Lovvu Dobbu

Event Ticker

Thursday, May 14, 2026

.: PUASA DAN BINTANG :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga menyelesaikan puasa sunat Khamis.
Puasa ganti, alhamdulillah dah selesai juga.
Jadi ,tengah belajar untuk istiqamah puasa sunat pula.

Dok blog walking tadi, nampak blog Syu punya entry pasal nasi kandar.
Terus lah dok terbayang, berbuka nasi kandar sedap juga.

Jadi, dalam 6 petang tu, start motor, ke kedai mamak la kita.

Pilihan lauk yang ada.

Tapi, Linda ambil ayam goreng dengan bendi je, tapi Linda suruh double jumlah nya.
Bila Linda kira bendi tu ada 9 biji semuanya.
Total RM70 eh RM10 😆😆 untuk yang Linda ambil.
Ok lah ,sama je harga kalau beli kat kafe hospital pun.
Tapi, kuah dia rasa tak kick sangat.
Nasi Linda minta separuh je, itu pun mengah nak habiskan.

Sambil-sambil tunggu nasi kandar hadam.
Linda sambung la memintal kejap.
Kena cukupkan 10k juga ni, tergugat dengan ahli group.
Ramai pula yang dapat bintang hari ni.

Dari 17 ahli group.
7 dapat bintang.
Tapi, kitaorang ok je.
Santai² je, bukan nak kejar bintang sangat.
Tapi, sentiasa update.
Kalau tengok steps tu dalam 7,8 ribu.
Memang bagi semangat, suruh cukupkan.
P balik, p balik dapur pun takpelah.
Janji cukup. Hahaha.

Mula tubuh group hari Isnin lepas, dah terkumpul 14 bintang.
Terbaik lah semua.
Ranking pula, separuh juga la dari total group keseluruhan.
Kalau tak silap, total group dalam 3700 something. So ok la kan ranking group kitorang 1856.

Saja je enjoy².
Have fun la, takmo stress².

Till then, see ya.

30 comments:

  1. RM70? Tak faham pula harga apa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..otak fikir 10..CMNE jadi 70 tak tau lah..selalu baca semula..malam tadi nak cepat tido..kikiki..
      Dah betulkan

      Delete
  2. hah RM70 typo ke memang rege tu? macam tak logik pulak mahai betul tu lauk ayam dan bendi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..silap²...RM10 aje...terus teringat kari kepala ikan kak ezna yang seratus lebih tu

      Delete
  3. Enjoy the process, nanti stress pulak nak kejar bintang tu :D

    ReplyDelete
  4. kalau RM70 sy letak balik. Hahaha

    ReplyDelete
  5. kalo rege rm 70 terkejut tu haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tersilap taip pula..dah publish, terus tido...pagi tengok semula, sendiri terkejut...hahaha

      Delete
  6. Sayang pulak kuah nasi kandar tu tak kick. Rajin Linda sambil tunggu makanan hadam sambil buat tempahan bunga telur. Eh, patutnya sambil tunggu nasi hadam sambil brisk walk baru cepat sikit hadam 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kita tak buat briswalk.. nak buat exercise kardio sikit dalam bilik, kalau tak tunggu hadam sikit..mau terkeluar balik..hahaha

      Delete
  7. best nya buat aktiviti dan ada support group gitu. nasi kandar nmpk best :) MZ tgh reduce carbo so mkn nasi sikit2 jer (cuba elak tp ari ni dh ter mkn nasi kerabu suku portion) pyh betul nak diet if nak kena avoid nasi hahaaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suku ok lagi..pinggan sihat pun suku suku separuh..so, no worries..

      Delete
  8. Alahai x kick plak kuahnya ye...kalau akak pun mengah gak ni....kalah kalau dengan nasi kandar sebab mamak kalau letak nasi memang xde kesian..all the best linda dan kawan2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah betul tu kak..masa dia letak nasi tu, nasib baik Linda perasan..kalau tak, memang pembaziran lah..

      Delete
  9. Uwaaah nasi kandar 😍😍😍. Saya dah coba browsing lah, nasi kandar yg dekat dengan Moxy Chinatown tempat saya stay nanti. Moga2 ada nasi kandar sedap 😄. Rindu sangat makan di kedai mamak ini 🤭

    ReplyDelete
  10. Cuya ni jarang sekali makan nasi kandar, macam sedapp jerr

    Yg aktiviti briskwalk ni dapat bintang ada hadiah ke disediakan? Tengok kak Cie pon sibuk dgn aktiviti ni .. pertandingan ke ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah e-pingat je...takde Pape pun... Anjuran KKM..tu yang warga KKM semua sibuk.. hahaha..

      Delete
  11. tuuu diaaa bersusun bendi dia hehehhe
    sy mkn nasi kandar pun suka bendi byk
    br suuurrrr

    ReplyDelete
  12. RM10 standard lah kan.. jangan nasi kandar kuah terlalu manis udah.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya ha, tengok nasi kandar Linda. 😋 Terer group Linda, gigih kumpul steps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jadi semangat kak..tengok orang lain dapat bintang...kita pun jadi nak juga..hihihi

      Delete
  14. sedapnya nampak. bendi tu menggoda

    ReplyDelete
  15. okayla harga rm10 tu. kalau 70 tercekikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 70, blah je terus dari kedai tu.. hahaha..

      Delete