Lovvu Dobbu

Event Ticker

Sunday, May 3, 2026

.: HAMPIR 7 JAM :.

Assalamualaikum.

Khamis, 30.04.2026 - balik Tronoh.. 
Naik bas di TBS, tiket kereta api sold out, jadi naik bas la.

Bas pukul 9.15malam.
Sampai TBS dalam 7.30malam.

Ramai orang malam tu.
Weekend panjang kan.
Jalan jem pun katanya, nak makan pun beratur.
Nak order Marrybrown, lambat que. 
Menunggu orang order dekat mesin tu, lama beno dia buat pilihan.
Nak beli nasi kukus, pun menunggu juga.
Sudahnya ke 7 eleven lah kita.

Beli kopi gula aren + ayam goreng spicy.
Makan panas², memang berayor mata lah.

Ayam goreng nya.

Tunggu punya tunggu.
Bas Linda naik pun delayed juga.
Pertama kali kena delayed ni.
Bas trip 9.15malam, bas sampai 10.30malam.
Pertama kali naik bas Kesatuan, kononnya hari tu sebab trip awal sikit dari Arwana.
Sekali Lambert juga.

Tapi, memang jem pun atas highway.
Nak keluar dari TBS, driver lalu jalan Istana, mengemut kereta.
Nak ke utara, so keluar Tol Duta.

Lepas tu, bas ni ke Ipoh,Terminal Amanjaya dulu.
Baru lah hala ke Tronoh.

Eh, lawa pula gambar ni.
Bulan mengambang juga ni, gambar dalam bas. Hala ke Tronoh dah ni.

Sampai terminal Seri Iskandar pukul 5 pagi.
Balik rumah tak tido pun, risau terlajak..
Tunggu subuh, lepas tu buat sarapan wrap(bawa roti wrap dari Selayang).
Abang Mueez ada training bola sepak dekat sekolah, boleh la buat makan dulu.

Linda kirim nasi dagang dekat suami, rupanya kedai tu tak buka hari Jumaat.
Jadi suami beli nasi lemak, selesai makan, lepak² atas katil..
Nohh, lena sampai zohor..
Hahaha.

Till then, see ya.

30 comments:

  1. Sepanjang Cuya hidup, Cuya pernah sekali seumur hidup pergi TBS sebab pergi bercuti ke genting highland bersama kawan baik Cuya.
    Memang pengalaman takleh lupa sebab kita jarang2 dah naik bas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena ingat tu..kak Linda memang biasa naik bas dari sek men lagi.. nk balik dari asrama pun, tunggu bas depan sekolah.. lepas tu, kak Linda memang apply belajar dekat luar kawasan..sebab suka explore..hihihi

      Delete
  2. ingt flight je delay...bas pn delay juga ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas pun selalu delay..lagi² kalau yang dari pantai timur tu...kikiki

      Delete
  3. Cuti 3 hari masing² nak bercuti.
    Walaupun naik bas tidur... bila sampai destinasi auto tidu macam takde hari esok. Dia punya penat tu lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah la kebetulan seat atas tayar belakang..nak seat single, ambik je lah yang tinggal tu

      Delete
  4. for me yg dah menua ni, jem atas jln begitu meletihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessza...sebab tu kita tak suka jem..tapi, kalau orang lain bawa..ok je, sebab boleh tido.. hahaha

      Delete
  5. Delay mendelay ni memang perkara biasa kena hadap. Nak nak time cuti atau perayaan.Sabo ajelah kan hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesesakan di merata tempat bila tiba musim cuti panjang dan perayaan

      Delete
  6. Dah lama tak main naik bas dari TBS.. Hantar org ke terminal TBS banyak kali.. waktu cuti panjang jalan mmg jem.. nasib la tak delay lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...sambil2 nunggu tu, dengar juga la bas pukul 6.45petang baru sampai pada pukul 10malam.. adoi...

      Delete
  7. merata jem la bila hujung minggu cuti lama.

    ReplyDelete
  8. Sesak la sbb long weekend kan... Tak pernah sampan TBS. Zaman Akk dulu bersesak di Puduraya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puduraya pernah, hentian putra pernah, TBG pun dah jejak kaki juga..tak dan buat entri lagi

      Delete
  9. Oh linda turun kat hentian sri iskandar
    5 pg ishhh ada ramai org tak
    Ciknur ank nk blk baik bas risauu nya kalu ke sana . Dari situ naik grab ke uitm
    Blk kl ok lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cikNur... ada orang yang turun dari bas tu lah.. hihihi...sebab terminal dia kecik je, memang tempat turun dan ambil penumpang..

      Delete
  10. ammi ambil Khilfi dari Melaka (pukul 5.30 baru boleh ambik anak)... dah masuk melaka gila punya jam. Pastu kat hiway pun dah mengemut kereta...sudahnya patah masuk jalan dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lewatnya boleh ambil...memang jalan jem Ammi..

      Delete
  11. dahsyat betul bas tu lambat nk dekat sejam. jalan jem teruk ke?
    last saya naik bas masa temankan kawan pergi loqstaq, tahun 2024. gerak malam, sampai lepas subuh. kejenya tidoo je hehe

    ReplyDelete
  12. Masa baru- baru kahwin 2024 akak selalu gak pi TBS amik bas balik JB, TBS-Larkin..Download apps Easy apa ntah tu...lepas tu cari la bas nyer schedule..Jumaat amik half day and balik JB...Ahad suami hantar balik Seremban...hahaha...masa PJJ kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda pakai TBS punya apps je..tapi, jarang naik bas.. sebab ada keretapi yang lagi cepat sampai dan lagi dekat tempat nak naik dari TBS tu..

      Delete
  13. Kalau sedang musim liburan, memang tiket kereta akan cepat habis ya kak... Saya pernah naik kereta api di KL tp dah lamaaa, saat masih sekolah. JD betul2 tak ingat. Lalu setelah bisa traveling sendiri, lebih suka naik bus kalau pindah2 kota di Malaysia.

    Nantilah nak coba juga kereta jarak jauhnya lagi 👍☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bertembung dengan cuti, selalunya cepat habis..
      Kalau hari biasa mungkin ada, lagipun .kak Linda selalu ambil yang trip lepas habis waktu pejabat, jadi selalu habis..
      Kalau trip pagi atau tengah hari..mungkin tak habis.

      Delete
  14. linda memang tough la bab2 naik bas/train etc...tabik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni, yang tu je mampu naik..kapal terbang belum lagi...hihihi

      Delete
  15. Lama juga delayed basnya. Kalau naik bas Kesatuan, jangan amik seat belakang driver. Dia suka buka tingkap sambil smoke. Ingat akak sorang ada experience, anak akak si Amirul pun sama gak terkena. Opsss. Hehe..tapi kita faham, mesti mengantuk, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, ye ke..tak suka betul macam tu.. tapi, kalau kena naik bas lagi. Tak naik dah kesatuan, sebab lambat nak sampainya. Ambik Arwana jelah..takde masuk Ipoh.

      Delete