu ni tak balik Tronoh, nak rehat², golek² atas katil je.. hahaha.

Tapi, steps kena kejar juga.
So jom la paksa diri keluar untuk tambah steps.
Keliling hospital je, tak payah jauh².

Briswalk
Ngam pukul 8, matahari dah bersinar.
Cukup lah 2 lap, tak mampu nak lawan sinaran matahari.

Briswalk
Dekat sejam juga.

Roti bakar
Sebelum balik bilik, singgah kafe. 
Dah buang kalori, masukkan balik. Hahaha.
Roti canai hari ni takde, order roti Bakar jelah.
Staff kafe cakap, makan dengan teh tarik baru ngam.
Masalahnya, akak dahaga dik.. hahaha.

Tengok lauk ada asam pedas dengan sup petola.
Beli siap² la, balik bilik masak nasi je.

Dah sampai bilik, eh sambung zumba pula.
Alang² dah lencun.

Ok ikut DBP basah lencun
Ikut longhat Perak basah lenjun
Info tambahan. ☺️

Briswalk
Dapat 10k dah..
Selesai tugasan hari ni, kalau rajin.
Petang kita tambah lagi.


10k
Sejam berjalan di luar.
Sejam berzumba dalam bilik.

Abang Mueez dengan Dedek ada latihan bola.
Diorang join kelab bola luar.
Ayah la tukang hantar.
Esok pula abang Mueez ada jemputan lari 4x100m sebagai wakil sekolah ke sekolah Tamil depan sekolah kebangsaan je.

Have a nice day kawan².

Till then, see ya.

30 comments:

  1. Rajinnya.
    Sedap itu lauk asam pedas dengan petola.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Linda.
    Anak² Linda pun aktif sukan ye 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Saja nak bagi deme distract sikit dengan telefon kak.. kalau suruh study, mak kena ngadap dia.. baru jalan..hahaha

      Delete
  3. Rajinnya Linda, best tengok macam kehidupan yang tenang2 gituu. Haishh kena cari masa jugak ni, bukan cari alasan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang nak cari yang tenang dan santai...malas nak kelam kabut dan pentingkan kepala otak sendiri.. hahaha

      Delete
  4. aih, kita jln atas treadmill tak sampai 7k, pemalasnyalakan? hahaaaa~
    sedap pula roti bakaq tu sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekaligus nk dapat 7k tu, memang nampak jemu juga..sebab kena 1jam Non stop.. mungkin boleh sambil² tengok Korea ke..dengar lagu ke..

      Delete
  5. Wow Abang Mueez, wakil sekolah 4x100
    Sprinter hebat ni.

    ReplyDelete
  6. Sejak 2 menjak ni malas betul seret kaki keluar rumah. Excercise jela dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda buat kat luar time cuti je..pagi² sejuk...kalau balik kerja, dah malas nak keluar..memang zumba dalam bilik je

      Delete
  7. Kagum betul dengan semangat mengejar 10k langkah! Saya pun selalu berniat nak berjalan pagi, tapi terkadang kalah dengan rasa malas. Seronok juga bila lepas bersenam boleh reward diri dengan sarapan yang sedap. Tahniah juga buat Abang Mueez yang terpilih mewakili sekolah dalam acara 4x100m, semoga berjaya dan terus cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan malas tu memang betul.. hahaha.. tapi macam linda ni PJJ, tu yang push diri.. sebab takde aktiviti nak dibuat

      Delete
  8. Active yaa Linda.. brisk walk, zumba.. Anak2 pun active sukan. Alhamdulillah. ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak cukup kan 10k, sekali lencun je.. petang tak payah repeat dah.. hahaha

      Delete
  9. kalau hujung mgu kat rumah mst bz uruskan anak² mcm² aktivitinya.. me time la dlu mgu ni, sabar

    ReplyDelete
  10. Kurus Linda ni nanti, dengan briskwalk dan zumba lagi. 💪
    Sedap tengok roti bakar.

    ReplyDelete
  11. bagusnya linda istiqamah exercise niiiii. jeles la MZ tak start lg diet niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde buat apa..briswalk la.. hihi.. diet tu lagi bagus.. Linda ni, tak boleh konsisten bab diet ni

      Delete
  12. Bestnya briskwalk dan ada aktiviti lain...akak ni bulan 7 nanti baru boleh start sebab register program kat office..program 6 bulan sama macam tahun lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kurus la SA macam ni.. Linda tak kurus pun, saja buat keluar peluh dengan briswalk..hihihi

      Delete
  13. tu dia...bukan main galak ye bersenam. Bagus2.
    Teringat masa Khilfi tembun sebelum masuk asrama dulu...pepetang ammi kayuh basikal dalam rumah, dia sibuk berzumba dengan tak pakai bajunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayuh basikal dalam rumah tu, Linda tak suka.. hahaha...macam tak best jeee

      Delete
  14. Di KL kemarin saya puas2kan minum teh tarik, sebab di JKT tak ada yg sedap 🤣🤣. Memang sukaaalah. Apalagi kalau pesan roti telur juga 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh frozen, mesti dah frozenkan.. hahahhaa

      Delete